A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Penyusuan Susu Ibu
  6. /
  7. Penyusuan Susu Bagi Ibu...

Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja

Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.

Masa untuk mula memerah susu ibu

Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.

Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan

  • Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
  • Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
  • Gambar 1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
  • Gambar 2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.

Pusing dan perah dari semua arah.

Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.

Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.

Menyimpan susu yang telah diperah.

  • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
  • Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
  • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
  • Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.

Gambar 1 : Cara Menyimpan Susu Ibu Perahan

Gambar 2 : Cara Penyimpanan Susu Ibu Perahan

(Sumber : Pusat Laktasi Kebangsaan, 02 Oktober 2014)

Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.

  • Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
  • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
  • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
  • Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
  • Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
  • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.

Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.

  • Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.
  • Gunakan jadual berikut sebagai panduan:
Masa Menyusu
Hari 1 – 3
Hari 4 – 6
Hari 7 – 9
Hari 10 – 13
Minum Pagi 7.30-9.00 pg Susu yang diperah Susu yang diperah Susu yang diperah Susu yang diperah
Minum Pagi 10.00-11.30 pg Susu ibu Susu yang diperah Susu yang diperah Susu yang diperah
Makan Tengahari 12.00 – 1.30 tgh Susu ibu Susu ibu Susu yang diperah Susu yang diperah
Minum Petang 2.00 – 4.00 ptg Susu ibu Susu ibu Susu ibu Susu yang diperah

Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association

Hari 1-3 :Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 4-6 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.

Hari 7-9 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 10-13 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.

Semakan akhir : 10 April 2009
Penulis : Zalma bt. Abdul Razak
Zuhaida bt. Harun
Nazli Suhardi b. Ibrahim

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,223,509

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia