A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berdebar-debar juga dikenali sebagai satu keadaan di mana degupan jantung menjadi laju atau tidak teratur. Ia adalah satu keadaan biasa yang kebanyakannya disebabkan faktor seperti tekanan tetapi biasanya tidak serius. Kebanyakan pengidapnya mengalami keadaan ini sekali sekala dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sekiranya serangan menjadi kerap dapatkan nasihat dan rawatan doktor. Degupan jantung yang cepat dan deras yang biasanya dirasai oleh pesakit sebagai denyutan jantung yang tidak normal.

Tanda dan Gejala

Gejala utama berdebar-debar ialah keadaan di mana kita mengalami perasaan degupan jantung menjadi terlalu laju/kencang hingga menimbulkan rasa tidak selesa di bahagian depan dada. Pesakit juga mengalami rasa degupan jantung menjadi kuat, laju dan berulang-ulang. Berdebar-debar juga boleh terjadi bersama gejala lain seperti pengsan, gangguan emosi, kerap berpeluh, tangan dan kaki menjadi sejuk dan keletihan.

Sebab-Sebab

Faktor penyebab antaranya:

  • Kafein (Caffein)
  • Terlalu teruja
  • Takut
  • Tekanan perasaan
  • Bimbang (panic attack, panic disorder, generalized anxiety disorder)
  • Masalah
  • Selepas senaman berat
  • Bernafas dengan cepat (Hyperventilation)
  • Hyperthyrodism (satu pengeluaran hormon tiriod yang berlebihan berpunca dari kelenjar tiriod yang terlalu aktif)
  • Penyakit jantung
  • Hypoglycaemia (kekurangan gula dalam darah)
  • Arrhythmia (Degupan jantun yang tidak teratur)
  • Anemia
  • Sebelum putus haid/tempoh masa pra-menopos
  • Ubatan tertentu

Rawatan

Rawatan bergantung kepada faktor penyebab.

Pencegahan

Pesakit yang mengalami masalah berdebar-debar dinasihatkan mengelakkan pengambilan minuman seperti kopi, teh, coklat, minuman ringan, alkohol dan pewarna makanan. Pesakit perlu diajar bertenang/rehat. Melakukan senaman seperti berjalan pantas, berenang, skiping dan mengayuh basikal. Pemulihan Pemulihan bergantung kepada faktor penyebab.

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Fuziah Paimin
Penyemak : Dr. Stanley CY Lim

 

Artikel Berkaitan

Tips Berkomunikasi dengan Pesakit Strok

Ahli keluarga/ penjaga dan orang ramai perlu memahami bahawa strok boleh memberi kesan kepada komunikasi bagi mereka yang mengalaminya. Individu yang mengalami strok sering dikaitkan dengan masalah tidak boleh bercakap selepas strok.

Masalah Menelan selepas Strok

Masalah menelan boleh menjejaskan kualiti kehidupan kepada pesakit strok dan berisiko tinggi untuk mendapat masalah jangkitan paru-paru.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,423,410

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia