A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Rawatan Ortodontik

Rawatan Ortodontik

Apakah yang dimaksudkan dengan rawatan ortodontik?

Rawatan ortodontik adalah rawatan kepakaran untuk mencegah atau membetulkan susunan gigi yang tidak teratur atau jongang.


Gigi yang tidak teratur


Gigi terpusing

Jenis-jenis aplians ortodontik

Aplians yang digunakan bergantung kepada masalah yang dialami oleh individu. Terdapat 2 jenis aplians ortodontik iaitu :


Aplians tetap


Aplians boleh tanggal

Kepentingan rawatan ortodontik

Rawatan ortodontik boleh :

  • menambah penampilan supaya lebih cantik.
  • mencegah risiko kecederaan atau trauma terutama pada gigi kacip.
  • membetulkan gigitan.
  • membantu mengunyah makanan dengan baik.
  • mengurangkan kejadian penyakit gusi dan kerosakan gigi.

Bilakah rawatan ortodontik boleh dimulakan?

Rawatan ortodontik boleh dimulakan tanpa mengira umur. Kebanyakan remaja menerima rawatan ketika berumur 10-12 tahun.

Berapa lama anda perlu memakai aplians ortodontik?

Jangka masa rawatan bergantung kepada kerumitan masalah yang dialami. Kebiasaannya aplians ortodontik dipakai selama 18 bulan hingga 30 bulan.

Apa yang boleh dilakukan jika terjadi komplikasi semasa memakai aplians ortodontik?

Jika berlaku komplikasi, anda perlu segera berjumpa pakar ortodontik. Terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan dalam kes-kes tertentu sebelum ke klinik :

  • Braket (bracket) longgar
    • Jangan cuba menanggalkannya. Tutup braket yang longgar dengan lilin lembut jika ia mengganggu.
  • Wayar (wire) terjulur / terkeluar
    • Jangan cuba mengeluarkan wayar yang terjulur. Tutup wayar yang terjulur dengan lilin lembut.
  • Cangkuk elastik terjulur
    • Gunakan pensil untuk masukkannya semula.
    • Tutup cangkuk dengan lilin lembut.
  • Sakit gigi
    • Makan makanan lembut.
    • Ambil ubat penahan sakit.

Apa yang anda boleh lakukan untuk memastikan rawatan ini berjaya?

Untuk memastikan rawatan ini berjaya, anda perlu :

  • Memakai aplians ortodontik sebagaimana yang diarahkan oleh pakar.
  • Menjaga kebersihan gigi dengan memberus dan menggunakan flos setiap kali selepas makan.
  • Elakkan makan makanan keras, melekit serta makanan yang tinggi kandungan gula dan asid..
  • Menepati temujanji dengan pakar ortodontik.
  • Elakkan tabiat menghisap jari, menggigit kuku, pensil dan sebagainya.

 

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Azillah bt. Mohd Ali
    Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar
Penyemak : Dr. Ruslan b. Dato’ Sulaiman

 

Artikel Berkaitan

W

Tiada Ilustrasi

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,089

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia