A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Penjagaan Kendiri
  6. /
  7. Produk Penjagaan Kesihatan Mulut...

Produk Penjagaan Kesihatan Mulut : Pembersihan Antara Celah Gigi

Pembersihan interdental merujuk kepada pembersihan plak atau sisa makanan di antara celah-celah gigi.

Pembersihan interdental merujuk kepada pembersihan plak atau sisa makanan di antara celah-celah gigi. Pembersihan interdental amatlah penting kerana ia mempunyai fungsi yang berbeza iaitu membersihkan bahagian antara gigi yang tidak dapat dicapai dan dibersihkan oleh berus gigi.

Jenis Alat Pembersihan Interdental

Terdapat beberapa jenis alat utama yang boleh digunakan seperti berikut:

  • Flos pergigian
  • Berus interdental
  • Pencungkil gigi

Flos Pergigian

Ia diperbuat daripada benang khas sama ada berlilin atau tidak yang boleh digunakan untuk membersihkan plak atau sisa makanan antara celah gigi (Rajah 1).

Rajah 1: Flos pergigian yang biasa (kiri) dan Dental tape (kanan)

Terdiri daripada benang khas
Terdiri daripada bahan berbentuk tape yang halus untuk dilalukan di antara celah gigi.

  • Flos pergigian biasa
  • Dental tape
  • Super floss
    • terdiri daripada satu hujung bahagian flos yang lebih keras, satu bahagian flos biasa dan satu bahagian flos yang berspan (Rajah 2).
    • Ia sesuai digunakan bagi individu yang mempunyai korona dan jambatan(crown & bridge), rawatan ortodontik atau kes-kes yang perlu seperti nasihat doktor pergigian.


Rajah 2: Super floss

Terdapat juga produk flos pergigian yang disertakan dengan pemegang(Rajah 3a). Contohnya, flos pakai buang berpemegang plastik (Rajah 3b). Flos jenis ini merupakan kaedah alternatif sekiranya anda mengalami kesukaran menggunakan flos dengan teknik biasa melalui lilitan di jari.


Rajah 3a: Flos berpemegang


Rajah 3b: Flos berpemegang jenis pakai buang

Berus interdental


Rajah 4: Berus interdental

Terdiri daripada berus kecil berbentuk kon atau silinder (Rajah 4). Ia terdiri daripada pelbagai saiz, dan dilekatkan kepada pemegang plastik. Terdapat produk yang mana berusnya boleh dibeli secara berasingan dan diganti apabila perlu. Pilih saiz dan bentuk yang bersesuaian dengan anda atau mengikut nasihat doktor pergigian.

Berus interdental hanya boleh digunakan jika terdapat ruang antara gigi dan/atau gusi. Contohnya jika ada gigi yang jarang / ada ruang / terdapat gusi yang menurun disebabkan oleh penyakit gusi (gum recession).

Ia juga sesuai digunakan bagi rawatan ortodontik dan jika terdapat korona dan/atau jambatan (crown and/or bridge).

Pencungkil Gigi

Ia terdiri daripada kayu lembut atau plastik lembut pakai buang untuk pembersihan antara celah gigi dan gusi. Selalunya ia digunakan selepas makan.

Pencungkil gigi hanya boleh digunakan jika terdapat ruang / gigi yang jarang akibat gusi yang menurun (penyakit gusi). Ia tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak .

Penggunaannya di kawasan gigi yang rapat tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan kecederaan gusi. Jika digunakan berterusan dalam jangka panjang gusi akan tertolak ke bawah dari paras asal dan mewujudkan ruang dan gigi kelihatan renggang / jarang.

Kesimpulan

  • Alat pembersihan interdental amatlah penting dalam memastikan pembersihan celah gigi dan gusi.
  • Pemilihan alat pembersihan interdental yang betul dan mengikut kesesuaian atau rawatan yang sedang anda terima amatlah penting bagi memastikan kesihatan mulut yang optimal. Rujuk Doktor gigi berdekatan jika bagi mendapatkan nasihat.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Mustaffa b. Jaafar
Penyemak : Dr. Sharol Lail bin Sujak

 

Artikel Berkaitan

Prostesis Untuk Pesakit Sumbing Bibir Dan Lelangit

Pemulihan secara prostetik pesakit sumbing bibir dan lelangit ini akan memberikan mereka penampilan yang lebih baik, membolehkan pesakit berasa normal, meningkatkan harga diri, menawarkan peluang yang lebih besar untuk pekerjaan dan memenuhi potensi sosial mereka

Gigi Panjang

Tolong doktor, kenapa gigi saya semakin panjang? Ini adalah antara

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,238,373

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia