A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Dewasa
  8. /
  9. Pemulihan Pesakit Strok

Pemulihan Pesakit Strok

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Pengenalan

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Objektif perawatan Fisioterapi adalah :

  1. Mempercepatkan kadar pemulihan sistem neuromuscular yang terlibat dari segi pergerakan voluntari, keseimbangan badan, koordinasi pergerakan, mobiliti dan keupayaan berjalan.

  2. Mengembalikan fungsi harian dengan cepat dan kebolehan bergerak yang optima dan berdikari  (optimal  independent functional recovery).

  3. Mencegah dan mengurangkan komplikasi seperti:

    • Kudis tekanan

    • Foot drop

    • Kontraktur

    • Komplikasi respiratori

Gejala / Tanda

Strok tidak terjadi tanpa amaran. Selalunya, ada tanda-tanda amaran. Dengan mengenali tanda-tanda ini dan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan bantuan perubatan, anda boleh mengelakkan strok yang mendatang atau mengurangkan kesannya. Gejala-gejala utamanya adalah :

  • Kelemahan atau merasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan. Tanda-tanda ini mungkin muka yang meluyut, meleleh air liur, merasa lemah pada tangan atau kaki.

  • Kekaburan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba

  • Kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, atau pertuturan yang tidak jelas.

  • Pening, kehilangan imbangan, kekeliruanPening, kehilangan imbangan, kekeliruan

  • Sakit kepala yang teruk yang mengejut

  • Rasa mual atau muntah

Komplikasi

Kesan-kesan strok bergantung kepada bahagian otak yang mana telah terjejas dan keterukkan kerosakannya. Bagi sesetengah orang, kesannya agak sedikit dan ambil masa yang cepat untuk pulih. Manakala yang lain mengalami kehilangan upaya yang lebih teruk dalam jangka panjang. Antara komplikasi penyakit strok ialah seperti berikut :

Kekurangan fizikal selepas strok

  1. Kehilangan pergerakan atau corak pergerakan yang tidak normal di sebelah badan (hemiplegia). Oleh kerana bahagian kanan otak mengawal bahagian kiri badan (dan sebaliknya), hemiplegia terjadi di bahagian badan yang bertentangan dengan lokasi strok.

  2. Koordinasi yang lemah

  3. Perawakan yang tidak normal.

  4. Kesukaran bertutur dan memahami, serta membaca dan menulis.

  5. Tidak dapat mengawal pembuangan najis.

  6. Kehilangan penglihatan separa.

  7. Tidak dapat menelan.

Kekurangan kognitif

  1. Menjadi terlalu awas, cemas dan kelam kabut.

  2. Mudah murung, tidak dapat mengawal emosi.

  3. Konsentrasi yang lemah dalam mempelajari kemahiran baru.

  4. Tidak dapat memahami percakapan/pertuturan.

Kekurangan tanggapan ruang – persepsi

  1. Tidak boleh mengagak jarak, saiz, kedudukan

  2. Kehilangan rasa di sebelah badan

  3. Kehilangan imej tubuh.

Komplikasi lain seperti:

  • Kudis tekanan

  • Foot drop

  • Kontraktur

  • Komplikasi respiratori

Pencegahan

  • Lebihkan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buah dan sayuran.

  • Memeriksa tekanan darah secara berterusan.

  • Mengekalkan berat badan yang ideal kerana obesiti adalah salah satu penyebab kepada penyakit strok.

  • Aktif dalam melakukan aktiviti fizikal iaitu sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Contohnya : brisk walk, Tai Chi, senaman regangan dan senaman aktif.

Rehabilitasi

  1. Program senaman untuk pesakit strok

    • Senaman pasif untuk mengekalkan julat sendi.
    • Senaman untuk anggota tangan
    • Mendepakan tangan
    • Pergerakkan rotasi sendi bahu
    • Membengkok dan meluruskan lutut
    • Membengkok sendi pergelangan tangan
  2. Cara posisi pesakit strok yang betul

    • Mengiring dengan anggota terlibat di atas
    • Sokong anggota yang terlibat di atas bantal
    • Mengiring dengan anggota terlibat di bawah
    • Pastikan tangan yang terlibat diletakkan lurus ke hadapan
    • Letakkan tangan yang terlibat di atas bantal
  3. Mengalih dan Mengangkat

    • Letakkan tangan yang terlibat di atas bantal

Rujukan

  1. Patricia M. Davies, 1990, Right in the middle, Springer-Verlag Berlin Heidelberg.

  2. Patricia M. Davies, 1994, Steps To Follow, A Guide to the Treatment of Adult Hemiplegia,  Springer-Verlag Berlin Heidelberg.

  3. Prosedur Operasi Standard, Perawatan Neurologi.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Datin Hajah Asiah bt Mohd Hashim
Akreditor : Haironi bt. Ismail
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,416,185

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia