A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak...

Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis

Pengenalan

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (2005 – 2010) sebagai sebahagian daripada strategi keseluruhan dalam kesediaan pengurusan yang berkesan bagi menghadapi bencana, wabak, krisis dan kecemasan (Disaster, Outbreak, Crisis, Emergency – DOCE) yang berkaitan dengan kesihatan (Pelan Pengurusan Krisis dan Bencana KKM, 2016). Perasmian CPRC di lakukan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Soi Lek pada 7 Mei 2007. CPRC terletak di aras 6, Blok E10, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Pada awal penubuhannya ia lebih berfungsi sebagai pusat kesiapsiagaan dan respon  untuk menangani wabak penyakit berjangkit dan bencana. Dengan perkembangan semasa, CPRC telah meluaskan aktivitnya kepada semua jenis dan kejadian yang melibatkan kesihatan awam seperti bencana alam, “mass casualty incident”, Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe), keganasan dan percubaan rampasan kuasa (Pelan Pengurusan Krisis dan Bencana KKM, 2016).

Fungsi CPRC

CPRC bertindak sebagai penyelaras, pusat arahan dan koordinasi bagi aktiviti kesiapsiagaan dan respon terhadap kejadian wabak penyakit berjangkit, kecemasan, krisis dan bencana di peringkat kebangsaan. Selain daripada itu CPRC juga berperanan untuk merancang pembangunan sumber insan, peralatan perlindungan diri, ubat-ubatan dan vaksin agar mencukupi. Di samping itu CPRC juga menjalankan aktiviti Risk Assessment, Rapid Assessment dan Rapid Response. Ia beroperasi selama 24 jam sehari dan tujuh (7) hari seminggu. Ia wujud hanya di peringkat Kebangsaan dan peringkat Negeri sahaja manakala di daerah pusat arahan dan kawalan untuk DOCE dinamakan Bilik Gerakan (Pelan Pengurusan Krisis dan Bencana KKM, 2016).

CPRC berfungsi di dalam dua mod iaitu pasif dan aktif. Semasa di modpasif, aktiviti lebih bertumpu kepada penilaian risiko, kesiapsiagaan, survelan, komunikasi risiko dan latihan. Manakala semasa di mod aktif, aktiviti CPRC lebih bertumpu kepada pusat arahan, tindakan dan koordinasi kejadian DOCE.

Dalam keadaan pasif, CPRC beroperasi selama 24 jam, dari jam 8 pagi ke 5 petang, operasi adalah di CPRC itu sendiri manakala selepas jam 5 petang semua panggilan akan dijawab oleh pegawai yang bertugas di atas panggilan.

Tugas dan tanggungjawab CPRC semasa mod pasif seperti yang di bawah:

  1. Mewujudkan polisi, garis panduan dan SOP berkaitan dengan kesiapsiagaan, tindakan cepat dan tindakan yang perlu diambil oleh berbagai pihak dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum, semasa serta selepas menghadapi DOCE.
  2. Menyelaras semua aktiviti KKM berkaitan dengan kesiapsiagaan jika berlakunya DOCE.
  3. Mewujudkan koordinasi dan kolaborasi, mengekalkan jaringan komunikasi dengan organisasi dan institusi lain, sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi bencana.
  4. Merancang dan memastikan kewujudan sumber, sama ada tenaga manusia, latihan anggota, peralatan, peruntukan, simpanan ubat-ubatan dan vaksin serta lain-lain keperluan yang penting.
  5. Mewujudkan dan mengekalkan pusat maklumat (information centre) dan pangkalan data (database) berkaitan dengan kesiapsiagaan dan respon DOCE yang berhubung kait dengan kesihatan.
  6. Menyediakan dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan pengurusan  kepada pihak atasan KKM dan lain-lain stakeholders untuk langkah kesiapsiagaan.
  7. Mewujudkan program latihan secara berterusan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota dalam menghadapi  DOCE.
  8. Menjalankan analisis risko dan analisis situasi ke atas  wabak,  krisis dan bencana yang berlaku bagi merancang aktiviti pencegahan, kawalan dan rawatan serta pemulihan selanjutnya.
  9. Menjalankan latihan dan simulasi DOCE.
  10. Menjalankan kajian dan aktiviti dokumentasi berkaitan dengan  DOCE.

Dalam keadaan mod aktif pula, CPRC masih beroperasi selama 24 jam di mana aktiviti di CPRC bergantung pada keperluan wabak dan bencana semasa cth: 7 pagi hingga 10 malam seperti semasa kejadian Banjir Besar tahun 2014. Selepas waktu tersebut, semua panggilan ke CPRC akan dijawab oleh pegawai yang bertugas di atas panggilan.

Di dalam keadaan DOCE iaitu mod aktif, tugas dan tanggungjawab CPRC adalah seperti yang di bawah:

  1. CPRC akan menyelaras semua aktiviti dan tindakan KKM yang berkaitan dengan kejadian DOCE.
  2. Menyelaras semua aktiviti kesihatan berkaitan dengan tindakan cepat dan pemulihan sebelum, semasa dan selepas berlakunya DOCE.
  3. Mewujudkan polisi, garis panduan dan SOP semasa yang baru berkaitan dengan tindakan cepat yang perlu diambil oleh berbagai pihak akibat dari ancaman yang berlaku semasa  DOCE jika diperlukan.
  4. Menyelaras semua aktiviti kesihatan berkaitan dengan tindakan cepat dan pemulihan semasa dan selepas berlakunya DOCE.
  5. Mewujudkan koordinasi dan kolaborasi, mengekalkan jaringan komunikasi dengan organisasi dan institusi lain (contoh: universiti, NGO) sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam langkah menghadapi ancaman semasa  dan selepas DOCE.
  6. Menggerakkan semua sumber KKM sama ada tenaga manusia, peralatan, peruntukan, simpanan ubat-ubatan dan vaksin serta lain-lain keperluan yang penting yang diperlukan semasa berhadapan dengan DOCE.
  7. Sebagai pusat maklumat (information centre) dan pangkalan data (database) terkini berkaitan dengan DOCE yang berhubung kait dengan kesihatan awam.
  8. Sebagai pusat membuat keputusan tangkas terhadap isu-isu yang dihadapi semasa menghadapi DOCE iaitu ke arah pelaksanaan WAR Room.
  9. Menyediakan dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan perkembangan terkini DOCE  kepada pihak atasan KKM dan lain-lain stakeholders untuk tindakan cepat.
  10. Menjalankan analisis risko dan analisis situasi ke atas  DOCE yang berlaku bagi merancang aktiviti pencegahan, kawalan dan rawatan serta pemulihan selanjutnya.
  11. Menjalankan aktiviti dokumentasi berkaitan dengan  DOCE.
  12. Sebagai pusat komunikasi risiko semasa DOCE.
  13. Bergantung kepada magnitud sesuatu  DOCE, Bahagian-Bahagian lain seperti Perubatan, Makmal, Pendidikan Kesihatan juga akan terlibat sama.
  14. Anggota CPRC semasa DOCE adalah sekretariat CPRC, manakala tindakan dan pelaksanaan sebenar semasa DOCE tersebut adalah tanggungjawab bahagian masing-masing mengikut jenis jenis insiden dan fungsi hakiki bahagian berkenaan.

Kriteria Pengaktifan CPRC

Secara amnya CPRC akan diaktifkan apabila terjadinya perkara yang tersebut di bawah mengikut peringkat samada kebangsaan, negeri dan daerah.

Kebangsaan

CPRC akan diaktifkan dalam kriteria-kriteria seperti berikut:-

  1. Kejadian wabak penyakit berlaku di lebih daripada satu negeri
  2. Kejadian yang mempunyai morbiditi dan mortaliti yang tinggi.
  3. Kejadian kes yang berlaku secara berkelompok (cluster)
  4. Kematian atau kejadian kes luar biasa (satu atau lebih) akibat penyakit berjangkit yang tidak diketahui pathogen penyebab.
  5. Kejadian yang ada kaitan dengan kejadian luar biasa di luar Negara
  6. Kejadian bencana alam samada semulajadi ataupun disebabkan oleh faktor manusia dalam skala yang besar
  7. Kejadian yang berkemungkinan berpunca daripada ancaman biologi (bioterrism)

Negeri

CPRC akan diaktifkan dalam keadaan seperti berikut:

  1. Kejadian wabak penyakit berlaku di lebih daripada satu daerah
  2. Kejadian yang mempunyai morbiditi dan mortaliti yang tinggi.
  3. Kejadian kes yang berlaku secara berkelompok (cluster)
  4. Kematian atau kejadian kes luar biasa (satu atau lebih) akibat penyakit berjangkit    yang  tidak diketahui pathogen penyebab.
  5. Kejadian yang ada kaitan dengan kejadian luar biasa di luar negeri
  6. Kejadian bencana alam samada semulajadi ataupun disebabkan oleh faktor manusia dalam skala yang besar
  7. Kejadian yang berkemungkinan berpunca daripada ancaman biologi (bioterrism)

Bilik Gerakan Daerah

Bilik Gerakan Daerah  akan diaktifkan dalam keadaan seperti berikut:

  1. Kejadian wabak penyakit berlaku di lebih daripada satu lokaliti
  2. Kejadian yang mempunyai morbiditi dan mortaliti yang tinggi.
  3. Kejadian kes yang berlaku secara berkelompok (cluster)
  4. Kematian atau kejadian kes luar biasa (satu atau lebih) akibat penyakit berjangkit yang tidak diketahui pathogen penyebab.
  5. Kejadian yang ada kaitan dengan kejadian luar biasa di luar daerah
  6. Kejadian bencana alam samada semulajadi ataupun disebabkan oleh faktor manusia dalam skala yang besar
  7. Kejadian yang berkemungkinan berpunca daripada ancaman biologi (bioterrorism)

Telefon, Fax & Hotline CPRC

CPRC yang beroperasi selama 24 jam boleh dihubungi melalui butiran berikut :

Telefon : 03-8881 0600/ 03-8881 0700
Fax : 03-8881 0400/ 03-8881 0500
Handphone : 013-669 9700 (Surveillance On-Call)
Hotline : 03-8881 0200/ 03-8881 0300
Webpage : www.moh.gov.my
Email : cprc@moh.gov.my

Rujukan :

  1. KKM (2015). Kementerian Kesihatan Malaysia. 2015. Pelan Pengurusan Krisis dan Bencana Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia.Sektor Pengurusan Wabak dan Bencana, Bahagian Kawalan Penyakit
Semakan Akhir : 17 April 2017
Penulis : Amran bin Mohd. Noor
Akreditor : Tn. Hj. Rosnani bin Ab. Hamid

 

Artikel Berkaitan

H1N1

Pada akhir Mac dan awal April tahun 2009, wabak jangkitan virus novel Influenza A H1N1 dikesan di Mexico. Virus ini kemudiannya menyebabkan pandemik selesema H1N1 tahun 2009.

Ulser Kornea

Kornea adalah lapisan jernih terluar bahagian hadapan mata yang berbentuk

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,993,471

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia