A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Dewasa
  8. /
  9. Panduan Mengangkat Dan Mengalih...

Panduan Mengangkat Dan Mengalih Pesakit Strok

Mengangkat dan mengalih pesakit strok memerlukan teknik yang betul. Sekiranya teknik yang salah digunakan, ianya akan mengakibatkan kecederaan kepada penjaga dan juga pesakit strok.

Pengenalan

Mengangkat dan mengalih pesakit strok memerlukan teknik yang betul. Sekiranya teknik yang salah digunakan, ianya akan mengakibatkan kecederaan kepada penjaga dan juga pesakit strok. Penjaga boleh mengalami sakit pinggang akibat dari penggunaan teknik mengangkat dan mengalih yang salah.

Teknik  yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

Sebagai contoh, pesakit strok yang mengalami kelumpuhan disebelah kiri (left hemiplegia)

 Sediakan kerusi roda untuk mengangkat dan mengalih pesakit  
  • Sediakan kerusi roda untuk mengangkat dan mengalih pesakit.
  • Letak  kerusi roda di sisi sebelah kanan pesakit

 

 Pasangkan brek kerusi roda  
  • Pasangkan brek kerusi roda.

 

 Tanggalkan tempat letak tangan kerusi roda  
  • Tanggalkan tempat letak tangan kerusi roda.

 

 Alihkan tempat letak kaki kerusi roda  
  • Alihkan tempat letak kaki kerusi roda.

 

 Pesakit dialihkan ke posisi mengiring ke kanan  
  • Pesakit dialihkan ke posisi mengiring ke kanan.
  • Penjaga berdiri di sebelah kanan pesakit.
  • Angkat lengan kanan pesakit dari sisi ke paras bahu kanannya.

 

 Letakkan tangan kiri pesakit di atas perutnya  
  • Letakkan tangan kiri pesakit di atas perutnya.

 

 Silangkan kaki kirinya ke kaki kanan  
  • Silangkan kaki kirinya ke kaki kanan.

 

 Penjaga berdiri dengan kaki kanannya melutut di atas katil  
  • Penjaga berdiri dengan kaki kanannya melutut di atas katil.

 

Ampu bahu dan pinggul kiri pesakit dan pusingkan secara serentak ke kanan1  

Ampu bahu dan pinggul kiri pesakit dan pusingkan secara serentak ke kanan2

 Ampu bahu dan pinggul kiri pesakit dan pusingkan secara serentak ke kanan    
 Alihkan pesakit dari posisi mengiring ke posisi duduk  
  • Alihkan pesakit dari posisi mengiring ke posisi duduk.
  • Turunkan kedua-dua kaki pesakit ke sisi katil.

 

 Ampu bahagian skapula (tulang belikat) kanan dan pinggul kiri  
  • Ampu bahagian skapula (tulang belikat) kanan dan pinggul kiri.
  • Dudukkan pesakit.
  • Semasa pergerakan ini, penjaga perlu mengalihkan berat badannya ke sisi kanannya.
 Duduk kepada posisi berdiri  
  • Duduk kepada posisi berdiri.
  • Kepitkan lutut kiri pesakit.
  • Ampu punggungnya dengan kedua-dua belah tangan.
Gerak punggungnya berselang-seli ke hadapan sehingga kaki pesakit1  

Gerak punggungnya berselang-seli ke hadapan sehingga kaki pesakit2

 Gerak punggungnya berselang-seli ke hadapan sehingga kaki pesakit mencecah lantai.    
 Letakkan kedua-dua belah tangan pesakit di atas bahu penjaga  
  • Letakkan kedua-dua belah tangan pesakit di atas bahu penjaga.

 

 Ke depankan sedikit badan pesakit  
  • Ke depankan sedikit badan pesakit.
  • Pegang bahagian seluar, sokong lutut kiri dan arahkan pesakit berdiri.
Posisi berdiri kepada duduk di kerusi roda  
  • Posisi berdiri kepada duduk di kerusi roda.
  • Dirikan pesakit sambil lututnya disokong oleh lutut penjaga.
  • Pusingkan pesakit ke arah kerusi roda.
  • Pusingkan kedua-dua tapak kaki penjaga semasa pergerakkan ini.
  • Condongkan / bongkokkan sedikit badan pesakit ke depan dan dudukkannya.
 Letakkan kaki pesakit ke atas tempat letak kaki kerusi roda  
  • Letakkan kaki pesakit ke atas tempat letak kaki kerusi roda.

 

 Pasangkan semula tempat letak tangan kerusi roda  
  • Pasangkan semula tempat letak tangan kerusi roda.

Perkara yang perlu dititik beratkan semasa mengangkat dan mengalih pesakit strok

  • Ruang yang luas untuk keselamatan dan memudahkan pergerakan penjaga, pesakit dan kerusi roda.
  • Permukaan lantai yang rata dan tidak licin.
  • Penjaga perlu memakai pakaian yang sesuai; longgar dan selesa untuk memudahkan pergerakan dan mengelakkan daripada jatuh.
  • Pesakit perlu memakai seluar atau kain yang diikat kemas dengan tali pinggang atau tali yang sesuai.
  • Jika memakai kasut, ia perlulah mempunyai tapak yang lebar dan rata bagi memastikan keselamatan pesakit dan penjaga.
  • Apabila berdiri atau melutut pastikan kaki dibuka sedikit (broad based) bagi memberi kestabilan.
  • Berdiri dengan jarak yang rapat dengan pesakit semasa mengangkat dan mengalih.
  • Pastikan bahagian belakang /pinggang penjaga mestilah tegak/lurus dan perut dikempiskan semasa mengangkat dan mengalih.
  • Lutut dibengkokkan sedikit setiap kali penjaga mengangkat pesakit.
  • Gunakan kekuatan otot lengan dan kaki dan bukan otot belakang untuk mengangkat dan mengalihkan pesakit.

Perkara yang perlu dielakkan semasa mengangkat dan mengalih pesakit strok

  • Elak mengangkat pesakit dengan :
    • Membongkok pada pinggang
    • Kaki lurus
    • Memakai stoking tanpa kasut
    • Pergerakan yang mengejut (jerky movements)
    • Menarik bahu pesakit bagi mengelak kecederaan pada sendi bahu
    • Memusing pinggang semasa mengangkat dan mengalih pesakit

 

Rujukan

  1. Butterworth Heinemann Oxford, Auckland, Johannesburg, Melbourne, New Delhi.
  2. Janet H, Carr E, Roberta B. (1998). Optimizing motor performance. Neurological Rehabilitation
  3. Susan E. (2002). A Problem solving approach Churchill Livingstone, Edinburgh London, New York Oxford Philadelphia St Louis, Sydney,
    Toronto
  4. Tony. P, & Margaret G. (1988).  Illustrated transfer techniques for disabled people: Neurological Physiotherapy. Churchill Livingstone, Melbourne, Edinburgh London & New York.
Semakan akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Foo Kok Wee
Akreditor : Datin Hjh. Asiah bt. Mohd Hashim
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

MAMOGRAFI

Mamografi ialah pemeriksaan x-ray ke atas payudara sebagai salah satu langkah pengesanan awal bagi kanser payudara jika wujud tanda-tanda seperti ketumbuhan (Lump) dan kesakitan payudara (breast pain).

Rabun Silau

Pengenalan Apakah itu rabun silau? Rabun silau atau astigmatisma adalah

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,471

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia