A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Reproduktif
  6. /
  7. Proses Melahirkan Anak Di...

Proses Melahirkan Anak Di Dalam Air

Apakah itu kelahiran dalam air?

Seorang ibu akan masuk ke dalam tub (tab) atau pool (kolam) berisi air hangat ketika fasa pertama bersalin, iaitu sebelum bayinya dilahirkan. Dalam proses kelahiran dalam air pula, si ibu akan berada di dalam air sewaktu fasa meneran dan kelahiran sebenar bayi itu. Setelah dilahirkan, bayi itu kemudiannya dibawa ke permukaan air. Proses melahirkan anak di dalam air ini mungkin akan diikuti oleh kelahiran plasenta sama ada di dalam atau di luar air.

Kadar penggunaan

Kadar penggunaan proses kelahiran dalam air ini agak rendah di negara ini kerana tidak banyak hospital atau pusat bersalin di Malaysia yang menggunakannya. Sehingga hari ini, khidmat ini belum diperkenalkan di hospital-hospital yang di bawah pengurusan Kementerian Kesihatan.

water_birth

Source : http://www.midwiferytoday.com/articles/graphics/LeilaniRogers_115cover.jpg

Kelebihan

Penggunaan kaedah rendaman air hangat sewaktu bersalin kelihatan dapat membantu mewujudkan suasana yang menenangkan dan terapung kepada sesetengah ibu-ibu bersalin, di mana mereka dapat menahan dan menempuh kesakitan melahirkan anak itu dengan lebih mudah, sekaligus mengurangkan penggunaan ubat-ubat analgesic (seperti epidural dan ubat-ubat narkotik). Lain-lain kelebihan termasuklah:

  • Kadar koyakkan akibat pembedahan (episiotomy) yang rendah
  • Kadar perineum tidak terjejas (intact perineum) yang tinggi
  • Kemungkinan kadar koyak tahap ketiga atau keempat yang lebih rendah
  • Kemungkinan kadar tumpah darah selepas bersalin yang lebih rendah
  • Kemungkinan kurang kadar kemasukan ke unit NICU selepas proses melahirkan anak dalam air (tidak diketahui jika kadar kemasukan ke NICU yang lebih rendah ini disebabkan oleh proses “water birth” atau kerana ibu-ibu bersalin diberitahu supaya meninggalkan tub yang digunakan untuk proses melahirkan anak jika didapati ada sedikit tanda-tanda masalah dengan kadar denyutan jantung bayi yang di dalam kandungan.

Kelemahan

Kadar untuk koyakan perineal tahap pertama dan kedua untuk proses melahirkan anak dalam air adalah agak tinggi. Komplikasi-komplikasi yang lain termasuk:

  • Tali pusat terputus. Ia jarang berlaku, tetapi ada kemungkinan boleh terjadi.
  • Beberapa kes bayi-bayi telah tersedut air atau “water aspiration” pernah dilaporkan (kebanyakan daripada bayi-bayi ini pulih sepenuhnya).
  • Kemungkinan berlaku peningkatan risiko jangkitan, terutamanya yang disebabkan sumber air hospital yang kurang bersih, hos, dan tab atau tiada pemasangan penapis air.

Ibu-ibu manakah yang layak untuk melahirkan anak dalam air?

Mereka yang layak termasuklah:

  • Ibu-ibu yang sihat dengan tiada komplikasi mengandung sewaktu peringkat “term” (cukup bulan/matang)
  • Mengandung seorang anak (bukan anak kembar)
  • Tiada faktor-faktor risiko atau masalah-masalah sewaktu bersalin
  • Mempunyai air ketuban yang jernih (clear liquor)
  • Tiada lain-lain keperluan untuk “electronic fetal monitoring” (EFM) secara berterusan semasa bersalin. (EFM berterusan boleh dilakukan secara telemetri dan ini membolehkan ibu-ibu bersalin melalui proses rendaman air hangat, tetapi khidmat ini tidak semestinya ada di semua pusat-pusat bersalin).

Ibu-ibu mana yang TIDAK LAYAK untuk melahirkan anak dalam air?

Ini merangkumi:

  • Pusat-pusat bersalin yang tidak dapat menyediakan air bersih dan panas
  • Ibu-ibu yang memerlukan ubat-ubat analgesic yang lain
  • Keletihan mengandung
  • Ibu-ibu yang mempunyai perkembangan proses bersalin yang kurang baik (poor progress in labour)
  • Masalah-masalah kesihatan si ibu (darah tinggi, obesiti, diabetes mellitus sewaktu mengandungkan anak)
  • Keadaan bayi: bayi bersaiz besar, kedudukan bayi yang songsang (breeches), anak kembar, mekonium (air ketuban memounyai najis bayi kerana menunjukkan bayi dalam keadaan stres)
  • Membran pecah awal

Bilangan pusat-pusat bersalin di Malaysia yang mempunyai kemudahan melahirkan anak dalam air adalah terlalu sedikit. Staf-staf mereka juga tidak mempunyai latihan bagi mengendalikannya, Oleh itu, para ibu hamil dan pasangan mereka dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor-doktor pakar kehamilan tentang prosedur-prosedur bersalin, dan sama ada perkhidmatan bagi setiap prosedur bersalin yang dibincangkan itu ada ditawarkan di setiap hospital/pusat-pusat bersalin atau tidak.

Pada masa ini, Pengarah Kesihatan, telah mengharamkan semua kelahiran di dalam air di mana-mana kemudahan kesihatan di Malaysia sehingga Garis Panduan Kebangsaan kelahiran di dalam air ini dikemaskini dan bagi kemudahan yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan ini, ia harus memenuhi semua kriteria untuk memastikan keselamatan pesakit.

Rujukan

  1. http://evidencebasedbirth.com/waterbirth/
  2. http://www.rcht.nhs.uk/DocumentsLibrary/RoyalCornwallHospitalsTrust/Clinical/MidwiferyAndObstetrics/WaterDuringLabourAndBirthClinicalGuidelineForTheUseOf.pdf
  3. The Cochrane database, immersion in water in labour and birth
  4. The American College of Obstetricians and Gynecologist, committee opinion , immersion in water during labor and delivery
  5. The Royal College of midwives UK, immersion in water birth
  6. The Royal College of Obstetricians and Gynecologist UK: immersion water during labour and birth
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis/Penterjemah : Dr. Hj. Mohamed Hatta b. Mohamed Tarmizi
Akreditor : Dr. Haris Njoo Suharjono
Penyemak : Dr. Rafaie bin Amin

Artikel Berkaitan

Merancang Keluarga

Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga? Merancang keluarga

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,415,675

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia