A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Keselamatan & Kualiti Makanan
  6. /
  7. Penggunaan Peralatan Memasak Yang...

Penggunaan Peralatan Memasak Yang Selamat

Pengenalan

Peralatan memasak adalah alat-alat yang direka untuk digunakan dalam memasak makanan.

Contoh peralatan memasak adalah :

  1. kuali, kuali leper (wok), periuk

  2. loyang pembakar

  3. bekas selamat ketuhar gelombang mikro

  4. pengukus

  5. senduk, sudip.

Sebaik-baiknya, bekas yang digunakan untuk memasak hendaklah diperbuat daripada bahan lengai yang TIDAK :

  • mudah menggelupas

  • sumbing

  • retak

  • rekah halus (mempunyai rekahan halus)

  • meruap

  • terkakis

  • mudah mengumpul bakteria.

Selain itu, ia hendaklah berupaya menjadi pengalir haba yang baik bagi membolehkan makanan dimasak dengan seragam, selain daripada mudah untuk dibersihkan.

Peralatan seperti senduk dan sudip pula perlu diperbuat daripada bahan yang TIDAK MENGALIRKAN HABA supaya boleh dipegang semasa memasak.

Faedah dan Risiko Bekas Memasak

Terdapat risiko yang mungkin wujud daripada peralatan memasak memandangkan molekul bahan dalam peralatan tersebut boleh melarut resap ke dalam makanan yang sedang dimasak.

Biasanya, keadaan ini adalah tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, langkah berhati-hati perlu diambil apabila menggunakan sesetengah jenis peralatan memasak.

Bahan-bahan yang biasa digunakan dalam pembuatan bekas memasak adalah :

  • aluminium

  • tembaga

  • besi

  • seramik

  • kaca

  • keluli tahan karat

  • Teflon TM (polytetrafluoroethylene).

Jadual di bawah menerangkan beberapa ringkasan faedah dan risiko peralatan memasak serta cadangan mengenai pengendaliannya : (sila klik pautan di bawah ini)

Faedah, Risiko dan Cadangan Pengendalian Jenis Peralatan Memasak

Jenis Peralatan Memasak Contoh Gambar
Periuk / kuali diperbuat daripada aluminium
Periuk / kuali tembaga
Periuk / kuali besi tuang
Peralatan memasak diperbuat daripada seramik, kaca, tanah liat

Periuk / kuali keluli tahan karat
Peralatan memasak bersalut Teflon TM (Polytetrafluoroethylene)
Peralatan memasak bersalut plastik
Peralatan memasak diperbuat daripada silikon
Pengukus, senduk / sudip buluh

Perundangan Di Malaysia Yang Berkaitan Dengan Bekas Memasak

Kementerian Kesihatan menguatkuasakan peraturan untuk mengawal bahan menyentuh makanan di bawah Bahagian IV: Bungkusan bagi Makanan, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Peraturan ini merangkumi larangan umum terhadap penggunaan bungkusan berbahaya dan menetapkan standard berkaitan barangan seramik dan bungkusan polivinil klorida (PVC).

 

Rujukan

  1. Aluminium Utensils and Disease – The Dangers Inherent in the Widespread Use of the Metal, H.Tomlinson, M.B, Ch.B, M.R.C.S, L.R.C.P
  2. Natural Life Magazine – How to Choose Safe and Healthy Cooking Pots, Wendy Priesnitz
  3. How Safe is Your Cookware?, Issac Eliaz, MD, MS, Lac
  4. Microwave Cooking and Food Safety, Risk assessment studies Report No.19, Food and Environment Hygiene Department, the Government of Hong Kong Special Administrative Region
  5. Nutrition Action Healthletter – Microwave Myths Facts vs. Fiction, David Schardt
  6. http://www.hc-sc.gc.ca
  7. http://www.thekitchen.com
  8. http://www.answers.com/topic/cooking-utensils
  9. http://en.wikipedia.org/wiki/kitchen_utensils
  10. http://environment.about.com/od/healthenvironment/a/safecookware.htm

Semakan akhir : 29 November 2013
Penulis : Pn. Shariza binti Zainol Rashid

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,224,520

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia