A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kecemasan
  6. /
  7. Pengsan (Syncope): Rawatan Awal

Pengsan (Syncope): Rawatan Awal

Pengsan atau syncope terjadi apabila seseorang itu hilang kesedaran tahap separa atau penuh disebabkan oleh penyusutan sementara bekalan darah beroksigen ke otak.

Pengenalan

Pengsan atau syncope terjadi apabila seseorang itu hilang kesedaran tahap separa atau penuh disebabkan oleh penyusutan sementara bekalan darah beroksigen ke otak.

Faktor Penyebab

  1. Terdedah kepada panas yang melampau
  2. Lapar yang melampau
  3. Tekanan emosi
  4. Keletihan dan ketakutan yang melampau
  5. Dehidrasi
  6. Penyakit :
    • Tekanan darah tiba-tiba menurun (hypotension)
    • Anemia
    • Degupan jantung tidak menentu
    • Serangan penyakit di otak
    • Serangan Migraine

Tanda dan Gejala

  1. Pucat
  2. Denyutan nadi cepat
  3. Berpeluh sejuk
  4. Rasa loya
  5. Kepala rasa berpusing

Rawatan

Rawatan di tempat kejadian :

  1. Sekiranya sebelum pengsan mangsa kelihatan pucat dan mengadu berasa   pening, mual dan merasa seperti hendak pengsan, perawat hendaklah membawa mangsa ke tempat yang lebih selamat serta betulkan saluran pernafasan.

    1
    Gambar 1: Mangsa pengsan (Sumber: http://upm-asaskembara.blogspot.com/2013/06/rawatan-kecemasan-first-aid-kit.html)
  2. Tenangkan mangsa, sekiranya mangsa terus pengsan alihkan benda di sekeliling yang berbahaya, baringkan mangsa  dan tinggikan kaki untuk memastikan bekalan darah mengalir ke otak.
  3. Longgarkan pakaian mangsa.
  4. Jangan bersesak-sesak dan beri bantuan udara segar menggunakan kipas.
  5. Jika mangsa sedar selepas beberapa minit, biarkan sehingga mangsa betul-betul     selesa dengan keadaannya sendiri.
  6. Sekiranya masih pengsan, periksa pernafasan dan denyutan nadi dan bersedia       untuk menjalankan CPR sekiranya tahu.
  7. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan, hubungi talian 999 :
    • Mangsa mengalami kecederaan di kepala semasa pengsan.
    • Pengsan lebih dari sekali dalam sebulan.
    • Mangsa wanita mengandung atau menghidap sakit jantung atau penyakit kronik.
    • Sebelum pengsan mangsa mengadu sakit dada, sukar bernafas, kecelaruan, kabur pandangan atau susah bertutur.

Rawatan di hospital :

  1. Mangsa akan diperiksa kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar pernafasan dan tahap kesedaran.
  2. Sekiranya mangsa mengalami renjatan, rawatan khusus akan diberikan.
  3. Penyiasatan darah akan dilakukan jika ada keperluan

Pencegahan

  1. Jangan melakukan aktiviti fizikal  apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan.
  2. Pastikan cukup udara segar dalam bilik permainan.
  3. Elakkan berada dalam keadaan berdiri dan tidak bergerak untuk jangka masa    yang lama.
  4. Sekiranya dalam rawatan perubatan, pastikan mangsa mengambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.

Rehabilitasi

  1. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang.
  2. Ambil ubat yang telah diarahkan oleh doktor dan patuhi rawatan susulan.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Yusof b. Ismail
Akreditor : Zulhelmi bin Abdullah
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

 

Artikel Berkaitan

Tercekik : Rawatan Awal

Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan ( trachea) tersekat atau tertutup disebabkan oleh sesuatu objek.

Luka Tusukan Objek Tajam : Rawatan Awal

Luka ini berpunca daripada tusukan atau tikaman daripada objek-objek tajam seperti pisau, gunting, paku, jarum, besi, kaca, pensel, pen dan sebagainya. Lokasi tubuh badan yang sering terdedah kepada ancaman tusukan adalah pada bahagian abdomen, belakang badan, punggung, tapak kaki dan tangan serta muka.

Dipatuk Ular : Rawatan Awal

Secara umumnya, serangan ular terbahagi kepada 2 iaitu mematuk atau menggigit dan membelit. Terdapat ular yang tidak mempunyai bisa (venom) tetapi mampu menggigit dan membelit. Lokasi tubuh badan yang sering terdedah kepada ancaman dipatuk ular adalah pada bahagian kaki dan tangan. Insiden dipatuk ular merupakan kes kecemasan yang memerlukan tindakan dan rawatan dengan segera.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,019,859

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia