A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Penjagaan Alat Corong

Apa itu alat corong sedut?

Ia adalah bekas plastik yang di reka khas untuk memudahkan ubat asma di dalam bentuk asap yang dikeluarkan daripada ubat sedutan dos bermeter.

spacerdevice1

Ubat sedut dos bermeter

Sumber:http://www.ayurprakash.com/get-the-best-ayurvedic-treatment-of-bronchial-asthma-in-india/

Ubat asma adalah terdiri dari pencegah dan pelega.

Corong digunakan kerana kanak- kanak tiada ko-ordinasi yang baik untuk menekan kanister ubat sedut dan pada masa yang sama menyedut ubat yang keluar dengan pernafasan yang dalam.

Terdapat dua jenis corong, satu dengan topeng muka pada satu hujung untuk kanak-kanak kecil. Topeng muka akan menutupi mulut dan hidung semasa ubat diberi dan kanak-kanak akan bernafas seperti biasa.

spacerdevice2

Corong dengan topeng muka

Cara menggunakan corong (topeng muka)

  1. Buka penutup ubat sedut
  2. Goncang ubat sedut
  3. Lekatkan ubat sedut kepada corong
  4. Nafas keluar untuk mengeluarkan udara dari paru-paru
  5. Lekatkan bahagian topeng muka dari corong ke muka dengan rapat tetapi tidak terlalu ketat, menutupi hidung dan mulut
  6. Dongak dagu sedikit
  7. Masukkan ubat ke dalam corong dengan menekan ubat sedut sekali
  8. Bernafas perlahan dan dalam dan kira 10 kali
  9. Ulang dos jika perlu seperti yang di arahkan oleh doktor

spacerdevice3

Sumber: http://www.rch.org.au/kidsinfo/fact_sheets/Asthma_Use_of_spacers/

Kanak- kanak yang lebih  tua akan menggunakan corong dengan satu alat  terlekat di hujung  yang mana kanak- kanak boleh memasukkan nya  ke dalam mulut dan ditutup rapat.

spacerdevice4

Corong sedut melalui mulut

Amnya, terdapat tiga saiz iaitu untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa. Doktor hanya perlu memilih saiz yang sesuai dan ubat sedut yang digunakan boleh di masukkan pada hujung corong ubat.

Cara mengunakan corong sedut melalui mulut

  1. Buka penutup ubat sedut.
  2. Goncang ubat sedut
  3. Lekatkan ubat sedut kepada corong.
  4. Nafas keluar untuk mengeluarkan udara dari paru-paru
  5. Masukkan hujung corong di antara gigi dan bibir and tutup rapat.
  6. Dongak dagu sedikit
  7. Masukkan ubat ke dalam corong dengan menekan ubat sedut sekali
  8. Bernafas perlahan dan dalam dan kira 10 kali
  9. Ulang dos jika perlu seperti yang di arahkan oleh doktor

spacerdevice6

Sumber: http://www.rch.org.au/kidsinfo/fact_sheets/Asthma_Use_of_spacers/

Pada permukaan corong plastik terdapat kesan elektrostatik yang menyebabkan partikel ubat boleh melekat pada permukaan dalam corong. Ini akan mengurangkan dos ubat yang masuk ke dalam saluran paru-paru. Penjagaan corong sangat penting untuk mengelakkan keadaan ini berlaku.

Berapa kerap corong ubat perlu di cuci?

Satu kajian menunjukkan bahawa kesan daripada pencuci yang menyelaputi permukaan corong akan berkurang di dalam seminggu.

Oleh itu corong perlu di cuci seminggu sekali dengan air suam kuku dan alat pencuci yang lembut. Ia dibiarkan kering secara natural (suhu bilik). Jangan mengeringkanya menggunakan air yang panas atau microwave, ini akan merosakkan corong. 

Berhati-hati untuk TIDAK memberus permukaan corong atau mengelapnya dengan kain. Jangan menggunakan pencuci yang kuat seperti klorin kerana ini juga kan merosakkan corong sedut.

Rujukan

  1. Use of and care of spacers: Australian handbook Of Australia. http://www.asthmahandbook.org.au/management/devices/spacers
  1. Clinical practice guidelines for management of childhood asthma revised 2004. A consensus statement prepared for Academy of Medicine of Malaysia, Thoracic Society and Malaysian Paediatric Association.
Last Reviewed :  18 August 2016
Writer : Dr. Norzila bt. Mohamed Zainudin
Accreditor : Dr Irene Cheah Guat Sim

Artikel Berkaitan

Pengubatan Asma

Jenis ubat-ubatan asma Terdapat 3 jenis ubat-ubatan asma iaitu: Ubat

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,422,021

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia