A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Ubat Umum
  6. /
  7. Penyimpanan ubat yang betul

Penyimpanan ubat yang betul

Pengambilan ubat dengan kaedah yang betul amat penting bagi memastikan kesan perawatan mencapai kesan terapeutik yang diingini.Namun begitu, cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul juga penting kerana ia dapat memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.

Berikut adalah TIPS cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul:

  1. SIMPAN ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari.

    Menyimpan ubat di tempat yang dikhaskan akan memudahkan anda mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan. Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.

  2. SIMPAN ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya).

    Mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan. Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut. Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.

  3. SIMPAN ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk kepada sisip bungkusan ubat). Contohnya:
    • Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
    • Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
    • Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)

    Penyimpanan ubat di tempat yang betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu. Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.

  4. SIMPAN ubat dalam bekas yang asal, jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.
  5. SIMPAN ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak.

    Menyimpan dan meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan yang selamat. Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas yang penutupnya tidak dapat dibuka (child resistant cap) dapat mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan mereka.

  1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama.
  2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk.
  3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi.
  4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian (sila rujuk kepada sisip sungkusan ubat).
  5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau hilang labelnya.

Contoh tempat penyimpanan ubat yang selamat dan betul:

Rujukan:

  1. Kenali Ubat Anda. (2012). Poster dan Meditips – Cara Penyimpanan Ubat Yang Selamat. http://www.knowyourmedicine.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=20&action=view&retrieveid=179&lang=BM
  2. Komuniti Farmasi Malaysia. (2011). Cara Menyimpan Ubat Dengan Betul. http://www.malaysianpharma.com/index.php/articles22/kenali-ubat-anda/80-cara-menyimpan-ubat-dengan-betul.html
  3. www.nhsdirect.wales.nhs.uk
  4. http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/007189.htm
Semakan Akhir : 11 Ogos 2014
Penulis : Hayati Alwani bt. Yahaya
Akreditor : Noraini bt. Mohamad

 

Artikel Berkaitan

Ubat Steroid Topikal

Pengenalan Ubat steroid topikal ataupun lebih dikenali sebagai ‘corticosteroids’ ialah

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,480,581

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia