A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Keselamatan Radiasi
  8. /
  9. PERLINDUNGAN RADIASI UNTUK PESAKIT

PERLINDUNGAN RADIASI UNTUK PESAKIT

Perlindungan radiasi/ sinaran adalah sains dan amalan bagi melindungi manusia dan alam sekitar daripada kesan bahaya radiasi mengion. Penting bagi kita untuk mengetahui 3 prinsip perlidungan radiasi ini.

Apakah Perlindungan Radiasi?

Perlindungan radiasi atau sinaran, juga disebut perlindungan radiologikal adalah sains dan amalan bagi melindungi manusia dan alam sekitar daripada kesan bahaya radiasi mengion.

Radiasi mengion digunakan secara meluas dalam industri dan perubatan serta boleh membahayakan kesihatan. Pendedahan radiasi yang terlampau (dedahan tahap tinggi) boleh menyebabkan kerosakan mikroskopik pada tisu hidup yang menyebabkan lecur pada kulit dan penyakit sinaran (disebut “kesan tisu”). Manakala dedahan radiasi pada tahap rendah boleh meningkatkan risiko kanser (“kesan stokastik”). [1]

Asas kepada perlindungan radiasi adalah dengan mengurangkan dos dedahan yang dijangka dan mengukur dos radiasi yang diterima oleh tubuh manusia.

Prinsip Perlindungan Radiasi

  • Perlindungan radiasi boleh dibahagikan kepada perlindungan radiasi pekerjaan bagi melindungi pekerja, perlindungan radiasi perubatan bagi melindungi pesakit, dan perlindungan radiasi awam bagi melindungi individu dan masyarakat. (http://en.wikipedia.org/wiki/Ionising_radiation_protection)
  • Terdapat tiga (3) prinsip utama perlindungan radiasi:

Tempoh: Tempoh dedahan yang singkat mengurangkan dos.

Jarak: Jarak yang semakin menjauh mengurangkan dos.

Perisai: Penggunaan alat perlindungan seperti gaun/ apron dan/ atau perisai radiasi akan mengurangkan jumlah radiasi yang tidak diperlukan dari sampai kepada pesakit dan seterusnya mengurangkan dos radiasi.

Bagaimana Pesakit Dilindungi Semasa Menjalani Pemeriksaan Radiografi?

Semasa pemeriksaan x-ray, dos radiasi kepada pesakit dipastikan berada di tahap yang sangat rendah dengan berpandukan perkara berikut:

  • Penggunaan alat perlindungan radiasi

– Alat perlindungan radiasi terdapat di semua jabatan pengimejan. Contoh alat perlindungan yang terdapat di jabatan pengimejan adalah apron plumbum (Pb), perisai tiroid, perisai gonad dan skrin plumbum mudah alih (Rajah 1, Rajah 2, Rajah 3). [2]

– Setiap alat perlindungan radiasi akan disediakan semasa pemeriksaan. Penggunaan alat perlindungan radiasi bergantung kepada jenis pemeriksaan yang dilakukan.

  • Faktor dedahan yang betul

– Juru X-ray akan memilih faktor dedahan yang sesuai untuk menghasilkan imej yang optima.

perlindungan_radiasi_pesakit_1Rajah 1: Apron plumbum              Rajah 2: Perisai tiroid                      Rajah 3: Perisai gonad

  • Justifikasi

– Tiada pemeriksaan menggunakan radiasi melainkan kebaikan yang dihasilkan adalah melebihi keburukannya.

  • Elak pemeriksaan ulangan

– Untuk mendapatkan imej yang baik dan mengelakkan pemeriksaan ulangan anda perlu mengikuti arahan yang diberikan sepanjang masa pemeriksaan dijalankan. Pemeriksaan ulangan akan menambahkan dos kepada pesakit. Juru x-ray akan menentukan jumlah pemeriksaan ulangan (jika perlu).

– Kerjasama anda amat diperlukan bagi mengelakkan pemeriksaan ulangan ini.

Rujukan

  1. Atomic Energy Licensing Act, 1984, Act 304.
  2. en.wikipedia.org/wiki/Ionising­_radiation_protection
  3. www.zmedical.com

 

Semakan Akhir : 13 Mei 2016
Penterjemah : Noorhayati binti Kassim
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,668

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia