A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Pasca Pemindahan Buah Pinggang...

Pasca Pemindahan Buah Pinggang – Adakah Saya Akan Berubah Rupa?

Apabila anda mengalami penyakit kegagalan fungsi buah pinggang kekal, anda harus merancang bagaimana cara rawatan untuk menggantikan fungsi buah pinggang anda. Doktor anda akan berbincang dan menasihati anda untuk melakukan sama ada rawatan dialisis (haemodialisis atau peritoneal dialisis) atau menjalani pemindahan buah pinggang.

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTqDXeTlAyJh-Yw-J1HVCm0tBPoS_q5cbcX7joUa0KKCBk8ZwiMELHbgnAV Pemindahan buah pinggang bukan sahaja dapat mengembalikan fungsi buah pinggang asal, tetapi mampu meningkatkan kualiti hidup anda berbanding menjalani rawatan dialisis. Bagi pemindahan buah pinggang, anda perlu menerima satu buah pinggang daripada seorang penderma. Penderma buah pinggang boleh terdiri daripada penderma yang hidup atau yang telah meninggal. Bagi penderma hidup, mereka boleh terdiri daripada ahli keluarga (ibu bapa atau adik-beradik) atau pasangan suami/isteri.
Sesudah menjalani pemindahan buah pinggang, sistem imun badan anda akan mengenali buah pinggang baru yang diterima sebagai organ ‘asing’ dan akan cuba menyingkirkannya. Ini dikenali sebagai “rejeksi” (acute atau chronic rejection). Untuk mengelakkan sistem imun anda daripada menyingkirkan buah pinggang baru tersebut, anda harus mengambil ubat imunosupresif seumur hidup.
Terdapat beberapa kombinasi ubat imunosupresif yang mugkin diberi oleh doktor anda. Secara ringkas, ubat-ubatan tersebut adalah seperti berikut:-

  • Corticosteroids seperti prednisolone
  • Antimetabolites seperti azathioprine dan mycophenolate sodium
  • Calcineurin inhibitors namely cyclosporine and tacrolimus
  • MTOR inhibitors such as evorilimus and sirolimus

Pengambilan ubat imunosupresif tersebut boleh menyebabkan daya tahanan badan anda rendah dan berisiko untuk menghidapi jangkitan kuman dan penyakit tertentu. Tetapi jangan bimbang, kerana doktor anda akan sentiasa memantau anda secara teliti bagi sebarang gejala penyakit. Dengan pengambilan ubat ini, anda juga mungkin akan mengalami beberapa perubahan daripada segi bentuk fizikal seperti berikut:

 

  • Muka anda mungkin menjadi lebih bulat dan montel, dan pipi anda bertambah merah. Ini digelar “moon facies”. Anda juga mungkin mengalami pertumbuhan jerawat. Ini adalah kesan sampingan ubat corticosteroids.

Moon faces
  • Anda akan perhatikan terdapat pertumbuhan rambut di muka. Ini dipanggil hirsuitism, dan adalah kesan sampingan corticosteroid dan cyclosporine. Pertumbuhan rambut ini boleh juga berlaku di bahagian tubuh badan lain. Ini mungkin menyebabkan kaum wanita bimbang, tetapi mereka boleh menjalani prosidur kosmetik untuk menghilangkannya.

Hirsuitism
  • Anda mungkin mendapati gusi anda membengkak. Ini adalah kesan sampingan ubat cyclosporine.

Gusi membengkak
 
  • Anda mungkin menghalami tangan bergetar. Anda mungkin ingat anda lebih gementar daripada biasa. Gejala ini disebabkan oleh ubat calcineurin inhibitor.

    Jika anda mengalmi getaran tangan ini sejurus selepas peningkatan dos ubat calcineurin inhibitor, sila berjumpa doktor anda kerana tahap ubat dalam badan mungkin terlalu tinggi.


Tangan bergetar
  • Anda mungkin melihat bahawa anda semakin gemuk terutamanya di bahagian dada dan perut berbanding di tangan atau kaki. Anda mungkin juga memerhati garis-garisan berwarna ungu muncul di bahagian perut anda. Anda mungkin juga mengalami kegemukan di bahagian belakang di antara bahu anda. Ini digelar Cushing’s syndrome, akibat kesan sampingan ubatan corticosteroid.

 


Cushing’s syndrome dengan kegemukan di bahagian perut dengan tanda garisan

  • Kulit anda mungkin menjadi nipis, contohnya di bahagian tangan. Ini menyebabkan anda mudah lebam, walaupun terhentak sedikit. Anda perlu berhati-hati supaya tidak mencederakan diri anda.


Lebam di tangan
 

  • Jangkitan kulat boleh berlaku dalam beberapa bentuk. Kuku jari mungkin menjadi rapuh dan putih. Anda juga mungkin melihat ketumbuhan putih di antara jari anda, atau bulatan merah di bahagian kulit. Jangkitan kulat ini boleh dirawat dengan mudah dengan krim dan ubat-ubatan antikulat.
 
Jangkitan kulat di kuku jari
 
  • Jika anda melihat sebarang ketulan yang tumbuh di bahagian badan, anda perlu berjumpa dengan doktor anda dengan segera. Ketulan ini mungkin tahap awal penyakit tertentu seperti kanser.


Ketulan di leher

  • Jika anda melihat tahi lalat baru, atau perubahan warna kulit setempat, anda perlu berbincang dengan doktor anda. Perubahan ini mungkin peringkat awal kanser kulit

Melanoma di muka
  • Anda mungkin melihat kaki anda semakin membengkak jika anda mengambil ubat MTOR inhibitors. Ini berlaku kerana kandungan protein badan rendah dan menyebabkan kandungan cecair dari dalam salur darah anda meresap ke tisu.

Bengkak kaki

Walaupun ubat imunosupresif boleh menyebabkan gejala dan kesan sampingan seperti yang disebut di atas, anda tidak perlu terlalu bimbang. Pesakit pemindahan buah pinggang akan dipantau dengan teliti oleh pihak doktor. Mereka akan memastikan bahawa anda menerima kesan positif yang maksimum dari ubat imunosupresif dengan kesan sampingan yang minimum.

Sesungguhanya, menerima buah pinggang daripada penderma
adalah anugerah paling tak ternilai…

Last Reviewed : 05 Mac  2014
Writer : Dr. Sudhaharan Sivathasan

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,417,829

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia