A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Neurologi

Soalan 1 (Ketumbuhan Otak)

Saya mahu bertanya berkenaan dengan tumor otak. Bagaimana untuk tahu jika seseorang itu telah melakukan pembedahan untuk membuang tumor itu dengan berkesan. Adakah dia akan sembuh selepas ini atau adakah tumor itu akan menyerang semula?

Jawapan 1

Rawatan ketumbuhan otak merangkumi bidang yang luas. Secara ringkasnya, kita harus menimbangkan keputusan rawatan jangka pendek dan jangka panjang.
Keputusan rawatan ketumbuhan otak adalah bergantung kepada:

i) Kedudukan/lokasi tumor. Faktor ini adalah amat penting untuk menentukan sama ada tumor otak itu dapat dibedah dengan berkesan atau tidak. Tumor yang melekat pada saraf, salur darah dan struktur kritikal mungkin tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya. Saki-baki tumor yang tinggal kemungkinan tumbuh balik.

ii) Jenis tumor berdasarkan kepada pemeriksaan histopatologi. Tumor otak merangkumi suatu spektrum yang luas daripada yang jinak (benign) seperti meningioma dan schwannoma kepada yang ganas(malignant) seperti glioblastoma dan tumor metastatik. Ketumbuhan yang agresif berkecenderungan untuk tumbuh kembali walaupun telah dibuangkan sepenuhnya. Setengah daripada tumor otak seperti medulloblastoma dan gliomagred tinggi memerlukan rawatan adjuvan (sampingan) seperti radioterapi dan kemoterapi untuk mengurangkan risiko ini.

iii) Taraf kesihatan dan sistem saraf seseorang pesakit sebelum pembedahan. Kebiasaannya, seseorang pesakit akan kembali ke keadaan/status pra-pembedahan selepas ketumbuhan dikeluarkan dengan jayanya. Adalah amat penting untuk mendapat nasihat perubatan segera pada peringkat awal ketumbuhan untuk mengelakkan daripada keadaan yang parah atau kritikal.

iv) Status tumor semasa pembedahan

v) Komplikasi yang mungkin berlaku semasa atau selepas pembedahan

Ketumbuhan yang menyerang kembali boleh dirawat dengan beberapa kaedah berdasarkan kepada kesesuaian pesakit selepas pemeriksaan teliti:

1) Pembedahan semula

2) Penggunaan kemoterapi dan radioterapi

3) Kaedah radio surgeri

Semakan Akhir : 9 Oktober 2008

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,343,847

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia