A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Dewasa
  8. /
  9. Rawatan Fisioterapi bagi Tennis...

Rawatan Fisioterapi bagi Tennis Elbow

Sakit di bahagian luar sendi siku dan ia dikategorikan sebagai sakit akut. Ia juga berkait dengan Common Extensor Tendon (yang terletak di bahagian luar lengan) dan sakit apabila ditekan.

Di Bahagian Manakah Ia Selalu Terjadi?

Sakit di bahagian luar sendi siku dan ia dikategorikan sebagai sakit akut. Ia juga berkait dengan Common Extensor Tendon (yang terletak di bahagian luar lengan) dan sakit apabila ditekan. Tennis Elbow juga dinamakan Lateral Epicondylitis.

Sumber : lorenbonner.com

Siapa yang sering mengalami masalah ini?

  • Umur : 30-60 tahun

  • Kekerapan berlakunya masalah ini, sama rata di kalangan lelaki dan perempuan bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.

Apakah Puncanya?

Pergerakan membengkok pergelangan tangan secara berulang. Contohnya :

  • Mengangkat objek yang berat.

  • Aktiviti harian yang memenatkan seperti mengetuk, menggunakan pemutar skru manual, mengecat dan bersukan (contohnya, bermain tennis, badminton dan lain-lain)

Sumber : tenniselbowexercises.com Sumber : www.badmintonlink.com

Apakah Tanda-tandanya?

  • Sakit-sakit yang semakin kuat apabila melakukan pergerakan dan hilang sewaktu rehat.

  • Referred pain – lenguh dan sakit yang mencucuk di bahagian luar lengan.

  • Pergerakan – pergerakan melawan pergelangan tangan arah ke luar amat menyakitkan.Kekuatan otot – normal tetapi akan menjadi semakin lemah apabila kurang menggunakan tangan yang sakit.

  • Tenderness– sakit apabila ditekan di bahagian luar sendi siku.

Bagaimana Ia Dirawat?

Rawatan Fisioterapi memainkan peranan yang penting dalam proses merawat masalah ini. Rawatan yang boleh diberi adalah seperti berikut:

  • Cryotherapy, ice pack atau ice massage di kawasan yang sakit.

  • Strapping di bahagian siku untuk menghalang pergerakan tendon yang terlibat.

  • Ultrasound therapy di bahagian yang sakit.

  • Senaman pergerakan secara aktif.

  • Senaman regangan dan senaman menguatkan otot lengan.

  • Pendidikan pesakit:

    • Menjelaskan tentang masalah tennis elbow.

    • Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil sewaktu melakukan pergerakan lengan.

    • Modifikasi aktiviti harian.

Senaman Regangan Strapping
Sumber : tenniselbowexercises.com Sumber : medicalexpo.com

Bagaimana Ia Boleh Dicegah?

  • Elakkan pergerakan yang berulang dalam tempoh masa yang lama sewaktu melakukan aktiviti seperti menggenggam atau pergerakan memusing menggunakan lengan. Contohnya, sewaktu mengetuk, menggunakan pemutar skru manual, mengecat dan bermain tenis atau badminton.

  • Pastikan pergerakan sendi siku dan pergelangan tangan dalam keadaan yang selesa sewaktu melakukan aktiviti.

  • Pastikan tidak memberi bebanan yang berat pada sendi lengan dengan mengangkat atau menjinjing objek yang berat dan tidak seimbang secara berterusan. Contohnya, mengangkat barangan yang berat seperti beras, plastik membeli-belah dan lain-lain.

Rujukan

  1. Howorth, B. & Bender, F. A doctor’s answer to tennis elbow: how to cure it, how to prevent it. Retrieved from books.google.com.my/books?isbn=0877540527 [July 4, 2013]

  2. Joshi, J. Essentials of Orthopaedics & Applied Physiotherapy. Retrieved from books.google.com.my/books?isbn=8181472152 [July 4, 2013]

  3. Mangusan, D. (2011). Physiotherapy for Tennis Elbow. Retrieved July 4, 2013, from http://www.physiotherapynotes.com/

  4. Johnson, K. (2012). American Academy of Orthopaedic Surgeons.’Study Questions Support Bands for Tennis Elbow’. Retrieved July 4, 2013, from http://www.webmd.com/

  5. Adams, C. (2006). Tennis Elbow: Treatment & Prevention: Treatment and Prevention Options for Tennis Elbow. Retrieved July 4, 2013 from http://ergonomics.about.com/od/tenniselbow/a/tenniselbtp.htm

  6. Thomson, A., Skinner, A., & Piercy, J. (1992). Tidy’s Physiotherapy (12th ed). Thomson Litho Ltd, East Kilbride, Scotland.

Sumber Imej

  1. (January 2, 2013), Fast Tennis Elbow Cure: is it common to get Tennis Elbow in both arms. Retrieved July 4 2013. http://lorenbonner.com/

  2. (2013) Tennis Elbow Symptoms. Retrieved July 4 2013. http:// tenniselbowexercises.com

  3. (2011) Yonex Denmark Open-Lee Chong Wei. Retrieved July 4 2013. www.badmintonlink.com

  4. (2013) Tennis Elbow Strap-all medical devices. Retrieved July 4 2013. www.medicalexpo.com

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Syarifah Nora binti Syed Husli
Akreditor : Daaljit Singh a/l Harbacahan Singh 
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Aktiviti Terapeutik Untuk Pesakit CTS

Aktiviti teraputik merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan sepanjang hari bagi memenuhi tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, kerja dan komuniti.

Sunburn (Selaran Matahari)

Sunburn atau selaran matahari biasanya terjadi kepada mereka yang terdedah kepada sinaran matahari dalam tempoh yang panjang ketika melakukan aktiviti luar

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,425,917

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia