Home > Laman Utama > Pencegahan Diabetik Retinopati

Pencegahan Diabetik Retinopati

Download:

 

Pesakit diabetes mellitus adalah berisiko untuk mengalami masalah penglihatan disebabkan oleh kerosakan pada salur darah retina yang dikenali sebagai Diabetik Retinopati.

PENGLIHATAN YANG SIHAT

Di dalam penglihatan biasa, cahaya akan difokuskan ke atas retina dan isyarat akan dihantar ke otak untuk di proses. Cahaya akan menembusi lapisan kornea dan seterusnya melalui bukaan pada anak mata (pupil) dan kanta. Cahaya kemudiannya akan di fokuskan pada retina.

Retina adalah lapisan saraf yang terdiri dari 10 lapisan sel-sel. Ianya sangat sensitif dan berfungsi sebagai filem untuk merakam imej yang dilihat sebelum dihantar ke otak untuk di proses. Ianya terletak dibahagian belakang dalaman mata.

Apa itu Diabetik Retinopati ?

Diabetes mellitus akan menyebabkan kerosakan pada salur darah halus (mircoangiopathy) yang membekalkan nutrien juga oksigen kepada retina.

Salur-salur darah (pembuluh vena) ini akan mengalami kebocoran dan menyebabkan kebengkakan pada lapisan retina. Sebahagian dari salur darah (arteriole) pula akan mengalami kesumbatan yang mana akan menyebabkan kekurangan nutrien atau oksigen, seterusnya akan merangsang penghasilan salur-salur darah baru yang sangat halus dan mudah pecah. Perubahan ini dinamakan Diabetik Retinopati

AKIBAT DIABETES  RETINOPATI

Tanda-tanda atau simptom Diabetik Retinopati: Diabetik retinopati sebahagian besarnya pesakit tidak mengalami masalah atau gangguan penglihatan. Sekiranya tanda-tanda seperti : kabur penglihatan jauh/dekat, ‘floaters’ atau bintik-bintik hitam pada ruang penglihatan, hilang sebahagian atau keseluruhan ruang penglihatan, kemungkinan kerosakan yang ketara telah dihadapi oleh pesakit dan boleh menyebabkan kebutaan. Rawatan yang dilakukan pada peringkat awal boleh menghalang kerosakan yang berterusan.

Untuk memastikan keadaan retina anda sihat , pemeriksaan mata yang berkala atau saringan diabetik retinopati perlu dilakukan. Pastikan anda mendapat pemeriksaan mata dari doctor mata atau kakitangan yang terlatih untuk melakukan saringan.

Pemeriksaan mata minimum untuk pesakit diabetes mellitus adalan sekurang-kurangnya setahun sekali.

P
Pap Smear

Pedih Ulu Hati

Penyakit Endometriosis

Pembedahan Penggantian Sendi Lutut

Pembengkakan Prostat Bukan Kanser

Pencegahan Diabetik Neuropati

Pencegahan Diabetik Retinopati

Penggunaan Penyembur Hidung Dengan Betul

Penggunaan Salap Mata

Penyakit Arteri Koronari

Penyakit Gusi

Penyakit Jantung Kongenital

Peritoneal Dialisis

Pertumbuhan Gigi

Perubahan Perasaan

Prosedur Penyediaan Gigi Palsu

Prosedur Rawatan Ortondotik

Proses Kelahiran

Psoriasis

Proses Pengeluaran Susu Ibu