A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Perbezaan Air Mineral Semula jadi (AMS) & Air Minuman Berbungkus (AMB)

Pendahuluan

Peraturan-Peraturan Makanan  1985 mensyaratkan bagi sesiapa yang mengambil air mineral semula jadi (AMS) atau air minuman berbungkus (AMB) untuk tujuan kegunaan  manusia dan diperdagangkan perlu  mempunyai lesen punca air tersebut.

Secara amnya semua air adalah sama, hanya kandungan bahan larut seperti mineral, bahan cemar dan bahan organik sahaja yang berbeza. Perbezaan ini bergantung kepada jenis punca, kaedah rawatan yang digunakan dan pemprosesan.

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara air mineral semula jadi dan air minuman berbungkus.

Perbezaan Air Mineral Semula jadi dan Air Minuman Berbungkus

Air Mineral Semula jadi Air Minuman Berbungkus
Punca Sumber daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan dan lain-lain jalan keluar.
Punca perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan.
Semua punca air yang selamat seperti dari sistem bekalan air awam atau air paip, air permukaan (sungai, kolam, tasik) dan air tanah (telaga tiub, mata air).
Perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan.
Penambahan mineral Tidak boleh diperkaya/diperkuat atau ditambah dengan vitamin atau mineral. Boleh mengandungi tambahan garam klorida, bikarbonat dan sulfat bagi kalsium, magnesium, kalium dan sodium serta karbon dioksida.
Penambahan karbon dioksida Dibenarkan Dibenarkan
Pelakuan / rawatan Tertakluk kepada satu atau beberapa rawatan berikut dengan syarat kandungan air atau mineral tidak terubahsuai /berubah.

  • Penapisan
  • Pengklorinan diikuti dengan pendeklorinan
  • Pengudaraan/ Pendeudaraan
  • Pengkarbonan/pendekarbonan
  • Penstrilan ultraungu
  • Pelakuan ozon
  • Pempasteuran

Perlu mematuhi standard yang ditetapkan.

Semua jenis rawatan boleh digunakan asalkan standard air mematuhi standard yang ditetapkan.
Jenis –jenis rawatan ke atas air minuman;

  • Penurasan- untuk menghilangkan bau, rasa, kontaminan organik atau klorin
  • Penyulingan
  • Osmosis berbalik
  • Elektrodialisis
  • Penukaran ion
  • Disinfeksi menggunakan ozon atau sinaran ultraviolet
  • Menurunkan keliatan air-pelembut air, penukaran ion, osmosis berbalik, penyulingan
Label Perlu dilabel dengan :

  • “Air Mineral Semula jadi” atau
  • “Air Mineral Semula jadi Berkarbonat” sekiranya mengandungi karbon dioksida.
  • Amaun jumlah pepejal terlarut
  • Nama kandungan mineral yang ada
  • Nilai pH
  • Lokasi puncanya
  • Jenis punca
  • Nombor kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • “Punca diluluskan oleh KKM”
  • Nama dan alamat lengkap pengeluar
  • “Buatan Malaysia” atau buatan negara asal pengeluar
Perlu dilabel sebagai

  • ”Air Minuman” atau
  • “Air Minuman Berkarbonat” jika mengandungi karbon dioksida
  • Amaun mineral atau garam tambahan sekiranya ada
  • Jenis punca air
  • Nombor kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • “Punca diluluskan oleh KKM”
  • Nama dan alamat lengkap pengeluar
  • “Buatan Malaysia” atau buatan negara asal pengeluar
Pembungkusan / Botol Penutup botol pelbagai warna.

Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lutsinar.

Penutup botol berwarna putih.

Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lutsinar.

Kekeliruan yang biasa ditanya oleh pengguna

Ada pengguna yang keliru  dengan  penyataan osmosis berbalik, osmosis songsang, R.O Water, air suling dan  ozon water. Penyataan ini adalah merupakan jenis proses rawatan ke atas air yang dilakukan untuk air minuman berbungkus. Secara amnya proses rawatan tersebut adalah untuk menghilangkan bau, rasa, kontaminan organik dan klorin. Rawatan seperti penyulingan dan osmosis berbalik adalah untuk membuang atau mengurangkan mineral manakala ozon digunakan untuk membunuh kuman (disinfeksi).

Nasihat kepada pengguna

Pengguna harus tahu perbezaan di antara air mineral semula jadi dan air minuman berbungkus yang dibotolkan. Cara paling mudah untuk membezakan kedua-dua jenis air ini ialah dengan membaca label dan melihat pada penutup botol. Penutup berwarna putih untuk air minuman berbungkus dan pelbagai warna untuk air mineral semula jadi.

 

CONTOH LABEL AIR MINUMAN BERBUNGKUS


 

CONTOH LABEL AIR MINERAL SEMULAJADI


 

Semakan akhir : 3 April 2014
Penulis : Pn. Norrani binti Eksan
Penyemak : Pn. Norrani binti Eksan

 

Artikel Berkaitan

Makanan Pelengkap

Pengenalan Makanan pelengkap adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,235,938

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia