A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Oftalmologi
  8. /
  9. Glaukoma
  10. /
  11. Pembedahan Untuk Glaukoma (Trabeculectomy)

Pembedahan Untuk Glaukoma (Trabeculectomy)

Glaukoma adalah penyakit yang rumit di mana kerosakan berlaku pada saraf optik yang progresif dan boleh menyebabkan hilang penglihatan yang kekal. Glaukoma adalah merupakan penyebab kedua kebutaan kekal.

Glaukoma biasanya dirawat dengan ubat titis mata dan atau laser. Kebanyakan kes, glaukoma boleh dikawal dengan rawatan tersebut, lantas kehilanga penglihatan yang teruk dapat dicegah. Dalam beberapa keadaan pembedahan glaukoma juga dikenali sebagai trabeculectomy perlu dilakukan bagi mencegah glaukoma menjadi lebih teruk.

Trabeculectomy adalah satu prosedur pembedahan untuk merawat glaukoma dengan merendahkan tekanan dalaman mata. Matlamat pembedahan ialah untuk mengurangkan tekanan dalaman mata (intraokular pressure).Trabeculectomy mewujudkan sistem saliran baru untuk membantu cecair dalaman ditapis keluar dari mata. Sebagai alternatif, cecair dalaman tidak akan mengalir pergi melalui sistem saliran biasa mata (jaringan trabekular ), tetapi cecair mengalir ke dalam “ruang” baru yang dicipta di bawah lapisan luar (konjunktiva) mata. Ini akan menurunkan tekanan mata itu.


Gambarajah menunjukkan sistem saliran yang normal

 


Gambarajah menunjukkan langkah dalam pembedahan glaucoma

 


Gambar menunjukkan mata yang telah menjalani trabeculectomy

Indikasi

Trabeculectomy biasanya disyorkan untuk pesakit  yang mana penyakit glaukoma yang tidak dapat dikawal walaupun dengan penggunaan ubat-ubatan yang maksima dan / atau rawatan laser.

Indikasi untuk melakukan pembedahan glaukoma adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis glaukoma, tahap glaukoma, dan juga faktor-faktor lain. Kadang-kadang pembedahan ini boleh digabungkan dengan pembedahan katarak.

Kontraindikasi

Tiada kontraindikasi yang mutlak untuk pembedahan glaucoma.

Pemeriksaan sebelum pembedahan

  • Bagi memastikan tekanan intraokular terkawal sebelum pembedahan dijalankan bagi mengurangkan komplikasi.
  • Bagi memastikan masalah kesihatan lain telah stabil sebelum pembedahan dijalankan.

Komplikasi

Semua pembedahan mata mempunyai beberapa risiko. Secara umum, pembedahan hanya dilakukan apabila manfaat melebihi risiko.

Risiko pembedahan glaukoma (trabeculectomy) termasuk:

  • Pendarahan,
  • Jangkitan kuman,
  • Parut,
  • Lekangan retina,
  • Kelopak mata jatuh (droopy eyelid),
  • Penglihatan berganda,
  • Buta atau kehilangan mata (sangat jarang berlaku).

Dalam kebanyakan kes komplikasi boleh dirawat dan sebahagian kecil dari kes, pembedahan lanjut mungkin diperlukan. Buta adalah merupakan komplikasi yang jarang-jarang berlaku. Risiko-risiko ini adalah jarang berlaku, tetapi perlu dibincangkan dan dimaklumkan sebelum pembedahan.

Hasil pembedahan

Pembedahan Trabeculectomy hanya merendahkan tekanan dalaman mata. Dengan merendahkan tekanan dalaman mata, matlamatnya adalah untuk sama ada menghentikan atau melambatkan proses kehilangan penglihatan. Penglihatan yang telah hilang sebelum pembedahan, secara umum, tidak dapat dipulihkan.

Ubat titis mata mungkin perlu digunakan selama dua atau tiga bulan selepas pembedahan. Sesetengah pesakit mungkin tidak perlu menggunakan ubat titis mata selepas tempoh itu.

Kebanyakan pesakit akhirnya mungkin memerlukan ubat titis mata glaukoma untuk mengekalkan tekanan mata ditahap terkawal.

Kebanyakan pesakit akan memerlukan ubat titis mata glaukoma kurang daripada yang digunakan sebelum pembedahan.

Keperluan untuk ubat titis mata jangka panjang amat berbeza dan ditentukan oleh jenis glaukoma dan kadar keseriusan penyakit glaukoma yang dihidapi.

Rujukan

  1. eyecareamerica.org/eyecare/treatment/glaucomafiltration/
  2. www.webmd.com/eye…/trabeculectomy-filtrationsurgery-for-glaucoma
  3. www.ouh.nhs.uk/patient-guide/…/files%5C110705trabeculectomy.pdf
  4. www.masseyeandear.org › … › OphthalmologyGlaucomaTreatment
  5. emedicine.medscape.com/article/1207755-overview

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Rosniza bt. Ab. Razak
Akreditor : Dr. Salmah bt. Othman
Penyemak : Dr. Rosniza bt. Ab. Razak

Artikel Berkaitan

Glaukoma

Glaukoma merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik. Saraf optik merupakan laluan yang membawa imej yang dilihat ke otak. Sekiranya tidak dirawat, ianya boleh merosakkan saraf optik secara perlahan-lahan sehingga mengakibatkan kebutaan yang kekal.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,199,245

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia