A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. PATI punca penyakit tibi

PATI punca penyakit tibi

Utusan Malaysia

Ahad, 19/06/2011

PATI punca penyakit tibi

MUADZAM SHAH 19 Jun – Peningkatan kes tibi di negara ini dipercayai berpunca daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tahap kesihatan mereka memang diragui.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata, penyebaran penyakit itu tidak mungkin disebabkan oleh pekerja asing yang masuk secara sah kerana mereka telah melepasi pemeriksaan kesihatan.

“Mereka yang memasuki negara ini secara sah telah menjalani pemeriksaan menerusi Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) yang mengendalikan konsesi pemeriksaan kesihatan pekerja asing sejak 1997,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Rompin di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan melakukan pelbagai program bagi membendung wabak itu, tetapi ia muncul kembali akibat kehadiran golongan berkenaan.

“Jika di negara terbabit, mereka tidak diberi suntikan pencegahan wajib seperti suntikan bacillus calmette-guerin (BCG),” katanya.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya berhati-hati agar tidak dijangkiti penyakit berbahaya tersebut.

Sementara itu, katanya, sebanyak tiga kompleks penempatan rakyat asing telah dibina untuk menempatkan mereka yang melanggar Akta Imigresen.

Katanya, antara kompleks tersebut ialah dua di Tawau dan Papar, Sabah yang dikendalikan oleh Majlis Keselamatan Negara manakala di Langkap, Teluk Intan, Perak pula diletakkan di bawah Jabatan Imigresen.

 

 

 

 

{module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

Jun 2013

  01 & 02 Jun 2013 Program : Sambutan Hari

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,392,540

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia