A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pemindahan Ginjal

Adakah pemindahan buah pinggang dilakukan di Malaysia?

Terdapat seramai 1841 pesakit menjalani pemindahan ginjal yang masih berfungsi sehingga 31/12/2010. Dari jumlah tersebut 55% adalah dilakukan di Malaysia.

Pusat kerajaan yang menjalankan pemindahan ginjal di Malaysia adalah seperti berikut :

  • Hospital Kuala Lumpur
  • Hospital Selayang
  • Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya

Pemindahan ginjal adalah pilihan terbaik dalam rawatan gantian fungsi ginjal kerana ia mengembalikan kualiti hidup yang terbaik dan boleh memanjangkan riwayat hidup. Walau bagaimanapun ianya terhad dengan kesesuaian penderma yang hidup, penderma yang meninggal (penderma ‘deceased’) dan status penyakit-penyakit lain dihidapi oleh penerima pemindahan ginjal.

Bagaimana pemindahan ginjal dilakukan

Pembedahan pemindahan ginjal dilakukan di bawah bius umum. Ginjal yang tidak berfungsi dibiarkan sahaja sementara ginjal yang sihat dari penderma dipindahkan dirongga abdomen penerima.

Sebelum pemindahan dijalankan penderma akan menjalani pemeriksaaan perubatan bagi memastikan beliau sesuai menjalani pembedahan dan mengurangkan risiko komplikasi jangka panjang selepas pemindahan ginjal dilakukan.

Di Malaysia senarai menunggu untuk pemindahan Cadavaric terlalu panjang (8 hingga 10 tahun) disebabkan kurang penderma dari orang awam.

Apakah kontraindikasi pemindahan ginjal ?

  • Jangkitan HIV
  • Penyakit barah
  • Penyakit kardiovaskular yang teruk
  • Kencing manis dengan kegagalan pelbagai organ.
  • Penyakit mental
  • Susah untuk mengikut arahan atau aturan
  • Masih aktif penyalah gunakan bahan-bahan larangan.
  • Jangkitan hepatitis kronik yang aktif atau kerosakan hati
  • Lanjut usia (melebihi melebihi 65 tahun)

Sekiranya saya berminat dalam pemindahan ginjal, siapa harus saya jumpa ?

Pergi ke hospital berhampiran untuk berjumpa pakar perubatan atau pakar nefrologi. Pakar ini akan merujuk anda kepadaklinik pemindahan ginjal hospital yang berdekatan.

Apakah faedah pemindahan ginjal ?

  • Anda tidak perlu menjalani rawatan dialysis selagi ginjal yang didermakan berfungsi secukupnya.
  • Kawalan pengambilan makanan dan cecair tidak ketat berbanding semasa anda dalam program rawatan dialisis.
  • Kualiti hidup yang lebih baik
  • Jangka hayat yang lebih panjang
  • Bebas berjalan ke mana-mana atau, kembali bekerja dan bersekolah.

Sekiranya saya ingin menjadi penderma siapa perlu saya temui ?

Anda boleh memilih menjadi penderma semasa hidup kepada orang yang ada pertalian darah dengan anda (sekiranya ahli keluarga memerlukan pemindahan ginjal) atau menjadi penderma ‘cadaveric’ (selepas anda meniggal dunia)

Sekiranya anda ingin menjadu penderma kepada ahli keluarga, anda perlu berjumpa jururawat penyelaras pemindahan ginjal di unit transplant nefrologi untuk pemeriksaan fizikal dan pelbagai ujian saringan untuk memastikan kelayakan menjalani pembedahan.

Sekiranya anda memilih menjadi penderma selepas anda meninggal dunia sila hubungi:

Website : http://www.agiftoflife.gov.my
Facebook : www.facebook.com/agiftoflife

Pusat Sumber Transplan Nasional (Lobi Utama)
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur

Menara Wisma Sejarah
Tingkat 5, Jalan Tun Razak, 50700 KL.

Emel : ntrc@moh.gov.my
Tel : 03-26942704/ 2705
03-26156576
Faks : 03-26156269
Talian Bebas Tol : 1-800-88-9080

Pusat Sumber Transplan
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Hospital 30990 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-5222324
Faks : 05-5222578

Pusat Sumber Transplan
Hospital Pulau Pinang
Jalan Residensi
10990 Georgetown
Pulau Pinang
Tel : 04-2225780
Faks : 04-2292433

Pusat Sumber Transplan
Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
Jalan Abu Bakar
80100 Johor bahru
Johor Darul Takzim
Tel : 07-2257000 ext. 2751
Faks : 07-2242694

Atau lengkapkan borang dan hantar ke alamat di atas:-

Apakah komplikasi pemindahan ginjal yang mungkin terjadi?

  • Penolakan – pematuhan peraturan ubat-ubatan (immunosuppression) adalah mandatori
  • Jangkitan kuman yang mana boleh mengancam nyawa
  • Hipertensi
  • Penyakit kencing manis selepas pemindahan ginjal
  • Penyakit barah disebabkan oleh penggunaan ubat immunosuppression yang berpanjangan
  • Kesan sampingan beberapa jenis ubat immuno-supressive

Kumpulan sokongan

Malaysian Society of Nephrology – http://www.msn.org.my.

Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr.Anita Bhajan Manocha
Penyemak : Dr. Sunita a/p Bavanandan

 

Artikel Berkaitan

Hemodialisis

Berapa ramaikah pesakit kegagalan ginjal yang mendapat rawatan hemodialisis? Jumlah

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,377,681

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia