A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Kesihatan Fizikal
  6. /
  7. Kecemasan
  8. /
  9. Panduan Keselamatan Semasa Berada...

Panduan Keselamatan Semasa Berada Di Dalam Air

Banyak perkara yang menyeronokkan apabila berada di dalam air. Lebih menyeronokkan jika anda tahu cara untuk berenang.

“Aktiviti atau sukan air memang menyeronokkan tetapi ada bahayanya”

Panduan keselamatan semasa berada di dalam air:

Banyak perkara yang menyeronokkan apabila berada di dalam air. Lebih menyeronokkan jika anda tahu cara untuk berenang.

  1. Sentiasa ambil tahu tentang tempat anda akan berenang. Ketahui kedalaman kolam renang di setiap sudut kolam kerana kedalaman antara dua hujung kolam mungkin berbeza.

  2. Sentiasa gunakan pelampung jika anda tidak mahir atau tidak pandai berenang.

  3. Berenanglah dekat dengan orang dewasa untuk membantu sekiranya berlaku sebarang kecemasan terutamanya jika anda tidak mahir atau tidak pandai berenang. Kolam renang biasanya ada anggota penyelamat. Dapatkan perhatian anggota penyelamat supaya mereka sedar kehadiran anda di kolam renang.

  4. Berenang secara berpasangan/berkumpulan. Sekiranya berlaku kecemasan, kawan atau teman anda boleh memberi bantuan dan mendapatkan pertolongan.

  5. Gunakan tangga untuk masuk ke dalam kolam renang. Jangan lompat. Tersilap membuat anggaran tentang kedalaman kolam renang boleh menyebabkan kecederaan. Manakala jika di sungai atau laut, mungkin terdapat sebuah batu besar di dasar air sehingga boleh menyebabkan kecederaan.

  6. Ketahui kemampuan diri sendiri. Jangan berenang terlalu lama kerana boleh menyebabkan keletihan atau mengalami kekejangan otot. Sekiranya tidak mahir berenang, berenanglah di kawasan yang dasarnya masih boleh disentuh dengan kaki. 

  7. Pelajari kemahiran pertolongan cemas

    Pihak swasta atau bukan kerajaan ada menganjurkan bengkel pertolongan cemas. Kemahiran yang dipelajari mungkin dapat menyelamatkan nyawa.

  8. Menyelam

    Kecederaan boleh berlaku pada leher semasa menyelam jika tidak cekap mengagak kedalaman. Keadaan ini boleh menyebabkan penyelam lumpuh atau boleh menyebabkan kematian.

  9. Perhatikan keadaan cahaya matahari. Sinar matahari yang terpantul dari air boleh menyebabkan kulit terbakar. Gunakan losyen pelindung matahari, kaca mata hitam dan pakaian pelindung sebelum memasuki air. 

  10. Kerap minum air. Walaupun berada di dalam air, dehidrasi mudah berlaku apabila berada bawah panas terik matahari.

  11. Elakkan mengunyah, makan atau minum sambil berenang. Ia boleh menyebabkan sesaorang itu tercekik

  12. Elakkan minum minuman beralkahol dan berenang.  Ia adalah satu kombinasi yang kurang bagus dan boleh membahayakan.

  13. Jaga kebersihan di tempat anda berenang

  14. Berenang di kawasan yang selamat.  Ketahui kedalaman air di setiap sudut kolam kerana kedalaman antara dua hujung kolam mungkin berbeza.

  15. Ketahui tanda keselamatan air dan tanda pada bendera di pantai. Terdapat tanda tentang kedalaman air, air pasang atau arus deras yang menunjukkan keadaan air merbahaya.

  16. Kenalpasti bahaya di dalam air. Bahaya termasuklah:

    • Air terlalu sejuk

    • Terdapat arus tersembunyi

    • Sukar melangkah keluar seperti  tebing yang cerun dan berlendir

    • Air terlalu dalam

    • Terdapat benda berbahaya di dalam air yang boleh menyebabkan kecederaan seperti kaca, tin kosong berkarat dan lain-lain

    • Tiada anggota penyelamat

    • Terlalu banyak aktiviti/sukan air di kawasan sekitar.

    • Air tercemar sehingga boleh menyebabkan jangkitan penyakit jika berada di dalam air. Pencemaran air boleh diketahui melalui persekitarannya yang kotor serta terdapat tikus di kawasan sampah. Meminum air yang dicemari air kencing tikus (walaupun tanpa sengaja) boleh menyebabkan jangkitan penyakit “leptospirosis”.

  17. Berhati-hati melakukan aktiviti atau sukan air. Terdapat pelbagai aktiviti/sukan air yang menyeronokkan seperti jet ski, luncur air atau angin dan luncur layang-layang. Patuhi peraturan dan prosedur. Sentiasa pakai jaket keselamatan. Kegagalan mematuhi peraturan dan prosedur boleh menimbulkan masalah dan bukan sahaja membahayakan keselamatan diri sendiri malah orang lain.

Berikut adalah panduan jika ingin melakukan aktiviti atau sukan air:

  • Pastikan kit kenderaan dalam keadaan baik

  • Sentiasa memakai jaket keselamatan dengan betul dan pakai jaket yang sesuai dengan saiz tubuh

  • Pastikan tiada aktiviti/sukan air lain yang berlangsung pada waktu dan kawasan yang sama untuk mengelakkan pelanggaran.

  • Dalam kes kecemasan:

    • Jangan panik

    • Jika rakan anda menghadapi masalah di dalam air dan anda tidak mahir berenang, dapatkan bantuan.

    • Jangan cuba menyelamatkan rakan. Utamakan keselamatan diri anda terlebih dahulu.

    • Mangsa lemas mudah panik dan akan berpaut kepada anda sehingga menyukarkan anda berenang.

    • Jika ingin menyelematkan mangsa yang tenggelam, hulurkan kayu atau lemparkan tali kepada mangsa dan tariknya ke daratan. Selain itu, campakkan objek yang boleh berfungsi sebagai pelampung untuk mangsa berpaut hingga bantuan tiba.

    • Jika terperangkap dalam arus yang deras, berenang mengikut arus sehingga ke tepi pantai.

    • Jika tidak boleh atau terlalu letih berenang, apungkan badan sehingga arus kembali tenang.

    • Kemudian berenang kembali ke pantai. Perenang gagah yang berenang melawan arus juga boleh menjadi letih dan lemas.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Salmah binti Nordin
Penterjemah : Pn. Noorhayati binti Kassim
Akreditor : Dr. Salmah binti Nordin
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

Artikel Berkaitan

Sengat Lebah

Lebah adalah sejenis serangga yang boleh menyengat seseorang. Sengatan daripada  spesis serangga ini kadangkala amat menyakitkan.  Pada individu yang alah kepada sengatan lebah, tindak balas anafilaktik serius yang mungkin membawa maut, boleh berlaku.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,395,526

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia