A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Perokok wanita meningkat

Perokok wanita meningkat

Berita Harian

Isnin, 30/05/2011

Perokok wanita meningkat

PUTRAJAYA: Jumlah perokok wanita di negara ini semakin meningkat kepada tahap yang membimbangkan, terutama di kalangan remaja perempuan berusia antara 13 tahun hingga 15 tahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Tinjauan Tembakau Belia Global (Global Youth Tabacco Survey), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2009 menunjukkan peningkatan peratusan perokok remaja perempuan iaitu 12.4 peratus berbanding 11.5 peratus dalam kajian pada 2003.

Katanya, jumlah perokok wanita secara keseluruhan juga menunjukkan peningkatan iaitu 5.3 peratus dalam kajian 2009 berbanding 4.2 peratus pada 2003.

"Ini berbeza dengan peratusan perokok remaja lelaki yang menunjukkan penurunan iaitu 46.7 peratus dalam kajian 2009 berbanding 54.5 peratus pada 2003 manakala peratusan perokok lelaki secara keseluruhannya juga susut daripada 36.3 peratus pada 2003 kepada 30.9 peratus tahun 2009.

"Bagaimanapun, secara keseluruhan, jumlah perokok di kalangan remaja adalah berkurangan iaitu 30 peratus pada 2009 berbanding 33.1 peratus pada 2003," katanya.
  {module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,074,667

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia