A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Rawatan Pergigian Di Rumah – Boleh Atau Tidak?

Tidak ramai yang tahu terdapat rawatan pergigian tertentu yang boleh dilakukan di rumah pesakit tanpa perlu ke klinik pergigian. Antara persoalan yang mungkin diajukan ialah bagaimana ianya dilakukan, apakah rawatan yang bersesuaian dan siapakah yang layak untuk menerima rawatan tersebut?

 

Pengenalan

Tidak ramai yang tahu terdapat rawatan pergigian tertentu yang boleh dilakukan di rumah pesakit tanpa perlu ke klinik pergigian. Antara persoalan yang mungkin diajukan ialah bagaimana ianya dilakukan, apakah rawatan yang bersesuaian dan siapakah yang layak untuk menerima rawatan tersebut? Sebelum menjawab semua persoalan yang dikemukakan, perlu diingatkan bahawa akses kepada perkhidmatan rawatan pergigian di rumah adalah terhad. Perkhidmatan ini bukanlah untuk semua dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu kerana kekangan dari segi kos, peralatan dan sumber manusia. Oleh itu, perkhidmatan ini hanya terhad kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Di samping itu, untuk memastikan hanya yang benar-benar layak mendapatkan perkhidmatan ini, saringan kesihatan secara menyeluruh harus dilakukan dan mengenalpasti rawatan pergigian yang diperlukan. Di negara-negara seperti United Kingdom, Australia dan New Zealand, perkhidmatan pergigian di rumah dikenali sebagai perkhidmatan pergigian domisiliari dan telah diperkenalkan sejak sekian lama. Perkhidmatan pergigian domisiliari adalah “perkhidmatan yang memberikan penjagaan kepada mereka yang tidak berupaya untuk mencapai perkhidmatan itu sendiri” (Fiske & Lewis,2000). Perkhidmatan ini kebanyakannya diberikan oleh doktor gigi di klinik pergigian komuniti dan perkhidmatan pergigian di hospital (Thompson, 2006).

Kenapa rawatan pergigian perlu dilakukan di rumah?

Sesetengah orang tidak boleh mendapatkan akses kepada rawatan pergigian secara biasanya di klinik pergigian disebabkan oleh beberapa halangan/sebab (sila rujuk kotak di bawah). Perkhidmatan pergigian di rumah adalah ditujukan kepada golongan pesakit yang telah dikenalpasti.


*Adaptasi dari: Fiske & Lewis, 1999 and Fiske & Lewis, 2000

Siapakah yang layak?


*Adaptasi dari: Fiske & Lewis, 1999 and Fiske & Lewis, 2000

Bagaimana perkhidmatan ini dijalankan?

  • Dapatkan maklumat jika perkhidmatan pergigian di rumah ada di kawasan anda.
  • Mereka yang mahu mendapatkan perkhidmatan ini mesti dirujuk oleh doktor perubatan atau profesional kesihatan pergigian.
  • Apabila rujukan diterima, pesakit/penjaga/ahli keluarga akan dihubungi terlebih dahulu untuk mengatur masa dan tarikh yang sesuai untuk lawatan diadakan.
  • Perbincangan di antara pesakit/penjaga/ahli keluarga dan pasukan pergigian sebelum lawatan hendaklah melibatkan kemudahan tempat letak kenderaan dengan akses yang mudah untuk peralatan mudah-alih, akses kepada air dan elektrik, persekitaran yang bersih dan bilik yang tertutup untuk privasi.
  • Lawatan pertama melibatkan pemeriksaan pesakit dengan mengambil kira masalah perubatan dan rawatan pergigian yang diperlukan. Di samping itu, kerjasama pesakit untuk menerima rawatan juga akan diambil kira.
  • Pesakit/penjaga/ahli keluarga hendaklah menyatakan sejarah masalah kesihatan, rekod kesihatan dan senarai ubat-ubatan pesakit.
  • Cara pembayaran dan kos yang terlibat hendaklah dibincangkan kerana perkhidmatan ini tidak diberikan secara percuma kecuali kepada mereka yang layak (seperti: pemegang kad orang kelainan upaya Jabatan Kebajikan Masyarat atau surat jaminan kerajaan untuk kakitangan awam/pesara).
  • Pasukan pergigian mestilah menunjukkan kad pengenalan penjawat awam semasa lawatan diadakan.
  • Penjaga dan pesakit harus diberitahu mengenai risiko mendapatkan rawatan di luar klinik pergigian dan memastikan keselamatan semua yang terlibat terjamin sepanjang masa.
  • Kebenaran menjalankan rawatan secara bertulis mesti diperolehi daripada pesakit atau seseorang yang layak secara undang-undang untuk memberikan kebenaran bertulis bagi pihak pesakit.
  • Penjagaan kesihatan pergigian secara berkala mengikut keperluan.

Jenis – jenis rawatan pergigian yang sesuai?

Jenis rawatan yang diberikan adalah terhad dan bergantung kepada peralatan pergigian yang dibekalkan, pengalaman doktor gigi yang bertugas, kesukaran rawatan pergigian, keadaan kesihatan pesakit dan juga keadaan keselamatan di rumah yang dilawati. Namun demikian, sebahagian daripada rawatan yang boleh diberikan adalah seperti yang tersenarai di bawah:

Gambar 1: Rawatan penskaleran untuk pesakit kelainan upaya fizikal

Gambar 2: Pemeriksaan pergigian untuk pesakit kelainan upaya fizikal dan mempunyai masalah perubatan

Rujukan

  1. FISKE, J. & LEWIS, D. 2000. The Development of Standards for Domicilliary Dental Care Services: Guidelines and Recommendations. Gerodontology, 17, 110-122.
  2. THOMPSON, S. 2006. Guidelines for the delivery of a domiciliary oral health care service. Journal of Disability and Oral Health 7, 166-172.
  3. FISKE, J. & LEWIS, D. 1999. Domicillary dental care. Dent Update, 26:396-404.

 

Semakan Akhir : 12 Februari 2017
Penulis / Penterjemah : Dr. Siti Zaleha bt. Hamzah
Akreditor : Dr. Norjehan bt. Yahaya

Artikel Berkaitan

Ortodontik Mini – Skru

Mini-skru diperolehi daripada teknologi penetapan tulang. Ia bergantung kepada pengekalan mekanikal dan bukannya osseointegrasi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,421,986

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia