A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Konjunktivitis

Apakah maksud konjunktivitis?

Konjunktiva ialah selaput lutsinar yang melitupi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata. Radang pada konjunktiva dikenali sebagai konjunktivitis. Ia adalah penyakit yang kerap terjadi dan disebabkan oleh bakteria, virus atau alahan.

Tanda-tanda dan gejala

Ini adalah bergantung kepada sebab-sebab konjunktivitis. Semua jenis konjunktivitis tidak menjejaskan penglihatan.

Jenis-jenis konjunktivitis:

  1. Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria:
  • Mata merah.
  • Discaj Pekat (tahi mata bewarna putih atau kekuningan).
  • Kelopak mata melekat (terutama waktu bangun pagi).
  • Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain.
  • Selalunya berlarutan selama seminggu.
alt
Gambar mata dengan konjunktivitis disebabkan bakteria
  1. Konjunktivitis yang disebabkan oleh virus:
  • Mata merah.
  • Discaj cair (airmata yang banyak).
  • Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain.
  • Boleh berlarutan selama 2 minggu atau lebih.
alt
Gambar mata dengan konjunktivitis yang disebabkan virus
  1. Konjunktivitis yang disebabkan oleh alahan:
  • Mata merah.
  • Gatal mata, kadang-kala gatal hidung jika melibatkan resdung (allergic rhinitis).
  • Discaj yang berlendir.
  • Mata sentiasa berair.
  • Kedua-dua belah mata sakit pada masa yang sama.
  • Boleh berlanjutan buat masa yang lama.
alt
Gambar mata dengan konjunktivitis alahan

Apakah rawatan penyakit ini?

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab penyakit ini dan mendapatkan rawatan yang bersesuian.

Radang selaput mata disebabkan oleh bakteria:

  • Antibiotik digunakan dalam bentuk ubat titis mata dan salap mata secara lebih kerap.
  • Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu.

Radang selaput mata disebabkan oleh virus:

  • Tidak memerlukan rawatan yang khas.
  • Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu.
  • Kadang-kala ubat titis antibiotik diberi untuk mengelakkan dari jangkitan bakteria.

Radang selaput mata disebabkan oleh alahan:

  • Ia mungkin keadaan yang kronik.
  • Memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal alahan dan mengurangkan gatal.

Cara-cara lain :

  • Cuci atau lap mata dengan air suam.
  • Elakkan mengguna kanta lekap sehingga tanda-tanda penyakit ini hilang.

Cara-cara mengelakkan jangkitan

Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria atau virus boleh berjangkit dengan mudah. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan:

  • Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti.
  • Kerap mencuci tangan terutamanya setelah menyentuh mata.
  • Elakkan tempat yang sesak atau menghantar anak ke sekolah / pusat penjagaan kanak-kanak selagi mata anak anda masih merah atau berair.
  • Jangan berkongsi tuala muka / kosmetik / ubat titis mata.
  • Buang semua ubat titis mata setelah anak anda sihat.
Semakan akhir : 10 Mei 2012
Penulis : Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam
Penyemak : Dr. Salmah bt. Othman

 

Artikel Berkaitan

Rabun Mata

Apakah maksud rabun mata? Cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar di

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 1,682,116

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 09:02:28
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia