Home > Laman Utama > Pencegahan Diabetik Neuropati

Pencegahan Diabetik Neuropati

Download:

 

Kadar gula dalam darah yang tinggi pada pesakit Diabetik boleh menyebabkan Diabetik Neuropati iaitu kerosakan pada sistem saraf.

OTAK YANG SIHAT

Sistem saraf manusia terdiri daripada satu rangkaian merangkumi otak, saraf tunjang, serta saraf-saraf yang menghubungkan dan mengawal kesemua organ-organ di dalam badan. 

Sistem saraf ini mengurus kesemua tindakan-tindakan serta tindak balas di dalam badan.

Ini dihasilkan menerusi dorongan elektrikal di antara sel saraf neuron, atau sel saraf yang akan terus sampai kepada dan daripada otak.

Saraf-saraf ini ialah saraf autonomik, saraf deria dan motor.

Saraf-saraf autonomik mengawal aktivit-aktiviti tidak terkawal seperti degupan jantung dan pencernaan.

Saraf deria pula menyampaikan kepada otak deria sentuhan, suhu, rasa dan sakit.

Sementara itu, saraf motor membawa mesej daripada otak untuk berhubung dengan otot-otot yang berbeza yang digunakan untuk bergerak.

Diabetik Neuropati adalah satu keadaan di mana berlakunya kerosakan fizikal pada sistem saraf akibat peningkatan glukosa di dalam darah.

Peningkatan glukosa darah boleh menyebabkan pembuluh darah yang membekalkan oksigen kepada saraf menjadi sempit.

Pembuluh-pembuluh darah yang rosak dan bocor  menyebabkan komponen kimia darah masuk ke dalam saraf.

Keadaan ini merosakkan saraf-saraf atau saraf gagal mendapatkan oksigen yang mencukupi.

Glukosa yang berlebihan ini boleh merangsang serangan imun keatas lapisan yang mengelilingi saraf.

Ini akan mengurangkan atau merosakan impuls yang dibawa oleh saraf-saraf ini.

TANDA-TANDA DIABETIK NEUROPATI

Tanda-tanda Diabetik Neuropati berbeza-beza, bergantung pada saraf yang mengalami kerosakan.

Antara tanda-tanda, termasuklah kebas, rasa sakit, hilangnya deria, tekanan darah rendah, sembelit dan pergerakan yang tidak dapat di kawal.

Cara pencegahan atau rawatan yang terbaik ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat dan pastikan paras glukosa dalam darah anda terkawal.

P
Pap Smear

Pedih Ulu Hati

Penyakit Endometriosis

Pembedahan Penggantian Sendi Lutut

Pembengkakan Prostat Bukan Kanser

Pencegahan Diabetik Neuropati

Pencegahan Diabetik Retinopati

Penggunaan Penyembur Hidung Dengan Betul

Penggunaan Salap Mata

Penyakit Arteri Koronari

Penyakit Gusi

Penyakit Jantung Kongenital

Peritoneal Dialisis

Pertumbuhan Gigi

Perubahan Perasaan

Prosedur Penyediaan Gigi Palsu

Prosedur Rawatan Ortondotik

Proses Kelahiran

Psoriasis

Proses Pengeluaran Susu Ibu