A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Kesihatan Fizikal
  6. /
  7. Tampak Menawan
  8. /
  9. Remaja dan penerimaan imej...

Remaja dan penerimaan imej badan

Imej badan adalah tentang bagaimana dan apa yang anda fikir tentang badan anda. Ia termasuk imej badan anda yang ada di dalam fikiran anda, tidak kira apa bentuk dan saiz sebenar badan anda.

Sumber: www.tes.com

Imej badan adalah tentang bagaimana dan apa yang anda fikir tentang badan anda. Ia termasuk imej badan anda yang ada di dalam fikiran anda, tidak kira apa bentuk dan saiz sebenar badan anda.

Imej tubuh yang positif atau sihat adalah perasaan gembira dan berpuas hati dengan badan anda, serta selesa dan menerima apa jua bentuk badan anda. Apabila anda merasa baik tentang badan anda, anda lebih cenderung untuk mempunyai harga diri dan kesihatan mental yang baik serta mengamalkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal yang seimbang.

Imej tubuh yang negatif atau tidak sihat adalah perasaan tidak berpuas hati dengan cara anda melihat imej tubuh anda. Mereka yang berasa seperti ini sering mahu menukar saiz atau bentuk badan mereka dan ini boleh membawa kesan tidak sihat yang berpanjangan.

Mengapa imej badan begitu penting?

Sumber: www.pinterest.com

Imej badan adalah bagaimana anda melihat diri anda secara fizikal. Ini  termasuk bagaimana anda rasa orang lain berfikir tentang penampilan anda. Bagi kebanyakan orang, terutama di peringkat awal remaja,  imej badan adalah berkait rapat dengan harga diri.

Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi menghargai diri mereka dengan baik. Mereka realistik dan mencari rakan-rakan yang suka dan menghargai diri mereka. Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi biasanya lebih Berjaya mengawal kehidupan mereka dan mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka sendiri.

Faktor-faktor yang mana menjejaskan imej badan?

Imej badan, sama ada positif, atau negatif dibentuk oleh pelbagai faktor:

  1. Komen daripada keluarga, rakan-rakan dan orang lain tentang badan kita dan badan mereka, samada positif atau negative
  2. Impian kita tentang penampilan fizikal
  3. Kekerapan kita membandingkan diri kita dengan orang lain
  4. Pendedahan kepada imej terunggul berbanding badan normal
  5. Pengalaman penderaan, termasuk seksual, fizikal dan penderaan emosi
  6. Pengalaman prejudis dan diskriminasi berdasarkan bangsa, etnik, agama, keupayaan, orientasi seksual atau identiti jantina
  7. Merasai pengalaman seronok, sakit dan kesakitan

Banyak faktor-faktor ini boleh dikawal tetapi ada yang tidak dapat dikawal. Mempunyai imej badan yang sihat adalah memahami faktor yang boleh dikawal dan mengambil langkah-langkah untuk mengekalkan aspek kesihatan mental.

Remaja dan imej badan yang negatif: Faktor-faktor risiko

Sumber: www.pinterest.com

Remaja lebih cenderung untuk merasa tidak gembira dengan tubuh mereka. Remaja mungkin lebih berisiko mendapat imej badan yang tidak sihat jika mereka:

  1. mendapat tekanan daripada keluarga, rakan-rakan atau media tentang idea berkenaan kecantikan dan daya tarikan, atau jika ahli keluarga atau rakan-rakan mengutuk atau memberi pandangan negatif tentang badan mereka.
  2. mempunyai bentuk badan atau berat badan yang berbeza dari ramai rakan-rakan mereka, atau bentuk badan yang yang jelas berbeza daripada bentuk ‘ideal’ yang mereka fikirkan.
  3. Seseorang yang ‘perfectionists’
  4. mempunyai harga diri yang rendah atau mengalami gejala kemurungan
  5. Berada dalam pasukan, sukan atau tarian yang menekankan jenis badan tertentu
  6. mempunyai kekurangan upaya fizikal.

Remaja yang berlebihan berat badan, terutama remaja perempuan mereka lebih cenderung untuk berasa negatif mengenai badan mereka atau mempunyai imej badan yang tidak sihat.

Kesan imej badan negatif kepada remaja

Remaja yang mempunyai imej badan yang negatif secara langsung mempunyai harga diri rendah, yang boleh membawa kepada perasaan negative, kemurungan. diet melampau, senaman paksaan, penyalahgunaan julap, muntah-muntah, merokok dan penggunaan ubat yang terlarang.

Remaja yang berfikiran negatif lebih cenderung untuk memberi tumpuan kepada mesej yang negatif di sekeliling mereka dan membuat perbandingan negatif antara badan mereka dengan apa yang mereka lihat sebagai imej badan ‘ideal’.

Remaja dengan imej badan yang negatif: Tanda-tanda menunjukkan mereka perlu untuk dapatkan bantuan:

Ia adalah perkara biasa bagi remaja untuk mengambil berat tentang tubuhnya dan mahu kelihatan hebat dan menjalani gaya hidup yang sihat. Tetapi apabila mereka memberi tumpuan terlalu banyak pada badan mereka, ia boleh membawa kepada kebimbangan dan tekanan.

Jika remaja mengalami sebarang tanda-tanda berikut, dapatkan nasihat daripada ibu bapa, penjaga atau mendapat pandangan dari pakar kesihatan yang profesional. Anda mungkin:

  1. Berasa diri tidak sempurna atau sentiasa mengkritik badan – mengatakan diri anda hodoh.
  2. Sentiasa membandingkan badan  dengan orang lain
  3. Tidak mahu meninggalkan rumah kerana imej anda.
  4. Tidak melakukan aktiviti atau mencuba sesuatu yang baru kerana dihalang oleh imej badan yang negatif.
  5. Terlebih memikirkan tentang penurunan berat badan, atau pada bahagian tertentu badan anda, seperti muka atau kaki anda.
  6. Menghabiskan banyak masa melihat diri di cermin atau mengambil gambar dan mencari perubahan atau ketidaksempurnaan.
  7. Makanan dikaitkan dengan perasaan rasa bersalah, malu atau sedih.

Rujukan:

  1. http://raisingchildren.net.au/articles/body_image.html”>http://raisingchildren.net.au/articles/body_image.html accessed on 25th April 2017
  2. http://kidshealth.org/en/teens/body-image.html”>http://kidshealth.org/en/teens/body-image.html accessed on 25th April 2017
  3. https://www.pinterest.com/pin/156781630752121047/ accessed on 25th April 2017
  4. https://www.pinterest.com/jesse_lee/sc-confidence-self-esteem/”>https://www.pinterest.com/jesse_lee/sc-confidence-self-esteem/ accessed on 25th April 2017
  5. https://shop.ucsc.edu/general-health-wellness/body-image.html”>https://shop.ucsc.edu/general-health-wellness/body-image.html accessed on 25th April 207
Last Reviewed : 05 Oktober 2017
Translator : Dr. Rozimah Bt. Abdul Latif
Accreditor : Dr. Norizzaty Bukhary Bt. Ismail Bukhary

Artikel Berkaitan

Bau Badan

Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau.

Tompok Putih Pada Kulit

Tompok putih pada kulit merupakan masalah biasa di kalangan remaja. Ia boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor

Kelemumur

Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,229,522

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia