Home > Warga Emas > Kecergasan & Anda > Program Senaman

Program Senaman

Pengetahuan lanjut tentang Kecergasan dan Senaman.

Empat komponen kecergasan fizikal:

  • Ketahanan kardiovaskular:
    • Ini ialah keupayaan berterusan jantung, paru-paru dan saluran darah untuk membawa oksigen ke semua sel dalam badan.
    • Ia melibatkan senaman atau aktiviti yang meningkatkan kemampuan jantung dan paru-paru. Senaman ini juga melibatkan kumpulan otot-otot besar bahagian kaki, lengan dan bahu.
  • Kecergasan otot melibatkan:
    • Dimulakan dengan senaman berselang seli 2-3 minit, dengan 2-3 minit berehat selama 15 minit.
    • Aktiviti senaman perlu ditingkatkan 2-3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit.
  • Kemudahlenturan (fleksibiliti) – kemampuan sendi-sendi bergerak bebas sepenuhnya tanpa ketidakselesaan.
  • Komposisi badan – berapa banyak bahagian berat badan anda yang terdiri daripada jisim otot termasuk tulang dan jisim lemak.
Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Sarkuna Devi
: Normah bt. Nordin
: Thillainathan a/l Krishnan
Penyemak : Dr. Mohmad bin Salleh