A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Keselamatan & Kualiti Makanan
  6. /
  7. Panduan Memilih Premis Makanan...

Panduan Memilih Premis Makanan Yang Bersih

Pemilihan premis makanan  yang bersih dan selamat amat penting bagi mengelakkan keracunan makanan. Sekiranya anda makan di luar, pastikan diri anda selamat dan pilihlah premis makanan seperti berikut :

  • Premis bersih dan kawasannya jauh daripada asap kenderaan, tempat pembuangan sampah, longkang tersumbat atau tangki septik.
  • Makanan  dan minuman dihidangkan dalam bekas yang sesuai, bersih dan bertutup.
  • Lengkap dengan kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih dan selamat, bekalan elektrik, saliran longkang yang baik dan tong sampah yang bertutup.
  • Bebas dari serangga, tikus dan lain-lain haiwan perosak.
  • Premis yang mempunyai peralatan bersih dan sempurna seperti meja yang bersih.

Pengendali makanan adalah semua orang yang terlibat dalam penyediaan makanan daripada mula hinggalah makanan itu diambil atau dimakan.  Pengendalian makanan yang bersih dan selamat amat penting bagi mengelakkan keracunan makanan. Jaminan makanan yang selamat hanya diperolehi dari pengendali dan premis makanan yang bersih.

Pilihlah pengendali makanan yang bersih serta mempunyai ciri-ciri berikut :

  • Mengamalkan kebersihan diri, memakai apron dan penutup kepala.
  • Berkuku dan berambut pendek.
  • Membasuh tangan selepas ke tandas, sebelum menyediakan makanan serta selepas mengendalikan makanan mentah seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya.
  • Menggunakan penyepit, sudu atau garpu semasa mengambil makanan.
  • Menutup makanan yang  telah dimasak.
  • Memakai apron dan penutup kepala yang bersih dan sesuai ketika mengendali makanan.
  • Menggunakan tuala khusus dan  berasingan untuk mengelap tangan, meja dan pinggan mangkuk.
  • Menjaga kebersihan persekitaran di dalam dan di luar premis.
  • Tidak merokok, makan sirih, makan atau minum semasa mengendalikan makanan.
  • Tidak bersin, batuk, menggaru atau meludah  merata-rata.
  • Tidak merasa makanan dengan jari.
  • Tidak menindih makanan semasa menghidang.
  • Tidak memakai perhiasan diri seperti gelang, cincin dan jam.

 

Semakan akhir : 3 April 2014
Penulis : Pn. Norrani binti Eksan
Penyemak : Pn. Norrani binti Eksan

 

Artikel Berkaitan

Penjagaan Pemakanan Pesakit Hipotiroidisme

Hipotiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid tidak aktif. Hormon tiroid yang dihasilkan terlalu sedikit dan tidak mencukupi. Risiko  penyakit hipotiroidisme adalah tinggi di kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas, terutamanya yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit yang sama. Rawatan gantian hormon tiroid biasanya diperlukan untuk seumur hidup.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,827,637

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia