Home > Umum > Kecemasan > Pendarahan Telinga

Pendarahan Telinga

Pengenalan

Pendarahan telinga adalah lelehan yang keluar dari telinga yang mengandungi darah akibat daripada kecederaan ataupun jangkitan kuman.

Sebab-Sebab

  • Gegendang telinga pecah atau berlubang
  • Kecederaan pada telinga
  • Kecederaan teruk pada pangkal tengkorak (base of skull)
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Ketidakselesaan telinga akibat perbezaan tekanan udara kepada telinga
  • Akibat kemasukan benda asing
  • Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat/bising
Akibat Terkena Benda Keras

 

Tanda/Gejala

Lokaliti :

  • Lelehan darah dari telinga
  • Bunyi berdengung dalam telinga (tinnitus)
  • Sakit dalam telinga
  • Kurang pendengaran

Sistemik :

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Rasa tidak seimbang (dizziness)

Rawatan

Di tempat kejadian :

  • Bersihkan bahagian telinga dengan kapas jika tiada luka
  • Letak kapas  di cuping telinga dan tampal dengan plaster
  • Jangan cuba keluarkan benda asing yang tercucuk
  • Dapatkan bantuan dan hantar mangsa ke hospital

Di hospital :

  • Mangsa akan diperiksa menggunakan otoskop atau mikroskop untuk pastikan punca pendarahan
  • Rawatan akan diberi mengikut tatacara yang ditetapkan

Pencegahan

  • Elakkan meletak sebarang benda tajam dalam telinga
  • Jangan bersihkan telinga semasa lelehan darah berlaku

Rehabilitasi

  • Sentiasa amalkan kebersihan telinga
  • Ambil ubat seperti diarahkan
  • Patuh kepada rawatan susulan sekiranya perlu

Rehabilitasi

  1. http://www.caramenyembuhkanpenyakitginjal.com
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Yusof b. Ismail
Akreditor : Zulhelmi bin Abdullah
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah