A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Bayi dan Kanak-kanak
  8. /
  9. Perawatan Fisioterapi bagi Kecederaan...

Perawatan Fisioterapi bagi Kecederaan Kelecuran

Definisi

Kelecuran adalah kecederaan pada kulit yang disebabkan terkena bahan haba , kimia, geseran, ais, renjatan elektrik atau radiasi.

Klasifikasi Kecederaan

a) Kecederaan  kelecuran  dibahagi kepada:-
1. Haba (thermal injury) – api, cecair mudah terbakar seperti petrol, gas, air panas, wap panas.
2. Bahan Kimia (chemical injury) – asid dan gas
3. Elektrikal (electrical injury) – renjatan elektrik, pancaran kilat.
4. Radiasi (Radiation) – tenaga solar, radioterapi dan laser
5. Ais – frost bite
b) Keluasan Kelecuran (Peratusan)
i) Rule of Nine
ii) LUND-Browder Chart
iii) Palm’s Rule

rule9

Gambarajah :Rule of Nine

c) Tahap Kelecuran

Tahap kelecuran Tahap pertama( 1st degree)

Tahap Kedua (2nd degree)

tahap Ketiga (3rd degree) Tahap Keempat (4th degree)

Superficial

Deep

Lapisan kulit terlibat

epidermis- lapisan luar

epidermis

 Dermis-luar

 

dermis

 Dermis-dalam

 

dermis dalam

Melibatkan bahagian lemak

tahap ke3

Melibatkan bahagian otot, tendon, dan tulang

tahap ke4

Tanda dan gejala merah,kering sakit merah jambu/merah, blister, lembab, sakit merah jambu putih , perang , kering ,kebas Putih , perang , rentung  kering, kebas seperti  tahap ketiga
Masa sembuh Dalam masa
3-7 hari
Dalam masa
10-14 hari
Dalam masa 17- 21 hari, grafting mempercepatkan penyembuhan  kefungsian . perlukan pembedahan
skin graft
perlukan pembedahan
reconstruction
anatomikulit

Gambarajah Anatomi kulit

d) Kecederaan Inhalasi
Kecederaan inhalasi bermaksud kecederaan saluran pernafasan yang disebabkan oleh tersedut atau terhidu asap kebakaran atau gas .
Kecederaan inhalasi terbahagi kepada 3 jenis:
i. saluran pernafasan bahagian atas (larynx and vocal cord )
ii. saluran pernafasan utama (tracheobroncial tree)
iii. saluran pernafasan terminal (bronchioles and alveoli)

Peringkat

Tempoh

Tanda Fisiologi

Peringkat pertama 3 hingga 8 jam Kesukaran  pernafasan (Respiratory distress) yang minima akibat daripada bronchospasm atau kerosakkan bahagian alveoli atau kedua-duanya sekali
Peringkat  Kedua 8 hingga 48 jam Halangan saluran pernafasan (Obstruction) disebabkan oleh edema pada saluran pernafasan bahagian atas atau bawah atau kedua-duanya.
Peringkat  Ketiga Selepas 72 jam Pneumonia, selalunya disebabkan oleh organisma gram -negatif

Komplikasi Kecederaan Inhalasi

  • Tracheal Stenosis
  • Trachea Inflammation
  • Tracheal Ulser
  • Granuloma Formation

Perawatan Fisioterapi
Perawatan kes kelecuran boleh dibahagikan kepada 3 fasa :-

  • Fasa Akut (Acute)
  • Fasa Sub akut (Subacute)
  • Fasa Kesembuhan  dan kematangan parut (Post  Epithelial healing)

Fasa Akut:
1. Penjagaan Respiratori bertujuan, mengekalkan dan membantu sistem respiratori berfungsi ke tahap   optima. Penjagaan respiratori amat penting terutama bagi kes-kes kecederaan inhalasi dan kelecuran bahagian dada. Pesakit ketika itu sama ada menggunakan alat bantuan pernafasan, menggunakan terapioksigen  atau tanpa oksigen. Rawatan yang diberi adalahChest physiotherapy seperti:

  • Senaman pernafasan
  • ACBT ( active cycle breathing technique)
  • Vibration
  • Menggunakan adjunct : Incentive spirometer, flutter jika perlu
  • Senaman mobiliti torasik
  • Postural drainage atau Modified Postural drainage
  • Suction (jika perlu)
  • Positioning

Catatan

  • Elakkan dari melakukan chest percussion ke atas graft kulit (recipient), donor site.
  • Kekerapan untuk melakukan Chest physiotherapy  bergantung kepada kondisi  sistem respiratori semasa pesakit.
  • Semasa melakukan chest percussion,  tuala perlu diletakkan antara kulit pesakit dan tangan ahli Fisioterapi sebagai bahan perantara.

Rawatan Chest physiotherapy diperlukan secara intensif dengan merujuk kepada parameter berikut :

    •  X-ray dada
    • ABG
    • Askultasi
    • Insentive Spirometry

2.  Memposisikan Anggota Terlibat
Posisi yang betul adalah posisi yang bertentangan dengan posisi selesa dan kontraktur. Dilakukan  pada hari  pertama pesakit masuk wad sehingga parut matang. Anggota yang terlibat diposisikan dengan betul untuk mencapai tujuan seperti :-

  • Mengurangkan bengkak
  • Mengelakkan berlakunya Deep Vein Thrombosis
  • Mengelakan  kerosakan yang lebih teruk  pada sendi atau tendon yang terdedah (exposed tendon )
  • Mengelakan kerosakan pada graft  kulit yang baru.
  • Mengelakkan terjadi kudis tekanan di bahagian – bahagian seperti styloid process,medial malleolus, lateral  malleolus dan tendon Achilles.
  • Mengekalkan julat pergerakan sendi supaya tidak  berlakunya kontraktur

Posisi Yang Betul:

Anggota  kelecuran

Deformiti

Posisi mengelakkan kontraktur

Teknik

Kepala/leher

kepala

  Flexion

 

 

Extension  atau sedikit hyperextension Gulungan tuala di letakan di bawah leher.

Siku

siku

Flexion Extension dan
Supination
 Gunakan Arm troughs, bantal atau splint

Pergelangan tangan dan jari-jari

pergelangan tgn

Flexion Extension
pergelangan tangan dan jari-jari.

Letakan Arm troughs, bantal atau splint

 

Pinggul

pinggul

Flexion,  External rotation Hip Extension and lower limb in neutral position. Baring telentang atau meniarap. Tiada bantal di bawah lutut.

Lutut

lutut5

Flexion Extension Tiada bantal di bawah lutut.

Pergelangan kaki

 pergelangankaki

 Plantar Flexion 90 degree dorsi flexion.

 Bantal atau splint untuk menyokong pergelangan kaki.

 

Catatan :

  • Posisi yang betul hendaklah sentiasa diteruskan sehingga parut matang bagi mengelakkan berlakunya kontraktur.

3. Senaman Terapeutik
Senaman perlu dilakukan pada hari pertama kemasukan wad hingga parut matang. Tujuan dilakukan adalah:

  • Mengekalkan Joint intergrity
  • Mengekalkan  fleksibiliti otot dan  keanjalan kulit
  • Mengekalkan julat pergerakan sendi  supaya tidak berlaku kontraktur
  • Meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot.
  • Mengembalikan fungsi muskuloskeletal ke tahap optima.

Perhatian yang perlu diambil semasa melakukan senaman :

  • Tidak dibenarkan melakukan pergerakan pasif yang agresif bagi mengelakkan terbentuknya Heterotropic ossification pada sendi.
  • Lakukan active stretch ( kekal selama 7 saat ) pada penghujung julat pergerakan. Ini membolehkan otot fibre dipanjangkan dan parut tisu akan membentuk mengikut kepanjangan otot.
  • Tidak dibenarkan melakukan passive stretching bagi mengelakkan kerosakan tisu, graft loss dan pendarahan kulit superficial
  • Lakukan senaman regangan dan kekalkan selama  7 saat.
  • Galakkan pesakit melakukan senaman aktif bagi anggota terlibat serta yang  tidak terlibat. Pastikan semua pergerakan mencapai  Full Range of Motion (ROM).
  • Bagi pesakit yang telah menjalani skin graft, senaman hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran daripada Pakar  Perubatan yang merawat.  Pada kebiasaanya senaman boleh dimulakan pada hari ke-5 atau ke-7 selepas skin grafting.
  • Ahli Fisioterapi hendaklah menyediakan preskrepsi senaman secara individu berdasarkan kondisi semasa seseorang pesakit tersebut.
  • Lakukan  senaman untuk mengekalkan julat pergerakkan (ROM) untuk  sendi terlibat dan sendi yang berdekatan ( contoh: sendi terlibat adalah  sendi siku maka sendi bahu dan pergelangan tangan perlu juga dilakukan senaman). Ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari dengan 5 – 10 ulangan gerakan ROM bagi bahagian tertentu untuk mencapai julat pergerakkan yang maksimum.
  • Lakukan senaman selepas wound care iaitu sebelum balutan dressing atau semasa soaking bagi mencapai  julat pergerakan yang penuh .
  • Kelecuran di bahagian belakang jari /tangan yang melibatkan tendon maka pergerakan composite finger flexion tidak dibenarkan kerana akan menyebabkan stres kepada extensor tendons. Gunakan teknik joint blocking.
  • Memulakan senaman rintangan untuk semua anggota yang tidak terlibat untuk mengelakkan otot-otot berkenaan mengecil/mengecut.
  • Senaman rintangan untuk anggota terlibat akan dimulakan apabila;
  • Kesakitan berkurangan
  • Tiada tanda-tanda pendarahan pada tisu yang terlibat
  • Edema telah susut.
  • Jika ada Skin graft (SSG) tunggu sehingga graft melekat.
  • Tingkatkan ulangan secara berperingkat-peringkat. Mulakan dengan senaman melawan arah graviti, kemudian pertingkatkan menggunakan bantuan mekanikal. Gunakan rintangan secara manual sehingga luka sembuh sepenuhnya untuk mengelakkan geseran pada kulit.

Senaman Semasa Direndam

  • Masa yang sesuai untuk melakukan senaman adalah semasa direndam dalam air suam bagi melembutkan tisu dan memberi pesakit keselesaan.

Fasa Sub-akut

1.Teruskan dengan penjagaan respiratori
2.Teruskan dengan senaman terapeutik
3.Teruskan dengan posisi  anggota terlibat pada kedudukan yang betul
4.Lakukan pergerakan  mobiliti / ambulasi

Ambulasi

Bagi pesakit yang mengalami kelecuran dibahagian:-

  • Anggota atas – ambulasi dilakukan sebaik sahaja status haemodynamic  stabil.
  • Anggota bawah –  ambulasi dilakukan apabila:-
    •  Status haemodynamic  stabil
    • Tiada tanda-tanda pendarahan pada anggota terlibat (No active bleeding)
    • Selepas Bandaging dilakukan

Sekiranya ada tanda-tanda seperti dibawah, tindakan perlu diambil.

Tanda-tanda

Tindakan

Oedema bertambah Elevasi anggota yang terlibat
Kerosakan pada kulit yang telah sembuh Rujuk kepada doktor berkenaan
Kesakitan bertambah Pain management / Rujuk kepada doktor berkenaan

Langkah berjaga-jaga;

  • Pergerakan sendi pinggul  tidak boleh digerakan sekiranya ada Femoral Intra Venous
  • Terdapat tanda-tanda vita yang tidak stabil

Fasa Penyembuhan dan kematangan parut Post Epithelial Healing

1.Senaman terapeutik secara circuit training supaya pesakit lebih berdikari.
2. Senaman regangan
3. Senaman menguatkan otot contoh seperti mengguna theraband, pemberat (dumbbell).
4.Senaman untuk meningkatkan endurance. Contohnya menaiki tangga  senaman  aerobik.
5.Senaman untuk meningkatkan koordinasi. contohnya Teknik Proprioceptive Neuromuscular Fasilitation (PNF)
6.Senaman di rumah

  • Lakukan kesinambungan senaman secara berterusan sehingga parut matang  mengikut  preskripsi senaman
  • Elevasikan  anggota yang terlibat jika terdapat kebengkakan,
  • Lakukan aktiviti  kehidupan harian dengan kendiri.

Penjagaan Parut

Pembentukan parut bagi luka kelecuran adalah satu proses yang berterusan. Parut akan berhenti apabila kulit sudah matang. Kefahaman serta kesedaran pesakit berkaitan penjagaan parut perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan pertumbuhan parut hypertropic. Perlu diketahui bawa parut yang telah matang mempunyai presentasi klinikal seperti berikut. Parut harus kelihatan :

  • Lembut
  • Rata
  • Tiada tegangan pada parut
  • Warna parut kembali ke warna kulit asal

Parut Hypertropic mempunyai ciri-ciri klinikal seperti dibawah:-

  • Kemerahan pada permukaan
  • Permukaan parut yang timbul
  • Kurang keanjalan
  • Sakit dan gatal
 melecur1  melecur2

Penjagaan Parut:-

a. Urutan Parut
Manipulasi tisu lembut digabungkan dengan regangan boleh  mengurangkan pembentukan parut .

Urutan Parut:-
– Menggalakan pemulihan kolagen
            – Membantu mengurangkan kegatalan
            – Mengekalkan kelembapan dan kelenturan

Teknik Urutan Parut:-

  • Sapu losyen di bahagian terlibat.  Gunakan losyen tanpa pewangi.
  • Beri tekanan kepada kulit  secukupnya sehingga keputihan ( blanch )
  • Urut dalam 3 arah iaitu membulat ke atas dan ke bawah, dan sisi ke sisi
  • Urut melalui teknik friction lebih berkesan jika digabungkan dengan regangan dan senaman .
          • Lakukan 3 –  4 kali setiap hari.
          • Urut melalui teknik friction tidak boleh di aplikasikan ke atas parut yang fragile kerana ia akan  mengakibatkan  lecur/lepuh atau kekoyakkan kulit.

Penjagaan Kulit

i. Kebersihan diri

  • Uji suhu air sebelum masuk ke dalam tub atau shower kerana kulit baru lebih sensitif kepada suhu air yang terlalu panas dan terlalu sejuk
  • Bersihkan diri seperti mandi dengan menggunakan air biasa.
  • Gunakan tuala yang lembut dan bersih untuk mengelap.

ii. Kulit kering
Kulit kelihatan kering dan bersisik akibat daripada kemusnahan kilang minyak.

  • Guna losyen atau pelembab untuk kekalkan kelembapan kulit.
  • Jauhi dari minyak yang mengandungi lanolin dan alkohol yang mengakibatkan  blister lecur/lepuh pada kulit yang baru.

iii. Cahaya Matahari
Kulit yang baru sembuh  lebih mudah cedera apabila terdedah kepada cahaya matahari – sinarultra ungu. Kulit yang baru lebih sensitif kepada cahaya dalam tempoh 1 tahun.

  • Pakai pakaian berlengan panjang seluar panjang, topi besar untuk melindungi luka.Lakukan aktiviti pada awal pagi atau lewat petang.
  • Elakkan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung, Contoh: berada di tepi pantai.sapukan krim/ losyen pencegahsinarultra ungu

iv. Cuaca Sejuk
Pesakit akan mangalami deria rasa kebas pada hujung jari kaki dan tangan.

  • Pakai pakaian tebal dan jauhi dari terdedah kepada cuaca sejuk terlalu lama.

v. Kulit Gatal
Kulit yang kering akan menyebabkan pesakit mengalami kegatalan.

  • Pakai pakaian longgar untuk mengelak perpeluhan
  • Elakkan  menggaru kulit yang baru sembuh kerana ia sangat nipis , sensitif dan mudah luka
  • Gunakan losyen secukupnya.

vi. Lecur/lepuh
Kulit yang baru mudah menjadi lecur/lepuh disebabkan tekanan dan geseran .

  • Elakkan memakai pakaian atau kasut yang terlalu ketat.

Langkah –langkah pencegahan umum

Pencucian Tangan

  • Cucian tangan mengikut tatacara yang betul
  • Tangan perlu di cuci :-
  • Sebelum dan selepas merawat/ memegang pesakit
  • Selepas mengendalikan objek yang terkena cecair dan pesakit
  • Selepas tersentuh cecair atau luka pesakit.

Rujukan

  1. Garis Panduan Perawatan Kes Kelecuran, Jawatankuasa Teknikal Profesion Fisioterapi, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  1. Mani.M.M, Cox.K Crawford .C. Werth.D ( 1987) .Burn Care and Rehabilitation Gene and Barbara Burnett Burn Centre kansas University Medical Centre Kansan City, kansas U.S.A
  1. Ronald P. Mlcak a, Oscar E. Suman, David N. Herndon (2007), Respiratory management of inhalation injury.
  1. Standard of care: Inpatient Physical management of patients with Burns. Brigham and Women’s Hospital (2008)
  1. Edger .D ( 2004 ) Rehabilitation after Burn Injury, BMJ 2004, 343-345
  1. Patient. Co.Uk- trusted medical information and support. http://www.Patient.co .uk/doctor/burns -Assessment-and-management.htm (accesed) 17 /5/2012.
  1. Physical Therapy Journal of the American Physical Therapy Association
  1. Burns and scalds , Clinical Knowledge summaries ( 2007 )
  1. Enoch S, Roshan A, ShahM: Emegency and early management of burns and scalds.
  1. www.myhealth.gov.my/.cara-membasuh-tangan-yang-betul

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Pauzilah binti Hj Dollah
Akreditor / Penyemak : Halimah binti Hashim

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,186,859

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia