A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pergigian Restoratif ( +23 )

Terdapat keadaan di mana gigi rosak tidak dapat diperbaiki lagi dan di panggil sebagai "tidak boleh diselamatkan". Gigi ini tidak dapat bertahan lama di dalam mulut dan tempoh hayatnya tidak dapat dijangkakan ...
Jenis-jenis bahan yang disyorkan untuk pembuatan korona atau jambatan anda, akan bergantung kepada beberapa faktor tertentu iaitu kedudukan gigi (hadapan atau belakang) dimana korona atau jambatan akan diletakkan, sama ada anda mempunyai tabiat mengisar gigi dan sekiranya anda mempunyai alahan kepada logam tertentu ...
Gigi Insisor lateral berbentuk Peg didefinasikan sebagai gigi Insisor lateral maksilari yang bersaiz kecil dan menumpu yang mungkin berkait rapat dengan keabnormalan pada kegigian yang lain ...
Pemulihan secara prostetik pesakit sumbing bibir dan lelangit ini akan memberikan mereka penampilan yang lebih baik, membolehkan pesakit berasa normal, meningkatkan harga diri, menawarkan peluang yang lebih besar untuk pekerjaan dan memenuhi potensi sosial mereka ...
Anda baru sahaja selesai menjalani rawatan akar. Menurut doktor gigi, kesemua urat saraf didalam gigi anda telah pun dibuang, salur akar sudah dibersihkan dan ditampal dengan sebaik-baiknya. Korona gigi pun baru sahaja dibuat dan tiba-tiba sakit itu muncul semula. Rasa sakitnya sama sahaja seperti sebelum rawatan akar dibuat. Bagaimana ini ...
Overdentur adalah dentur sebahagian atau dentur penuh yang menutupi satu atau lebih gigi , tunggul gigi dan/atau implan pergigian ...
Kecacatan maksilofasial boleh memberi kesan kepada fungsi, estetik dan juga psikologikal pesakit. Sekiranya kecacatan melibatkan bahagian lelangit keras, pertuturan akan kedengaran sengau dan boleh menyebabkan regurgitasi hidung sewaktu menelan ...
Korona pergigian ialah sejenis prostesis tetap pergigian yang menutupi keseluruhan atau sebahagian gigi atau implan. Ia bertindak sebagai lapisan yang paling luar gigi ...
Gigi palsu fleksibel ialah gigi palsu yang diperbuat daripada bahan yang melentur (flexible) iaitu sejenis bahan plastik yang dinamakan nylon ...
Apakah Tampalan Korona atau Jambatan? Korona adalah tampalan gigi tidak langsung yang diproses di makmal pergigian seramik, juga dikenali sebagai cap atau sarung. Korona dibuat apabila keadaan struktur gigi memerlukan perlindungan atau terdedah kepada keretakan. Gigi yang memerlukan tampalan korona akan dipotong untuk mengurangkan saiz gigi sebagai persediaan ruang untuk ...
Pengasahan gigi adalah aktiviti pergerakan gigi luar kawalan otak melibatkan pergerakan  seperti mengetap dan mengisar gigi ...
Gigitan tak sekata adalah ketidak sekataan jajaran gigi dan rahang atau  secara ringkasnya gigitan yang salah (tidak normal) ...
Periapikal adalah merujuk kepada kawasan di sekeliling hujung akar gigi. Pembedahan mikro periapikal  dikenali juga dengan nama pembedahan mikro endodontik atau apicoectomy ...
Kehilangan gigi biasanya bermula pada usia enam tahun. Gigi susu akan tanggal bagi memberi ruang kepada gigi kekal untuk tumbuh ...
Pengenalan - Termasuk Bahan Yang Digunakan Semua orang ingin mempunyai gigi yang putih. Adakah ini bermakna bahawa kita boleh memberikan rawatan pemutihan gigi kepada setiap pesakit? Ya ,hampir kepada semua orang! Salah satu sebab pesakit mendapatkan rawatan gigi adalah gigi hadapan berubah warna. Ia adalah satu kebimbangan estetik yang dapat ...
Gigi yang telah menjalani rawatan kanal akar mengalami kehilangan sebahagian struktur gigi dan perubahan dalam karakter fizikalnya seperti pengurangan modulus kenyalnya, yang kerapkali mengakibatkan peningkatan kerentanannya terhadap fraktur, berbanding dengan gigi vital yang tidak mempunyai sebarang restorasi ...
Karies akar gigi biasanya terjadi di kawasan aras gusi yang telah menyusut atau mengecut dan mengakibatkan bahagian akar gigi tersebut terdedah ...
Kehausan gigi berpunca daripada pelbagai faktor atau keadaan yang mengakibatkan kehilangan lapisan enamel dan dentin gigi ...
Korona adalah sejenis restorasi/prostesis pergigian yang menyarung atau mengelilingi gigi atau implan pergigian; menyerupai saiz dan bentuk asal gigi atau direka bentuk mengikut saiz, bentuk dan warna yang dikehendaki/dipilih ...
Pemutihan gigi sesuai bagi individu yang mempunyai gigi tiada tampalan dan gusi yang sihat ...
Pengenalan Kerosakan gigi dan penyakit gusi merupakan masalah pergigian yang biasa berlaku. Gigi yang mengalami kerosakan kecil boleh dirawat secara langsung dengan menggunakan bahan tampalan, yang bersesuaian. Namun demikian kerosakan gigi yang teruk atau kehilangan satu atau lebih gigi, memerlukan rawatan tidak langsung seperti korona dan jambatan. Ianya juga dikenali ...
Venir pergigian adalah selapisan nipis bahan restorasi yang dilekatkan kepada permukaan hadapan gigi ...
Latar belakang Rawatan kanal akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah rosak teruk di mana tisu pulpa telah dijangkiti atau telah mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut. Apakah ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan akar? Gigi yang rosak teruk atau ...
Gigi palsu adalah peralatan boleh tanggal yang digunakan untuk menggantikan gigi yang telah hilang dan tisu disekitarnya ...
Sindrom Gigi Retak boleh ditafsirkan sebagai berlakunya ketidakselesaan yang berterusan, sensitif atau sakit pada gigi yang disebabkan oleh fraktur pada gigi  atau keretakan pada gigi ...
Dentur tidak sepatutnya dipakai semasa tidur, untuk merehatkan tisu. Dentur perlu disimpan di dalam bekas bertutup yang berisi air untuk mengelakkan berlakunya pengeringan dan perubahan dimensi berlaku ...

Artikel Berkaitan

Sindrom Gigi Retak

Sindrom Gigi Retak boleh ditafsirkan sebagai berlakunya ketidakselesaan yang berterusan, sensitif atau sakit pada gigi yang disebabkan oleh fraktur pada gigi  atau keretakan pada gigi.

Gigi Palsu

Gigi palsu adalah peralatan boleh tanggal yang digunakan untuk menggantikan gigi yang telah hilang dan tisu disekitarnya.

Prostesis Untuk Pesakit Sumbing Bibir Dan Lelangit

Pemulihan secara prostetik pesakit sumbing bibir dan lelangit ini akan memberikan mereka penampilan yang lebih baik, membolehkan pesakit berasa normal, meningkatkan harga diri, menawarkan peluang yang lebih besar untuk pekerjaan dan memenuhi potensi sosial mereka

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,332

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia