A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Diet & Penyakit
  6. /
  7. Pemakanan Untuk Hiperkolesterolemia

Pemakanan Untuk Hiperkolesterolemia

 

Objektif Pengurusan Pemakanan

  • Untuk mengekalkan tahap kolesterol darah yang normal
  • Untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

 

Gambar hiasan (Sumber : patientworthy.com)

 

3 Kaedah Untuk Mengurangkan Tahap Kolesterol

  • Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol
  • Kurangkan pengambilan lemak
  • Tingkatkan pengambilan serat.

1)  Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol

  • Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL (‘jahat’) (sila rujuk jadual Kandungan Kolesterol Dalam Makanan).
  • Pengambilan kuning telur dalam seminggu adalah sebanyak 2 biji sahaja.
  • Organ dalaman seperti hati, limpa, jantung TIDAK DIGALAKKAN.
  • Udang, sotong, ketam dan juga kerang-kerangan ( kerang , kupang , kepah , tiram ) boleh diambil secara TIDAK BERLEBIHAN bergantung kepada kekerapan pengambilan dan juga jumlah yang diambil.
  • Sekiranya terdapat masalah, sila dapatkan nasihat Pegawai Pemakanan atau Pegawai Dietetik.

2)  Kurangkan pengambilan lemak

  • Lemak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol darah.
  • Santan merupakan salah satu lemak tepu yang biasa diambil.
  • Bagi setiap masakan di rumah, pengambilan santan perlu dihadkan kepada 2 sudu besar sahaja, sebanyak dua kali seminggu.
  • Bagi masakan di luar seperti di restoran atau gerai, pengambilan kuah santan dalam setiap masakan perlu dielakkan.
  • Sila rujuk Garis Panduan Diet Malaysia (14 Mesej Utama) –>> Lemak & Kolesterol.

3)  Tingkatkan pengambilan serat

  • Serat makanan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol darah.
  • Sumber serat yang baik adalah buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil bijirin mil penuh.

 

Jenis-jenis Lemak

Terdapat 2 jenis lemak dalam makanan iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu.

Lemak tepu

  • Berbentuk pepejal dan keras di bawah suhu sejuk.
  • Kebanyakan sumbernya daripada haiwan tetapi terdapat juga dalam lemak tumbuhan seperti santan kelapa.
  • Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolesterol darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Lemak tidak tepu

  • Lembut walaupun disimpan di dalam peti sejuk
  • Kebanyakan sumbernya daripada tumbuhan.

Terdapat 2 jenis lemak tidak tepu :

  • Lemak mono tak tepu (Monounsaturated fatty acids,  MUFA ) seperti minyak zaitun dan minyak kelapa
  • Lemak poli tak tepu (Polyunsaturated fatty acids, PUFA ) seperti minyak bunga matahari, minyak jagung dan marjerin lembut.

Nama-nama lain bagi lemak :

  • trans fatty acids ( asid lemak trans )
  • shortening
  • suet (lemak yang membaluti buah pinggang pada kambing & lembu untuk dibuat bahan masakan)
  • marbling
  • cream
  • tallow ( lemak haiwan )
  • lard ( lemak babi )
  • dripping ( lemak beku )
  • hydrogenated fat ( lemak terhidrogen )
  • cis– fatty acid.

 

Jadual Kandungan Kolesterol Dalam Makanan

Kandungan kolesterol dalam beberapa jenis makanan
Jenis Makanan (100 g)
Kandungan Kolesterol
(mg)
Jenis Makanan (100 g)
Kandungan Kolesterol
(mg)
Organ haiwan   Susu dan hasil tenusu  
Otak – khinzir
800
Mentega
120
Ginjal – kambing
375
Krim – pekat
133
Hati – biri-biri
300
Krim – cair
113
Hati – khinzir
180
Whipped topping
85
Jantung
150
Krim masam
66
Daging, ayam, itik   Keju
90
Ayam belanda – daging hitam
101
Keju cottage – krim
19
Ayam belanda – daging putih
77
Keju cottage – tanpa krim
7
Ayam
85
Keju berkrim
111
Biri-biri
70
Sapuan keju
64
Khinzir – dengan lemak
63
Susu cair
31
Khinzir – tanpa lemak
50
Susu tepung penuh krim
105
Kambing
55
Susu skim ( tanpa lemak )
22
Lembu
45
Lemak  
Ikan dan makanan laut   Lemak babi
95
Ikan bilis dengan kepala
383
Mayones
70
Ikan bilis tanpa kepala
58
Lain-lain  
Udang – kering
353
Rendang hati
215
Udang – segar
130
Mee goreng mamak
160
Sotong
120
Tosai dengan telur
85
Ketam
100
Sambal udang
79
Tiram
50
Kuetiau goreng kerang
64
Kerang
45
Lap Cheong
56
Telur ikan
300
Satay
55
Sardin dalam minyak (dalam tin)
140
Nasi goreng
48
Ikan kembung
35
Kari kambing
47
Ikan kurau
4
Pau- tai paw
56
Ikan tenggiri
3
Pau – char siew
13
Telur   Nasi ayam
14
Telur ayam ( kuning )
1480
Nasi beriyani
11
Telur ayam ( putih sahaja)
0
Nasi char siew
11
Telur Itik
850
Laksa kari
7
Telur puyuh
415
   

 

Semakan Akhir : 19 April 2012
Penulis : Norizan Mashttah bt. Mardan
    Mahnon Suria bt. Mokhy
    Siti Farrah Zaidah bt. Mohd Yazid
    Junidah bt. Raib

 

Artikel Berkaitan

Makanan Sunnah

Kebanyakan manusia mendapat penyakit disebabkan oleh corak / pola pemakanan yang salah dan kurang pengetahuan mengenai pemakanan sihat.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,378

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia