A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Pengurusan Risiko Di Tempat...

Pengurusan Risiko Di Tempat Kerja

Pengenalan

Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini sentiasa berhadapan dengan risiko, tidak kira di rumah mahupun di tempat kerja malah ianya turut berada di persekitaran yang kita ada. Sekiranya kita gagal untuk menguruskan risiko dengan baik, ianya mengundang kesan yang buruk. Risiko di tempat seringkali dikaitkan dengan aktiviti berhubung dengan pekerjaan yang dilakukan menyebabkan kemudaratan terhadap seseorang pekerja. Apabila risiko ini tidak dikawal, ianya akan mencetuskan kemalangan di tempat kerja. Bagi mengelakkan kemalangan ini berlaku, langkah kawalan dan pencegahan perlu diamalkan di tempat kerja. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pekerja dan majikan memastikan persekitaran tempat kerja selamat dan sihat untuk menjana hasil yang lebih produktif.

Definisi dan Terminologi

Pengurusan perihal ertinya menguruskan sesuatu 1. Risiko adalah kebarangkalian bagi sesuatu hazard untuk menyebabkan kemudaratan2. Hazard ialah Apa-apa yang berpotensi memudaratkan pekerja samada dari segi keselamatan atau kesihatan 2. Dalam erti kata yang lain, pengurusan risiko membawa maksud prosedur keseluruhan yang berkaitan dengan mengenal pasti, menaksir, menetapkan langkah kawalan dan melakukan penilaian sesuatu aktiviti yang mendatangkan risiko.

Jenis-Jenis Hazard

  • Hazard kimia – Pelarut, asid, alkali, gas, dan lain-lain.
  • Hazard fizikal – Elektrik, haba, bunyi bising, radiasi, debu/habuk, dan lain-lain.
  • Hazard biologikal – Virus, bakteria, kulat, parasit, serangga pembawa penyakit, haiwan berbisa, dan lain-lain.
  • Hazard ergonomik – Stesyen kerja yang tidak sesuai dengan pekerja, pengendalian manual, postur kekok (awkward posture), kerja berulang, dan lain-lain.
  • Hazard psikososial – Kerja syif, tekanan di tempat kerja, penyalahgunaan dadah dan alkohol, gangguan seksual, keganasan, dan lain-lain.

2

Rajah 1: Konsep pencegahan kemalangan

Cara Pengurusan Risiko Yang Betul

Kaedah pengurusan risiko yang betul boleh dilakukan dengan memahami konsep pencegahan kemalangan (seperti rajah 1). Dengan memastikan perilaku selamat dan keadaan kerja yang selamat, risiko yang dihadapi dapat dikawal dan dikurangkan. Antara langkah kawalan yang boleh dilakukan adalah melakukan kawalan melalui hirarki.

  1. Penghapusan (Elimination)
  2. Menghapuskan hazard dari tempat atau proses kerja (misalnya tidak lagi  menggunakan asbestos kerana ia boleh menyebabkan penyakit barah paru-paru seperti asbestosis).

  3. Penggantian
  4. Menggantikan hazard yang ada dengan sesuatu yang kurang berisiko (misalnya pemotong berkuasa pneumatik digunakan dalam kerja memotong yang melibatkan bahan bakar bagi menggantikan pemotong yang menghasilkan percikan api).

  5. Kejuruteraan
  6. Memasukkan ciri-ciri keselamatan ke dalam peralatan, mesin atau kelengkapan pekerjaan (misalnya memasang penghadang kepada bahagian mesin yang berputar).

  7. Pentadbiran
  8. Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan diurus oleh pihak pengurusan dan pekerja (misalnya melaksanakan tugas secara bergilir bagi tempoh yang dibenarkan untuk mengurangkan pendedahan kepada hazard).

  9. Kelengkapan atau Pakaian Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment, PPE)
  10. Memakai kelengkapan diri yang memberikan perlindungan tambahan kepada pemakai selepas semua kaedah kawalan di atas telah diambil kira dan dilaksanakan.

Kesan Pengurusan Risiko Yang Betul

  1. Menjamin persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif.
  2. Menjadikan pekerja dapat melaksanakan kerja dengan lebih efisien dan mengasilkan output yang optimum.
  3. Menjadikan organisasi lebih cekap dan berkesan dalam menangani permasalahaan isu di tempat kerja.

Rujukan

  1. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke Empat
  2. Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja. Cetakan Ketiga. 2008. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. http://www.dph.gov.my/ohu
    Diakses pada: 12 Mei 2016
  3. Guidelines for Hazard identification, Risk assessment, and Risk Control (HIRARC). 2008. Department of Occupational Safety and Health, Malaysia.

 

Semakan Akhir : 1 Julai 2016
Penulis : Hjh. Ummi Nadiah binti Yusoff
Akreditor : Hj. Rosnani bin Ab. Hamid

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,942,072

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia