A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Perubatan Tradisional
  6. /
  7. Rawatan Akupuntur Bagi Pesakit...

Rawatan Akupuntur Bagi Pesakit Post Strok

Strok atau angin ahmar boleh menyerang sesiapa sahaja terutamanya golongan yang berisiko tinggi.

Kebanyakan pesakit strok sering menghadapi masalah pergerakan disebabkan lumpuh atau lemah separuh badan atau sebahagian anggota badan sahaja. Mereka juga menghadapi masalah pertuturan dan kebolehan menelan disebabkan lumpuh atau lemah otot muka. Kemurungan dan masalah memori atau ingatan turut menjadi komplikasi daripada penyakit strok.

Proses pemulihan atau rehabilitasi untuk pesakit strok amat penting bagi membantu pesakit mendapatkan kembali fungsi keupayaan badannya dan seterusnya mendapat kualiti hidup yang lebih bermakna. Proses rehabilitasi untuk pesakit strok melibatkan fisioterapi, terapi carakerja dan terapi pertuturan.

Pengenalan Rawatan Akupuntur

Terdapat beberapa rawatan tradisional yang dapat membantu atau sebagai komplemen kepada rawatan moden dalam proses pemulihan atau rehabilitasi pesakit strok antaranya adalah urut, akupuntur dan lain-lain. Akupuntur merupakan satu cabang perubatan tradisional Cina. Akupuntur dalam bahasa Cina bermaksud cucuk menggunakan jarum. Pengamal akupuntur menggunakan tusukan jarum halus di titik meridian pada badan yang akan berfungsi membuka sebarang sekatan terhadap pergerakan Qi.

Rawatan Akupuntur untuk pesakit Post Strok

Sehingga Jun 2015, terdapat 15 unit Perubatan Tradisonal dan Komplementari (PT&K) yang di tempatkan di hospital- hospital terpilih di seluruh negara. Perkhidmatan akupunktur Untuk Kesakitan Kronik dan Angin Ahmar merupakan salah satu Perkhidmatan amalan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) telah ditawarkan di unit PT&K Hospital Integrasi. Perkhidmatan ini khusus kepada pesakit yang telah didiagnosa dan dirujuk oleh pegawai perubatan. Selepas saringan awal, pesakit akan diperiksa oleh pengamal yang bertugas.

Akupuntur berkesan melalui meningkatkan ketidakupayan yang dialami oleh pesakit strok, mengurangkan rasa sakit dan kemurungan yang dialami oleh pesakit strok.

Konsep Rawatan Akupuntur

Dalam kaedah rawatan tradisional Cina, masalah atau penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan Yin dan Yang. Yin merujuk kepada sifat feminin kehidupan seperti lemah lembut, sejuk, penjaga manakala Yang merujuk kepada sifat berlawanan seperti kasar, panas, dominan. Pergerakan antara Yin dan Yang ini akan menghasilkan tenaga iaitu Qi (chi) yang bergerak melalui satu ‘energy channel’ iaitu meridian. Qi ini akan melalui meridian seperti air sungai yang melalui anggota badan untuk memberi nutrisi kepada organ dan tisu badan. Apabila pergerakan Qi ini tersekat, ini akan menyebabkan masalah atau penyakit kepada badan. Teknik akupunktur berfungsi  membuka sebarang sekatan terhadap pergerakan Qi  dengan memasukkan jarum pada satu titik yang spesifik pada badan .

Mengikut kajian saintifik moden, meletakkan jarum akupuntur pada titik tertentu yang spesifik di bahagian badan akan merangsang bahan kimia dalam otot, saraf tunjang dan otak. Ini akan merangsang pembebasan hormon dan bahan kimia yang lain yang membantu dalam regulasi badan dan menukar rangsangan kesakitan kepada perasaan yang lebih baik. Keseimbangan hormon dan bahan kimia ini dapat membantu badan dalam proses kesembuhan dan keseimbangan emosi

Teknik Akupuntur

Terdapat pelbagai teknik akupuntur yang boleh digunakan seperti acupressure: penggunaan urutan pada poin akupuntur, moksibusi : membabitkan pembakaran mugwort iaitu sejenis herba lembut seperti span, bersama jarum akupuntur, elektrik akupuntur: mengalirkan arus elektrik yang terkawal pada jarum akupuntur untuk tujuan rawatan.

Keselamatan dan kesan sampingan akupunktur

Akupunktur merupakan satu kaedah yang selamat jika dilakukan oleh pengamal perubatan tradisional Cina yang berkelayakan, yang mengunakan teknik-teknik yang betul dan menitikberatkan kebersihan. Akupunktur merupakan sebagai satu teknik yang invasive yang turut mempunyai risiko komplikasi seperti risiko tusukan ke organ badan seperti paru-paru dan salur darah utama, risiko jangkitan kuman, dan pendarahan. Namun kesan sampingan akibat akupunktur adalah rendah jika langkah-langkah berjaga-jaga diambil semasa menjalankan rawatan akupunktur ini.

Rujukan

  1. Traditional & Complementary Medicine Practice Guidline on Acupuncture (second edition Nov 2009)
  2. CPG Management of Ischemic Stroke (2nd edition)
  3. Laporan Teknikal 2015 Kajian : Acupuncture for Post Stroke Rehabilitation oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Semakan Akhir : 13 Mei 2016
Penulis : Dr. Noor Khairiyah Syazwani bt. Sholehudin
Akreditor : Dr. Maznah bt. Wazir

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 721,420,436

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 10:32:39
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia