A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pembukaan Mulut Terhad

Jarak pembukaan mulut normal berbeza dari seorang ke seorang. Ianya dalam rangkuman 40 -60 mm dan secara purata antara 35 - 55 mm, iaitu sama dengan jarak lebar 3 jari tangan.

Pengenalan

Pembukaan mulut yang terhad juga biasanya dikenali sebagai trismus. Istilah trismus ini didefinisikan oleh Kamus Perubatan Taber sebagai pengecutan otot-otot pengunyahan. Sebelum ini, istilah ini sering digunakan untuk menerangkan kesan tetanus atau rahang tersekat. Namun kini, ia telah digunakan untuk mewakili segala kekangan kepada pembukaan mulut.

Ia merupakan masalah yang mempunyai pelbagai jenis penyebab dan mungkin mengakibatkan kesukaran ketika makan, bertutur, penjagaan kebersihan mulut dan perubahan paras rupa. Trismus tidak merupakan sejenis penyakit secara tersendiri, tetapi adalah tanda atau gejala masalah lain.

Apakah dia Pembukaan Mulut Yang Biasa?

Jarak pembukaan mulut normal berbeza dari seorang ke seorang. Ianya dalam rangkuman 40 -60 mm dan secara purata antara 35 – 55 mm, iaitu sama dengan jarak lebar 3 jari tangan. Didapati juga bahawa jantina memainkan peranan dalam pembukaan mulut, di mana lelaki secara lazimnya mempunyai pembukaan mulut yang lebih luas.

Untuk lebih memahami masalah ini, adalah penting untuk kita mengetahui anatomi normal di sekitar kawasan sendi rahang bawah dengan tengkorak. Kawasan ini dikenali sebagai sendi temporomandibular ataupun singkatannya TMJ. Terdapat beberapa otot dan saraf di sekitar TMJ yang membantu dalam pembukaan dan penutupan mulut. Sekiranya terdapat gangguan kepada mana-mana struktur yang disebut tadi, maka akan mengakibatkan trismus.

Sebab-sebab Pembukaan Mulut yang Terhad / Trismus

Beberapa keadaan mungkin mengakibatkan seseorang itu mengalami trismus :

  1. JangkitanIni boleh dipecahkan secara amnya kepada jangkitan berkaitan pergigian atau bukan pergigian. Contoh jangkitan pergigian adalah seperti berikut:
    1. Karies pergigian
    2. Penyakit periondotal (gusi) yang teruk
    3. Jangkitan gigi bongsu bawah

Regardless of the origin, the common result is the infection of the masticatory space (the area around the jaw opening muscles). This causes spasm of the muscles as a reaction and therefore resulting in the inability to open the mouth.

If these infections are unchecked, it can spread to various facial spaces of the head & neck and lead to serious complications such as cervical cellulitis/ mediastinitis (infection of the neck and chest).

Management involves removal of the cause (for e.g. extraction of the tooth if it’s a dental infection), prescription of appropriate antibiotics and jaw exercises once the acute infection has subsided.

  1. Jangkitan bukan pergigian pula boleh disebabkan oleh:

    1. Jangkitan tonsil
    2. Jangkitan kelenjar air liur
    3. Jangkitan otak
    4. Tetanus

    Walau dari mana pun asal jangkitannya, akibat yang sama adalah jangkitan di ruang pengunyahan (kawasan di sekitar otot-otot yang membuka mulut). Ini akan menyebabkan kekejangan kepada otot yang seterusnya membawa kepada kesukaran membuka mulut.

    Sekiranya jangkitan-jangkitan ini dibiarkan melarat, ia mungkin merebak ke ruang-ruang fascia di bahagian kepala dan leher dan akan menyebabkan komplikasi yang mudarat seperti selulitis atau mediastinitis (jangkitan leher dan dada)

    Rawatan melibatkan pembuangan penyebab (seperti contoh, cabutan gigi sekiranya jangakitan pergigian), pengambilan antibiotik yang bersesuaian dan senaman rahang setelah jangkitan akut telah berlalu.

  2. Rawatan pergigian

    Prosedur pembedahan mulut seperti cabutan gigi geraham bawah boleh menyebabkan trismus akibat daripada sama ada keradangan otot pengunyahan ataupun kecederaan langsung kepada TMJ. Ini kadangkala berlaku sekiranya daya yang terlalu kuat digunakan ketika membuat cabutan.

    Jangkitan yang berlaku di kawasan suntikan, terutamanya suntikan blok inferior alveolar mungkin menyebabkan trismus juga.

  3. Kecederaan/trauma

    Kecederaan kepada TMJ dari segi fraktur (patah tulang) boleh menyebabkan pembukaan mulut terhad. Ini kerana kesakitan dan juga terdapat halangan mekanikal kepada rahang bawah. Keadaan ini boleh dibetulkan dengan menemukan kembali tulang yang patah itu dan distabilkan sehingga sembuh.

  4. Gangguan TMJ

    Keadaan ini berkaitan dengan bahagian dalam sendi. Pada amnya terdapat sesaran diska TMJ dalam sendi tersebut yang menyebabkan bunyi klik ketika membuka dan menutup mulut, yang seterusnya membawa kepada trismus yang teruk. Keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan TMJ. Rawatan biasanya melibatkan pengunaan ubat penahan sakit untuk menangani sakit akut bersama ubat penenang otot untuk mengurangkan penyesaran diska yang disebutkan tadi.

  5. Kanser dan ketumbuhan

    Kanser atau barah TMJ juga boleh menyebabkan pembukaan mulut yang terhad. Walau bagaimanapun, penyakit ini amat jarang berlaku. Satu keadaan pra-kanser yang dipanggil fibrosis submukus mulut dikenalpasti menyebabkan keadaan trismus yang teruk. Ia telah dikaitkan dengan pengunyahan biji pinang & pengunaan sirih yang menyebabkan pengerasan bahagian mukosa dalam mulut. Rawatan akan melibatkan penghentian tabiat tersebut dan juga pembedahan. Kanser di bahagian belakang mulut juga boleh mengakibatkan trismus. Kanser hidung atau nasopharyngeal carcinoma juga boleh bermula dengan tanda-tanda pembukaan mulut terhad.

  6. Radioterapi

    Radioterapi biasanya digunakan untuk merawat kanser mulut atau kepala dan leher. Walaupun ianya dapat menyelamatkan banyak struktur utama yang mungkin dibuang sekiranya pembedahan dilakukan, salah satu kesan sampingan ia adalah fibrosis atau pengerasan otot yang membuka dan menutup mulut. Ini seterusnya akan menyebabkan pembukaan mulut yang terhad.

Komplikasi trismus

Trismus boleh memberi kesan yang sangat dramatik kepada kualiti hidup seseorang dari pelbagai aspek. Pertuturan akan menjadi lebih sukar jika seseorang mengalami trismus. Impaknya bukan sekadar kesukaran membuka mulut untuk membentuk perkataan, malah trismus boleh mengecilkan saiz ruang mulut yang membawa kepada pengurangan kualiti suara.

Trismus yang teruk akan menjadikannya amat sukar untuk memasukkan gigi palsu. Pemeriksaan mulut oleh doktor gigi juga menjadi masalah. Akhir sekali, penjagaan kebersihan mulut akan terkompromi, pengunyahan dan penelanan menjadi sukar yang seterusnya mengganggu pemakanan.

Rawatan untuk Trismus

Rawatan awal adalah menjurus kepada pengenalpastian faktor penyebab dengan ujian dan penyiasatan yang sesuai. Pada amnya, kebanyakan kes trismus dirawat melalui kombinasi terapi secara fizikal dan alat pembukaan mulut. Sekiranya seseorang mengalami trismus bersama sakit, langkah-langkah berikut boleh membantu:

  1. Terapi habaIni melibatkan pengunaan tuala yang panas dan lembap yang dituam pada kawasan yang berkenaan selama 15 – 20 minit setiap jam
  2. Analgesik (Ubat tahan sakit)Untuk merawat sakit akut, ubat non-steroidal anti-inflammatory (NSAIDs) seperti ibuprofen telah terbukti berkesan
  3. Makanan lembutElakkan makanan keras seperti kekacang, makanan goreng atau buah keras (epal atau pir)
  4. Penenang ototUntuk sebilangan kes, ubat benzodiazepin seperti diazepam atau orphenadrine citrate (Norflex) adalah berkesan.

Terapi fizikal perlu melibatkan senaman-senaman rahang aktif dan pasif berikut:

Senaman pergerakan dan regangan aktif

Duduk atau berdiri. Kepala harus dalam keadaan tetap dan tidak bergerak ketika melakukan senaman

  1. Gerakkan rahang seperti yang diterangkan di bawah. Kekalkan setiap posisi untuk 3 saat. Ulang 5 kali.
    • Buka mulut dengan luas
    • Gerakkan rahang ke kiri
    • Gerakkan rahang ke kanan

 

 
 
         

 

 

  1. Ulang setiap posisi sekali lagi. Kali ini regangkan setiap satu posisi untuk 30 saat.
  2. Gabungkan pergerakan-pergerakan ini supaya rahang bergerak dalam satu putaran. Buka dan tutup mulut anda ketika memutarkan rahang anda dari kiri ke kanan. Putar sebanyak 5 kali.
  3. Ulang putaran dalam arah yang berlawanan. Putar sebanyak 5 kali.

Senaman regangan pasif

Letakkan ibu jari kanan pada gigi depan atas di tengah-tengah rahang seperti gambar di bawah. Letakkan jari penunjuk tangan kiri pada gigi depan bawah di tengah-tengah rahang. Regangkan rahang anda dengan menekan rahang bawah dengan jari penunjuk. Kekalkan regangan ini selama 30 saat.

Rujukan:

  1. http://www.oralcancerfoundation.org/dental/trismus.htm
  2. http://www.toothnature.com/2011/05/trismus.html
  3. Dhanrajani PJ, Jonaidel O. Trismus: aetiology, differential diagnosis and treatment. Dent Update. 2002 Mar;29(2):88-92, 94.

 

Semakan Akhir : 20 Mac 2015
Penulis : Dr. Jeremy Lee Ju Kuan
Akreditor : Dr. Norma bt. Abd. Jalil
Penyemak : Dr. Mukhriz bin Hamdan

 

Artikel Berkaitan

Gusi Bernanah

Apakah yang dimaksudkan sebagai gusi bernanah? Gusi bernanah juga dikenali

Anak-Anak Enggan Memberus Gigi : Tips Mengatasi

Mengajar serta menggalakkan anak-anak memberus gigi bukan lah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan.  Terdapat beberapa tip yang boleh dipraktikkan untuk menggalakkan anak-anak memberus gigi di dalam artikel ini.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 721,422,500

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 10:32:39
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia