Home > Warga Emas > Kecergasan & Anda > Panduan untuk Kekal Aktif

Panduan untuk Kekal Aktif

  • Lakukan regangan beberapa minit sebelum dan selepas tidur.
  • Berdiri semasa menjawab panggilan telefon.
  • Lakukan regangan semasa menonton iklan TV.
  • Berjalanlah untuk menukar rancangan TV sebagai ganti alat kawalan jauh.
  • Cuba berjalan cepat semasa menanti temujanji harian anda.
  • Semasa berkebun, gunakan alat-alat yang manual sebagai ganti alat-alat elektrikal.
  • Letak kereta anda jauh dari destinasi atau turun dari bas di perhentian yang lebih jauh dan nikmatilah keseronokan berjalan kaki.
  • Gunakan tangga dengan lebih kerap berbanding menggunakan lift.
Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Sarkuna Devi
: Normah bt. Nordin
: Thillainathan a/l Krishnan
Penyemak : Dr. Muhammad Azlan bin Abd. Rahman