A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kerja Sosial Perubatan
  6. /
  7. Penderaan Seksual Kanak-Kanak

Penderaan Seksual Kanak-Kanak

Bantuan Dan Sokongan Sosial

Penderaan Seksual Kanak-Kanak

Penderaan seksual kanak-kanak adalah aktiviti seksual yang dilakukan oleh individu yang lebih dewasa dengan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu mereka yang tidak terkawal ialah sebarang bentuk perlakuan orang dewasa yang memaksa, memujuk, menggugut atau menggunakan tipu helah untuk memperdaya kanak-kanak.

a) Sentuhan Fizikal

  1. Ciuman, rabaan, seks oral dan memaksa kanak-kanak menyentuh / membelai / mengusap alat sulit orang dewasa.
  2. memasukkan alat sulit zakar / alat sulit / jari / objek ke dalam faraj, mulut atau dubur.

b) Perlakuan Yang Tidak Melibatkan Sentuhan

  1. Menunjukkan gambar atau video pornografi kepada kanak-kanak.
  2. Memaksa / mengeksploitasi kanak-kanak untuk mendedahkan tubuh, bercakap perkara yang berunsur lucah secara lisan atau melalui memperdaya kanak-kanak melalui internet siber / media sosial contoh wechat, whatsapp dan sebagainya.

Siapa Yang Terlibat?

  1. Mangsa: kanak-kanak perempuan atau lelaki berumur di bawah 18 tahun
  2. Pendera/pelaku: Orang dewasa 18 tahun ke atas

Nota: Jika berlaku mangsa dan pendera / pelaku dalam kalangan ahli keluarga disebut sumbang mahram

Jika Berlaku Kepada Anda Atau Sesiapa Yang Lain, Apa Yang Perlu Anda Buat?

  1. Beritahu kepada orang yang anda paling percayai seperti ibu, bapa, guru.
  2. Buat laporan polis.
  3. Buat pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan.

Siapa Yang Boleh Bantu Anda?

Di hospital-hospital kerajaan, terdapat Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) yang boleh membantu anda dari aspek psikososial. PKSP merupakan kumpulan pengurusan dan profesional yang terlatih dalam bidang Kerja Sosial Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. PKSP memberi khidmat kepada semua mangsa tanpa mengira umur,jantina,bangsa dan agama. PKSP mengutamakan etika dan kerahsiaan dalam membantu mangsa dan keluarga. PKSP bersama Pasukan Pencegahan Penderaan Kanak-kanak di hospital akan membantu mangsa dan keluarga.

Bagaimana PKSP Boleh Membantu Anda?

PKSP Berperanan Membantu Anda:

  • Memberi sokongan emosi kepada mangsa dan keluarga.
  • Membimbing mangsa dan keluarga apa yang boleh dan perlu dibuat apabila berhadapan dengan situasi semasa.
  • Memberi maklumat dari aspek perundangan seperti Akta Kanak-kanak 2001.
  • Memberi maklumat tentang agensi pemberi bantuan badan kerajaan dan bukan kerajaan yang ada dalam komuniti yang boleh membantu mangsa dan keluarga.
  • Memberi bantuan segera seperti kewangan, makanan dan pakaian sekiranya perlu.
  • Membantu pesakit menguruskan permohonan bantuan kewangan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat dan lain-lain agensi.
  • Membantu mendapatkan tempat perlindungan melalui agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
  • Menguruskan bantuan peralatan perubatan dan ubat-ubatan yang diperlukan semasa dalam proses rawatan dan pemulihan.
  • Bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan seperti polis,Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sekolah bagi membantu mangsa dan keluarga.

Rujukan

  1. http://powerpictures.crystalgraphics.com/photos/view/cg4p1516539c/stop_child_abuse_prevention_from_domestic_violence_and
  2. http://powerpictures.crystalgraphics.com/photos/view/cg4p0063687c/little_girl_is_playing_hide_and_seek_hiding_face
  3. http://powerpictures.crystalgraphics.com/photos/view/cg4p5936877c/friendly_child_doctor_examine_small_girl_doctor_in
Semakan Akhir : 2 Jun 2017
Penulis : Puan Nor Azura Binti Abd Majid
Akreditor : Dr. Rosanida Binti Anang

Artikel Berkaitan

ANGIOGRAFI

Pengenalan Angiografi adalah salah satu dari prosedur radiologi untuk mengkaji

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,235,645

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia