A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pening

Mungkin digambarkan sebagai perasaan tidak stabil atau rasa hendak pitam

Mungkin digambarkan sebagai perasaan tidak stabil atau rasa hendak pitam.

Dalam keadaan normal, keseimbangan deria dikawal oleh isyarat otak yang menerima isyarat dari beberapa lokasi : mata, saraf sensori dan telinga. Keseimbangan yang terbaik bergantung kepada sekurang-kurangnya dua dari tiga sistem yang sensori berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, apabila anda menutup mata semasa berdiri, tidak bermakna anda hilang keseimbangan. Isyarat dari telinga dalam dan saraf sensori membantu anda tegak dan stabil.

Walau bagaimanapun, jika sistem saraf pusat tidak boleh memperoses isyarat dari semua lokasi atau sistem sensori tidak berfungsi sepenuhnya atau mesej bercanggah, anda mungkin hilang keseimbangan. Kebanyakan pening akan berakhir dengan cepat tetapi ia mungkin sebagai gejala keadaan yang lebih serius.

Sebab

Penyebab pening adalah:

  1. Vertigo – perasaan badan berpusing-pusing atau rasa persekitaran anda berpusing
    • Gangguan telinga dalam (vestibular neuronitis akut atau labyrinthitis)
    • Vertigo yang tidak bahaya berkaitan dengan perubahan kedudukan badan yang berlaku sekali sekala.
    • Mastoiditis (radangan pada mastoid)
    • Kurang aliran darah ke telinga tengah akibat atherosclerosis (plak lemak dalam salur darah) terutama pesakit Diabetis Mellitus (Kencing manis), Hypertension ( Darah tinggi) dan Hypercholestrolaemia (berlebihan kolestrol dalam darah)
  2. Sakit kepala yang ringan
    • Gangguan telinga dalam
    • Gangguan kerisauan seperti serangan panik, agoraphobia ( perasaan gerun melintasi tempat lapang)
    • Hyperventilation (pernafasan cepat)
    • Hilang cecair badan contoh peluh berlebihan.
    • Perubahan tekanan darah disebabkan oleh ubatan seperti ubat darah tinggi, ubat diuretic dan ubat kemurungan.
    • Keadaan medikal seperti diabetes dan penyakit Parkinson.
    • Anaemia
  3. Muntah-muntah
    • Loya dan muntah apabila menaiki kereta, kapal terbang, bot atau kapal.

Tanda & Gejala

  • Perasaan persekitaran berpusing atau bergerak (vertigo)
  • Hilang keseimbangan
  • Loya
  • Tidak stabil
  • Sakit kepala sedikit
  • Pitam
  • Lemah
  • Letih lesu
  • Sukar memberi tumpuan
  • Pandangan kabur selepas menggerakkan kepala dengan cepat
  • Perasaan penuh dalam telinga, berdengung atau berdesing dalam telinga dan kadang kala hilang pendengaran.

Komplikasi

Walaupun pening selalunya sedikit, jumpalah doktor jika anda mengalami pening berpanjangan dan diikuti dengan gejala berikut:

  • Sakit kepala bertambah.
  • Pandangan kabur.
  • Hilang pendengaran.
  • Gangguan pertuturan.
  • Lemah pada kaki dan tangan.
  • Hilang tahap kesedaran.
  • Jatuh atau sukar berjalan.
  • Kebas atau rasa menyucuk.
  • Sakit dada atau sedar denyutan jantung cepat.

Pening menyebabkan risiko tinggi untuk jatuh dan membawa kecederaan kepada anda. Jika berlaku semasa memandu kereta atau mengendalikan jentera berat boleh menyebabkan kemalangan.

Rawatan

Rawatan bergantung kepada penyebab.

  1. Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV).
  2. Keadaan telinga dalam.
    • Senaman latih keseimbangan (vestibular rehabilitation) digunakan untuk merawat “acute vestibular neuronitis or labyrinthitis”.
  3. Penyakit Meniere’s
    • Kurangkan retensi cecair melalui ubatan diuretik (buang cecair badan) atau perubahan makanan contoh kurangkan garam dalam makanan)
    • Pembedahan mungkin diperlukan
  4. Migrain Vestibular
    • Elak sesetengah makanan
    • Kurangkan tekanan perasaan
    • Tetapkan corak tidur
    • Doktor mungkin memberikan ubat untuk migrain dan vertigo
  5. Gangguan kerisauan (Anxiety disorders)
    • Kaunseling
    • Ubat Anti-anxiety mungkin dipreskripsikan

Jika anda mengalami pening:

  • Elak memandu kereta atau kendalikan jentera berat jika kerap pening.
  • Elak dadah, alkohol atau merokok.
  • Pencahayaan yang terang jika turun dari katil pada waktu malam.
  • Berhati hati kemungkinan anda hilang keseimbangan.
  • Elak mengubah kedudukan dengan cepat.
  • Elak terlalu mengerakkan kepala (terutama melihat ke atas)
  • Elak terdedah kepada keadaan ketegangan atau kerisauan atau perkara yang merangsangkan pening termasuk sebarang alahan.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Fuziah Paimin
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Batuk

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Selesema

Lebih dikenali sebagai  flu. Ia disebabkan oleh Virus Influenza kumpulan A, B dan C

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 144,717,098

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 10:32:39
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia