Home > Laman Utama > Proses Kelahiran

Proses Kelahiran

Download:

 

Proses Kelahiran bayi adalah satu keajaiban teristimewa dalam kehidupan manusia.

Pada saat kelahiran, kepala bayi dalam rahim ibu berada dalam keadaan menjunam kearah servik atau pintu rahim, hanya menunggu masa untuk disambut.

Tahap pertama proses bersalin bermula dengan kontraksi rahim yang singkat dan kerap. Kontraksi yang berlaku jarang-jarang ini menghentap pintu rahim sehingga terbuka selebar 10cm.

Pada tahap kedua proses bersalin, kontraksi semakin kuat dan lebih kerap dengan kesakitan yang meningkat.

Apabila kepala bayi semakin menurun kearah faraj atau vagina, air ketuban akan mula pecah. Bucu kepala bayi mula kelihatan pada bukaan faraj dan menusuk keluar akhirnya. Proses ini dikenali sebagai ‘crowning’.

Kontraksi yang berterusan menolak bayi keluar sehingga kepalanya kelihatan diluar.

Biasanya bayi keluar membelakangi ibu supaya kepalanya mempunyai ruang yang cukup untuk melepasi rangka tulang pelvis.

Kemudian kepala bayi berpaling supaya bahu depan dan bahu bawahnya turut berpaling. Kontraksi terakhir membolehkan bayi keluar sepenuhnya dengan tali pusatnya masih tercantum.

Dan proses memotong tali pusat ini tidak menyakitkan kerana ia tidak bersaraf

Dan tahap ketiga bersalin pula mengambil masa lebih kurang 15minit selepas plasenta dikeluarkan. Selepas bayi dilahirkan ibu disarankan memeluk bayi di dada untuk mengalakkan proses bonding untuk mengeratkan hubungan ibu dan bayi serta penghasilan susu ibu

P
Pap Smear

Pedih Ulu Hati

Penyakit Endometriosis

Pembedahan Penggantian Sendi Lutut

Pembengkakan Prostat Bukan Kanser

Pencegahan Diabetik Neuropati

Pencegahan Diabetik Retinopati

Penggunaan Penyembur Hidung Dengan Betul

Penggunaan Salap Mata

Penyakit Arteri Koronari

Penyakit Gusi

Penyakit Jantung Kongenital

Peritoneal Dialisis

Pertumbuhan Gigi

Perubahan Perasaan

Prosedur Penyediaan Gigi Palsu

Prosedur Rawatan Ortondotik

Proses Kelahiran

Psoriasis

Proses Pengeluaran Susu Ibu