A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Kawalan Iklan
  6. /
  7. Perbandingan Kawalan Iklan antara...

Perbandingan Kawalan Iklan antara Malaysia dan United Kingdom

Pengenalan

Kawalan iklan ubat di Malaysia adalah berbeza dengan kawalan iklan di United Kingdom (UK). Di Malaysia pendekatan yang digunakan adalah melalui sistem kelulusan iklan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU) manakala di UK, kawalan yang dipraktis adalah berdasarkan kepada kawalan kendiri.

Berikut adalah perbandingan kawalan iklan ubat di Malaysia vs UK:

kawalaniklanuk1

Melalui kawalan kendiri, tanggungjawab untuk memastikan iklan ubat mengikut perundangan bukan hanya digalas oleh pihak berkuasa sahaja tetapi dikongsi bersama-sama agensi-agensi dan persatuan-persatuan yang berkepentingan. Ini bermakna, sekiranya ahli persatuan melanggar kod yang telah ditetapkan, maka tindakan akan diambil oleh pihak agensi terhadap ahli yang melanggar kod tersebut.

Peranan Lembaga Iklan Ubat

Tugas dan peranan Lembaga Iklan Ubat adalah seperti berikut:

  1. Melulus dan menolak permohonan iklan ubat dengan tuntutan perubatan di media massa dan media lain
  2. Menarik balik atau membatalkan iklan yang telah diluluskan bila perlu
  3. Melulus/meminda garispanduan iklan

kawalaniklanuk2

Walau bagaimanapun, di UK, semua iklan ubat tidak memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa. Bagaimanapun, iklan yang disiarkan perlulah mematuhi garis panduan dan akta yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa UK. Konsep kawalan kendiri adalah tunjang kepada pengawalan iklan ubat di UK. Hal ini kerana hukuman yang dikenakan adalah tinggi berbanding hukuman di bawah Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956. Di UK, selain denda, antara hukuman lain yang dikenakan adalah Pihak Berkuasa diberi kuasa untuk mengenakan arahan untuk membuat kenyataan pembetulan. Ini bermakna, pengiklan perlu mengeluarkan kenyataan pembetulan terhadap iklan mengelirukan yang pernah disiarkan terdahulu.

Sebagai tambahan, walaupun iklan tidak memerlukan kelulusan tetapi terdapat beberapa keadaan yang memerlukan proses penilaian dijalankan oleh pihak berkuasa iaitu:

  1. melibatkan ubat baru yang diluluskan
  2. melibatkan produk yang melalui pengkelasan semula seperti perubahan pengkelasan ubat memerlukan preskripsi kepada ubat kendalian ahli farmasi
  3. melibatkan iklan produk yang pernah dikenakan tindakan kerana melanggar undang-undang

Selain itu, pihak berkuasa UK juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan seperti berikut khususnya melibatkan risiko kepada kesihatan umum:

  1. Mengarahkan untuk meminda iklan tersebut
  2. Menarik balik iklan tersebut
  3. Mengarahkan pengiklan mengeluarkan kenyataan pembetulan
  4. Mengemukakan iklan-iklan yang akan dikeluarkan pada masa hadapan untuk semakan

Nasihat kepada pengguna

Pengguna dinasihatkan agar memastikan bahawa iklan ubat yang dilihat perlu mempunyai nombor kelulusan Lembaga Iklan Ubat. Iklan yang telah diluluskan telah disemak dan maklumat yang tertera adalah tepat dan sahih berdasarkan kepada bukti sewaktu permohonan iklan ubat diproses.

kawalaniklanuk3

Pastikan ubat/produk farmaseutikal berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL beserta pelekat hologram dan iklannya diluluskan oleh LIU. Menyedari hakikat bahawa orang awam perlu mendapat maklumat, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mewujudkan laman khas bagi mewar-warkan risiko pembelian ubat dalam talian. Sila layari http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/website/waspada-belian-ubat-online untuk mendapatkan tips/panduan/e-poster dan video yang berkaitan.

Rujukan

  1. Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 (Disemak 1983)
  2. The Blue Guide, Advertising and Promotiono Medicines in the UK, Third Edition (2014)
  3. www.pharmacy.gov.my
Semakan Akhir : 08 Jun 2016
Penulis : Normawati bt. Mohamed Noor
Akreditor : Umikalsom bt. Ibrahim

Artikel Berkaitan

Ubat – ubatan untuk rawatan hipertensi (Tekanan darah tinggi)

Hipertensi merupakan faktor utama bagi penyakit berkaitan salur darah yang terdapat pada jantung, otak dan buah pinggang. Merujuk kepada Fakta Kesihatan 2009, 16.09% kematian di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah disebabkan oleh penyakit jantung & peredaran darah, dan 8.43% kematian adalah disebabkan oleh penyakit salur darah pada otak. Selain itu, penyakit yang melibatkan peredaran darah menyebabkan 6.91% kemasukan pesakit untuk rawatan di hospital KKM. Hipertensi boleh menjadi pembunuh senyap sekiranya anda tidak memantau paras tekanan darah anda.

Antioksida

Apakah itu antioksida? Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 224,198,081

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia