Home > Galeri Media MS > Animasi > Psoriasis

Psoriasis

Download:

 

Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang. Sel ini berkumpul, nipis, bersisik dan kemerah merahan pada permukaan kulit.

Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :

  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis psoriasis

  • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
  • Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis
  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Lampin psoriasis
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan

Bagi pesakit psoriasis, penghasilan sel kulit baru adalah cepat.

Rawatan psoriasis termasuk :

  • Topikal – Psoriasis sederhana
  • Terapi foto (selalunya ultra violet) – Psoriasis sederhana dan teruk
  • Sistemik (suntikan atau penanaman) – Psoriasis sederhana dan teruk.

Penghasilan secara berlebihan pengutus sel TNF (tumor necrosis factor) dipercayai sebagai penyebab terhasilnya psoriasis. Rawatan sistemik baru boleh meneutralkan TNF berlebihan pada tubuh badan dan seterusnya membaiki simptom psoriasis.

Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.

P
Pap Smear

Pedih Ulu Hati

Penyakit Endometriosis

Pembedahan Penggantian Sendi Lutut

Pembengkakan Prostat Bukan Kanser

Pencegahan Diabetik Neuropati

Pencegahan Diabetik Retinopati

Penggunaan Penyembur Hidung Dengan Betul

Penggunaan Salap Mata

Penyakit Arteri Koronari

Penyakit Gusi

Penyakit Jantung Kongenital

Peritoneal Dialisis

Pertumbuhan Gigi

Perubahan Perasaan

Prosedur Penyediaan Gigi Palsu

Prosedur Rawatan Ortondotik

Proses Kelahiran

Psoriasis

Proses Pengeluaran Susu Ibu