A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Penurunan Tahap Kesuburan

Pengenalan

Seorang lelaki dinilai mempunyai tahap kesuburan yang baik sekiranya memenuhi kriteria berikut:

  • Mempunyai anggota reproduksi yang sempurna dan berfungsi sepenuhnya

  • Mempunyai zakar yang normal dan dapat menyalurkan sperma (air mani ke dalam faraj)

  • Mempunyai dua buah zakar yang bersaiz normal dan dan dapat menghasilkan sperma yang berkualiti (bilangan yang cukup dan aktif). Mempunyai saluran sperma yang baik untuk salurkan sperma dari buah zakar ke salur uretra (salur di dalam zakar)

  • Mempunyai anggota reproduksi aksesori seperti kelenjar prostat, kelenjar seminal, cowper yang berfungsi normal menghasilkan cecair menampung sperma ke dalam faraj wanita sewaktu ejakulasi

  • Tenaga batin dan nafsu seks yang normal

Rajah Ciri-ciri Kesuburan Lelaki

  1. Buah zakar mengeluarkan jutaan sperma (150-250 juta sehari)

  2. Kelenjar prostat, kelenjar seminal dan kelenjar cowper berfungsi mengeluarkan cecair untuk menampung sel sperma

  3. Salur sperma berfungsi menysalurkan sperma untuk dipancutkan keluar dari zakar

  4. Zakar harus tegang supaya dapat memancutkan air mani dalam faraj perempuan

  5. Mempunyai kekuatan tenaga batin atau nafsu seks

Faktor yang Boleh Merendahkan Tahap Kesuburan Lelaki

  • Persekitaran yang panas seperti tempat kerja di kilang, komputer riba di atas riba dan pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat (suhu optima untuk buah zakar ialah 2 darjah Celcius lebih rendah dari suhu badan)

  • Kecederaan atau jangkitan kepada satu atau kedua-dua buah zakar. Bengkak akibat dipukul atau jatuh. Jangkitan virus beguk (Mump) boleh melibatkan buah zakar.

  • Terdedah kepada bahan toksik seperti nikotin (daripada asap rokok), alkohol (dalam minuman keras) dan ubat-ubatan tertentu seperti ubat propranolol (digunakan untuk darah tinggi), cimetidine (ubat gastrik) dan maxolon.

  • Masalah ketegangan zakar atau mati pucuk

  • Masalah pancutan air mani tak sempurna-lewat atau gagal dan ejakulasi songsang (retrograde ejaculatio) ke dalam pundi kencing

Daripada senarai punca-punca di atas, masalah kesuburan yang boleh diatasi adalah:

  • masalah penghasilan dan fungsi sperma

  • kekurangan hormon kesuburan lelaki ‘andropos

  • pembentukan antibodi kepada sperma

  • salur sperma tersekat

Anda dinasihatkan berjumpa doktor tentang masalah tahap kesuburan yang rendah.  Lebih cepat dapatkan nasihat dan pemeriksaan lagi cepatlah masalah dapat diatasi dan tahap kesuburan menjadi lebih sempurna.

Pemeriksaan dan saringan untuk kenal pasti masalah kesuburan lelaki

Pemeriksaan status kesihatan dan fungsi seksual termasuklah pemeriksaan anggota kelamin lelaki akan dibuat oleh doktor. Beberapa ujian yang akan dilakukan adalah:

  • Ujian darah untuk gula dan kolesterol.

  • Ujian paras hormon testosteron

  • Ujian air mani- dapat menentukan jumlah sperma dalam satu ejakulasi, kenal pasti pergerakan dan kenalpasti jumlah sperma yang berbentuk normal.

Semakan Akhir : 04 Februari 2014
Penulis : Dr. A. Khalek bin Abd Rahman

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,415,287

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia