Home > Dewasa > Penyakit > Penyakit Berjangkit > HIV > Program Pertukaran Jarum Syringe (NSEP)

Program Pertukaran Jarum Syringe (NSEP)

Apa itu program NSEP

NSEP adalah akronim kepada program pertukaran jarum suntikan dan picagari terpakai . Ia adalah merupakan sebahagian dari program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction).

Program ini melibatkan pertukaran jarum suntikan serta picagari terpakai yang digunakan oleh penagih dadah dengan jarum suntikan dengan yang baru.

Siapa kumpulan sasaran

Penagih dadah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah secara jarum suntikan

Apakah objektif dan matlamat NSEP

Mengurangkan risiko penularan jangkitan  HIV dan juga penyakit berjangkit lain yang menular melalui darah dan hubungan kelamin seperti Hepatitis B, Hepatitis C dan Syphillis dikalangan penagih dadah suntikan dan pasangan seks mereka.

Membolehkan pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan mendekati klien yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini untuk memberi khidmat nasihat kesihatan dan perubatan termasuk kaunseling untuk ujian saringan HIV, dan rawatan penagihan dadah dan alkohol.

Dimana boleh dapatkan perkhidmatan pertukaran jarum dan picagari

  1. Di klinik kerajaan yang menjalankan perkhidmatan NSEP
  2. Pekerja outreach bertanggung jawab mengutip, mengumpul serta melupus jarum dan alat suntikan terpakai dari tempat mereka berkumpul untuk menyuntik dadah. Pekerja outreach ini adalah bekas penagih dadah yang telah dilatih untuk melakukan khidmat NSEP ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Komplikasi jika NSEP tidak diterima oleh klien

Risiko Penularan HIV dan penyakit berkaitan dikalangan penagih dadah suntikan adalah bertambah.

Risiko penularan HIV juga meningkat dikalangan pasangan seks mereka. Sekiranya seorang wanita itu dijangkiti HIV, bayi yang bakal dilahirkan juga boleh dijangkiti.

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Hasniza bt. Hasim
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali