A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Penyakit Berjangkit

Penyakit Berjangkit

Soalan 1

Bagaimana merawat demam campak bagi kanak-kanak?

Jawapan 1

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Tiada rawatan khusus bagi demam campak. Ia adalah ‘self limiting’ iaitu sistem imun badan sendiri akan melawan virus tetapi akan mengambil sedikit masa. Hanya rawatan sokongan boleh diberikan seperti:

  • Memberi ubat demam (paracetamol) mengikut waktu
  • Mengekalkan hidrasi dengan memberi anak minum secukupnya. Sekiranya anak tidak mahu makan atau minum, cuba beri minum dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Elakkan botol susu sekiranya anak menolak kerana mungkin terdapat ulser di dalam mulut atau tekak, gunakan picagari atau sudu.
  • Elakkan cahaya sekiranya mata berair atau merah.
  • Berikan rehat secukupnya.
  • Sapukan krim gatal pada ruam seperti krim calamine.
  • Asingkan anak daripada orang lain sehingga ruam hampir sembuh

Demam campak boleh mengakibatkan komplikasi berikut:

  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan pada paru-paru (Pneumonia)
  • Jangkitan pada otak (Encephalitis)
  • Cirit-birit

Perhatikan sekiranya:

  • Pernafasan laju
  • Sukar untuk bernafas
  • Bibir menjadi biru
  • Batuk berdarah
  • Tidak makan atau minum/menyusu
  • Tidak kencing
  • Mengalami sawan
  • Muntah
  • Lemah
  • Menangis tidak berhenti

Jika anak anda mengalami tanda/gejala seperti di atas sila bawa anak ke klinik/hospital yang berdekatan dengan SEGERA.

Soalan 2

Anak lelaki saya berumur 3 tahun lebih kini demam selama 3-4 hari. Mula-mula dia mengadu bahawa mulutnya sakit. Kami melihat ulser dan membawa dia ke pakar kanak-kanak. Beliau mengatakan ia bukan serius dan demam akan hilang selepas 48 jam. Selepas 3 hari demam, kami turut memberi ubatnya.

Selepas itu, saya memerhatikan bahawa matanya berair, dia kurang bertenaga dan hilang selera makan. Dia enggan minum susu. Kami juga melihat bintik-bintik atas leher, belakang, dan muka tetapi tiada atas tangan atau kakinya. Kemudian kami membawa dia ke hospital dan pihak hospital menyatakan ia bukan kes HFM tetapi mungkin jangkitan virus sahaja. Mereka juga melakukan ujian penyakit demam denggi.. Hitungan platelet darah adalah 150.

Selepas pulang ke rumah, pada waktu malam demam dianya naik ke suhu 38.9. Dia masih lagi nampak terlalu lemah. Dia tidak sanggup memegang botol susu supaya dapat minum. Akhirnya, dia tidur di samping menggeliat. Pada waktu pagi dia masih demam tapi tidak tinggi sangat. Dia masih tiada selera makan. Saya bawa dia untuk ujian darah sekali lagi hari ini dan hitungan platelelt darah masih 150.

Jawapan 2

Ada banyak sebab mendapat demam dengan ruam dan ulser pad mulut dalam zaman kanak-kanak. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan virus tetapi ada kalanya ia bercampur dengan jangkitan bakteria dan lain-lain agen. Demam dengan ruam dan ulser mulut boleh juga disebabkan oleh alahan kepada ubat yang diambil oleh anak anda atau jangkitan oleh penyakit-penyakit yang jarang dijumpa seperti Penyakit Kawasaki. Penyakit ini memerlukan penilaian yang lebih terperinci dan rawatan tertentu kerana ia mungkin akan melibatkan jantung. Tanpa memeriksa anak anda kami tidak boleh membuat sebarang diagnosis yang pasti di sini.

Anda telah menyebut bahawa hitungan platelet anak anda adalah 150. Angka ini adalah terlalu kecil dan luar biasa. Kami menganggap anda bermaksud 150,000 se ul. Hitungan platelet adalah hanya ujian saringan sahaja dan bukan ujian yang spesifik untuk demam denggi atau penyakit-penyakit lain.

Sekiranya hitungan platelet adalah 150,000 se ul berkemungkinan demam denggi yang dialami itu bukan serius. Jika keadaan anak anda disebabkan oleh demam virus yang biasa dia mungkin akan sakit beberapa hari tetapi akan sembuh balik kemudian. Akan tetapi jika dia demam tinggi beberapa hari dan terlalu lesu sehingga tidak dapat makan, anda dinasihatkan supaya membawa anak anda ke hospital. Anak anda akan didiagnosis dan diberi rawatan yang berpatutan.

Semakan Akhir: 23 September 2014

Artikel Berkaitan

Ginseng

Introduction/Name The use of ginseng products are often featured in

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,416,275

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia