A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Kesihatan Bayi Baru Lahir
  6. /
  7. Pengendalian Masalah Feeding Di...

Pengendalian Masalah Feeding Di NICU

Masalah feeding ialah apabila bayi gagal untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi untuk keperluan perkembangan dan pertambahan berat badan.

Pengenalan

Masalah penelanan di kalangan bayi dikenali sebagai masalah feeding. Masalah ini lazimnya berlaku pada bayi di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) yang melibatkan :

  • Bayi pramatang yang baru lahir
  • Bayi yang mengalami masalah perubatan

Apa itu masalah penelanan di kalangan bayi (feeding)?

Masalah feeding berlaku apabila bayi gagal untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi untuk keperluan perkembangan dan pertambahan berat badan. Masalah ini berlaku dalam tempoh sebulan atau lebih pada bayi berusia enam bulan ke bawah. Lazimnya, bayi di NICU boleh mengalami masalah feeding seperti:

  • Sukar untuk menghisap, bernafas dan menelan secara teratur
  • Masa penyusuan yang lama
  • Bayi cepat penat sebelum habis waktu menyusu
  • Masalah sensori oral
  • Tersedak ketika menyusu
  • Masalah perubatan atau fizikal

Keperluan nutrisi bayi di NICU

Bayi di NICU memerlukan bantuan tiub pemakanan bagi membekalkan keperluan nutrisi tubuh.

Bantuan pemakanan (Enteral feedings) diberikan apabila sistem penghadaman bayi telah bersedia dan boleh menerima susu badan atau susu formula.

Tiub pemakanan boleh diberikan melalui:

  1. Tiub pemakanan melalui mulut (orogastric – OG) atau hidung (nasogastric – NG)
  2. Parenteral Nutrition (PN)Nutrisi diberikan melalui saluran darah. Kaedah ini digunakan apabila bayi tidak mempunyai sistem penghadaman bagi memproses nutrisi.
    Sumber: dysphagiainthenicu.files.wordpress.com

Apakah intervensi awal yang boleh diberikan kepada bayi di NICU dengan masalah feeding?

  1. Rangsang hisapan
    Pada usia 32 minggu, bayi boleh menerima rangsangan dengan usapan untuk merangsang refleks menghisap. Berikut adalah aturan untuk merangsang refleks menghisap untuk bayi anda.

     

  2. Hisapan tanpa nutrisi (Non-nutritive suck – NNS)

    NNS amat digalakkan terutama kepada bayi pramatang. Berikan bayi anda menghisap puting, jari atau payu dara ibu (tanpa pengeluaran susu).

    Corak hisapan bayi semasa NNS adalah kedengaran seperti letusan yang teratur dan diselangi dengan hentian sementara. Ini adalah asas kepada hisapan dengan nutrisi (nutritive sucking – NS).

    •  

      Menghisap jari
    • Menghisap puting
    • Menghisap payu dara (tanpa susu) 

Peranan Terapis Pertuturan-Bahasa di NICU

SLT berperanan dalam menilai kemahiran sebelum feeding serta bayi yang masih belum dapat menyusu melalui mulut. Berikut adalah penilaian dan juga program yang boleh diberikan kepada bayi dengan masalah feeding di NICU:

  • Konsultasi pra-feeding
  • Program oral motor/ rangsangan oral motor
  • Penilaian feeding dan modifikasi
  • Intervensi feeding
  • Memberikan pendidikan kepada ibu bapa dan penjaga

Kerjasama daripada semua pihak memainkan peranan penting bagi meningkatkan kualiti penjagaan bayi di NICU.

Rujukan

  1. Boone, A. NICU to Home: A Perspective on Feeding Difficulties. Retrieved from http://handtohold.org/resources/helpful-articles/nicu-to-home-a-perspective-on-feeding-difficulties/
  2. Dewier,J.L. The Speech-Language Pathologist’s Role in The Neonatal Intensive Care Unit. Spring. Retrieved from http://opensiuc.lib.siu.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1277&context=gs_rp
  3. WordPress.com. Dysphagia in The NICU. Retrieved from https://dysphagiainthenicu.wordpress.com/common-feeding-issues/
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Nurshahira bt. Razali
Akreditor : Wahida bt. Mohd Abd Wahab
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

Artikel Berkaitan

Sembelit di kalangan Bayi

Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis.

Poliomyelitis

Apa itu Poliomyelitis? Ini adalah sejenis jangkitan yang menyerang sistem

Mata Juling

Apakah Maksud Mata Juling? Mata juling terjadi apabila kedua-dua belah

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,237,906

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia