A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pundi Kencing

Dalam proses penuaan, sistem pembuangan air kencing dan pundi kencing akan mengalami beberapa perubahan

Pengenalan

Sistem pembuangan air kencing terdiri daripada dua biji buah pinggang, dua ureter pundi kencing dan salur keluar pundi kencing (uretra). Buah pinggang berfungsi menyingkirkan kotoran dalam darah dan menghasilkanair kencing.

Air kencing yang dihasilkan oleh buah pinggang akan  mengalir melalui saluran ureter dan disimpan di dalam pundi kencing sebelum dibuang melalui salur pundi kencing.

Dalam proses penuaan, sistem pembuangan air kencing dan pundi kencing akan mengalami beberapa perubahan seperti di bawah :

  1. Kawalan pengeluaran air kencing sukar dikawal dan menyebabkan pengeluaran air kencing tidak tentu masa atau tempat.
  2. Jumlah isipadu air kencing yang boleh disimpan oleh pundi kencing berkurangan.
  3. Otot-otot pundi kencing menjadi lemah dan pundi kencing tidak stabil.

Gejala dan Tanda

Kurang keupayaan mengawal kencingInkontinen Urinbermaksud satu keadaan di mana anda mengalami kelemahan atau kegagalan mengawal kencing.Ia merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh warga emas dan boleh merosot dengan peningkatan usia. Kaum wanita lebih berisiko untuk mengalami masalah ini berbanding lelaki  .

Pengawalan fungsi pundi kencing akan menjadi lebih teruk sekiranya terdapat faktor-faktor lain seperti berikut :

  • penyakit saraf tunjang
  • penyakit neurologi seperti Multiple Sclerosis
  • jangkitan kuman dalam sistem air kencing
  • kanser pundi kencing
  • ubat-ubatan (ubat tidur).
  • Diabetes

Terdapat beberapa jenis “Inkontinen Urin” yang telah dikenalpasti.

Tanda-tanda kurang keupayaan mengawal kencing

  • Air kencing meleleh apabila batuk, bersin atau ketawa (stress inkontinen) yang disebabkan oleh kelemahan otot pada salur kencing
  • Kencing dengan kerap (melebihi lebih daripada  8 kali sehari) tetapi dengan kuantiti yang sedikit.
  • Tidak sempat ke tandas dan terkencing dalam seluar.
  • Tidak dapat mengawal pembuangan air kecil.
  • Air kencing meleleh tanpa rasa keinginan untuk kencing.
  • Air kencing mengandungi darah yang mungkin disebabkan oleh kanser pundi kencing.

Komplikasi

  • Malu untuk bersosial dengan orang lain.
  • Tidak dapat keluar rumah dengan mudah sekiranya tempat yang ingin dikunjungi tidak mempunyai kemudahan tandas awam yang baik.
  • Kekerapan kencing yang tinggi boleh meningkatkan risiko jatuh.
  • Kekerapan kencing waktu malam boleh menganggu tidur.

Apa yang perlu anda lakukan?

  • Jumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan.
  • Elak minuman yang mengandungi kafein contoh kopi, teh dan air bergas. Elak daripada minum selepas jam 8 malam.
  • Senaman Kegel (untuk stres inkontinen) perlu dilakukan setiap hari selama 6 hingga 8 minggu untuk berkesan.
  • Jika tidak terkawal, pakailah lampin pakai buang apabila hendak keluar rumah.
  • Jaga kebersihan kulit. Cuci dan keringkan secepat mungkin. Tukar kain apabila basah.
  • Ubahsuai rumah jika perlu seperti tandas ditempatkan berdekatan dengan bilik tidur atau menggunakan kerusi ubah suai seperti tandas (commode).
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Sanidah binti Md. Ali
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Mulut & Hidung

Keupayaan deria rasa dan deria bau merosot semasa proses penuaan.

Tulang

Tulang adalah tisu yang dinamik yang sentiasa diganti dan dibentuk sepanjang hidup manusia. Keseimbangan penting antara proses pembentukan dan penyerapan tulang. Proses ini akan merosot secara perlahan-lahan apabila usia semakin meningkat (dimana ianya bermula selepas umur 35 tahun).

Otot

Selepas berumur 30 tahun, jumlah dan saiz fiber otot berkurangan secara perlahan dan menyebabkan penurunan dalam otot skeletal dan jisim badan. Proses ini dinamakan “sarcopenia”

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,421,542

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia