A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Najis tidak normal

Ciri–ciri najis serta frekuensi pembuangan najis mungkin dapat memberikan indikasi tahap kesihatan kanak-kanak/bayi anda.

Antara soalan yang sering ditanya oleh para ibu–bapa adalah mengenai kekerapan yang normal bagi pembuangan najis dalam bayi dan kanak-kanak serta konsistensi dan warna najis. Ciri–ciri najis serta frekuensi pembuangan najis mungkin dapat memberikan indikasi tahap kesihatan kanak-kanak/bayi tersebut. Adalah penting untuk mengetahui bahawa ciri-ciri najis juga bergantung kepada pemakanan, tahap penghidratan, keadaan emosi, ubat-ubatan serta pewarna makanan. 

Apakah ciri-ciri najis bayi?

Secara am, bayi yang baru lahir akan membuang najis dengan banyak dan agak kerap. Dalam beberapa hari yang pertama, bayi akan membuang najis yang berwarna hijau tua atau hitam (meconium).

Setelah bayi telah mula menyusu dengan kerap,ciri-ciri najis juga bergantung kepada penyusuan bayi tersebut. Bayi yang diberikan penyusuan ibu secara eksklusif selalunya akan membuang najis dalam 5 ke 6 kali sehari. Selain daripada itu, najis bayi yang diberikan susu ibu lebih cair berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula.

Najis bayi yang kurang daripada 6 bulan adalah lebih cair kerana pemakanan hanya daripada susu ibu atau susu formula. Konsistensi najis bayi yang diberikan susu formula adalah seperti campuran sos mustard dan cottage cheese manakala najis bayi yang diberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif berwarna kuning seperti marjerin, lebih cair dan berketulan kecil.

Adakah bayi sedang mengalami sembelit?

Frekuensi pembuangan najis adalah berbeza antara bayi. Sesetengah bayi mungkin akan membuang najis selepas setiap kali menyusu manakala ada juga bayi yang membuang najis setiap 3 hari.

Seseorang bayi itu dikatakan mengalami sembelit sekiranya dia membuang najis yang seakan batu kecil (pellet-like stools) tetapi sekiranya najisnya cair dia tidak semestinya tidak mengalami sembelit kerana najis cair dapat melepasi najis keras dalam usus dan seterusnya mengalir keluar. Selain daripada itu,sembelit juga boleh menyebabkan najis berdarah. Oleh itu, adalah penting untuk untuk ibu-bapa peka terhadap sebarang perbezaan ketara dalam frekuensi pembuangan najis bayi.

Sembelit mungkin masalah penyahhidratan (dehydration) atau pertukaran susu daripada susu ibu ke susu formula. Sembelit boleh juga berlaku apabila makanan pelengkap (weaning diet) dimulakan di mana warna najis juga akan berbeza.
Sembelit juga boleh disebabkan oleh masalah usus seperti Hirschsprung’s disease, penyakit cystic fibrosis, atau kekurangan hormon tiroid(hypothyroidism). Ada juga ubat-ubatan yang boleh menyebabkan sembelit.

Adakala, bayi akan kelihatan seperti meneran dan sakit apabila membuang najis.Ini tidak semestinya menunjukkan masalah sembelit tetapi kerana bayi belum pandai menggunakan otot bahagian abdomen untuk menolak keluar najis dan tiada tarikan graviti kerana bayi dalam keadaan berbaring semasa membuang najis.

Bagaimana Mengelakkan /Merawat Sembelit Dalam Bayi?

Bagi bayi yang kurang dari 6 bulan dan diberikan susu formula, penukaran susu formula mungkin dapat mengurangkan sembelit. Bagi bayi yang lebih daripada 6 bulan, adalah disyorkan untuk memberikan lebih banyak air atau jus seperti jus prun atau epal. Selain daripada itu, makanan yang mempunyai serat tinggi(high-fibre) seperti bijirin barli.Aktiviti fizikal juga dapat menolong mengurangkan sembelit seperti menggalakkan anak merangkak serta menggerakkan kaki anak seperti mengayuh basikal dalam keadaan berbaring. Urutan bahagian perut juga dapat melegakan sembelit. Sekiranya masalah sembelit masih berlaku, doktor mungkin akan memberikan ubat untuk melembutkan najis (lactulose)

Adakah Bayi/Kanak-Kanak Mengalami Cirit -Birit?

Cirit-birit berlaku apabila najis bayi/kanak-kanak menjadi lebih cair serta lebih kerap. Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria, alahan makanan atau susu lembu dan kesan sampingan ubat. Najis bayi juga boleh mengandungi banyak lendir sekiranya bayi mengalami demam selsema.

Apakah Rawatan Bagi Cirit-Birit?

Adalah penting bagi ibu-bapa untuk memastikan bayi/kanak minum dengan secukupnya. Sekiranya ada tanda-tanda penyahhidratan seperti kurang kencing, tidak aktif , lemah, mata cengkung dan kurang air mata bila menangis hendaklah segera membawa anak berjumpa doktor. Doktor mungkin akan memberikan “Oral Rehydration salt (ORS)” bagi menggantikan air dan garam-galian yang hilang dalam cirit-birit. Sekiranya ada penyahhidratan yang banyak, rawatan di hospital mungkin diperlukan.

Ibu –bapa disyorkan agar tidak memberikan ubat  untuk mengurangkan cirit-birit (antidiarrheal medication) kepada kanak-kanak/bayi yang mengalami cirit-birit kerana ia tidak akan merawat jangkitan usus dan mungkin memberikan kesan sampingan.

Apakah sebab-sebab najis berdarah ?

Najis yang mengandungi darah boleh berlaku dalam bayi dan kanak-kanak. Antara sebab-sebab najis berdarah adalah seperti berikut:

  • Alahan kepada susu lembu(Cow’s milk allergy)
    Ada bayi yang alah kepada susu lembu diberikan susu formula.Penyusuan susu ibu secara eksklusif adalah digalakkan dari lahir sehingga umur 6 bulan dan makanan pelengkap dimulakan semasa umur 6 bulan. Ibu yang menyusukan bayi juga perlu mengelak daripada makanan yang mengandungi protin lembu seperti susu, keju, dadih/yogurt dan daging lembu.
  • Sembelit
    Sekiranya seseorang bayi/kanak-kanak itu mengalami masalah sembelit,najis yang keras boleh melukakan bahagian dubur (anal fissure).Ini boleh menyebabkan najis berdarah serta  kanak-kanak mengalami kesakitan semasa membuang najis.
  • Jangkitan virus/bacteria(gastroenteritis)
    Jangkitan bakteria atau virus atas usus boleh menyebabkan cirit-birit berdarah. Sekiranya ia berlaku dengan banyak dan kerap iaitu setiap satu ke dua jam, ibubapa disyorkan membawa anak berjumpa doktor.
  • Intussusception
    Ini adalah situasi  di mana sebahagian daripada usus masuk ke dalam bahagian usus yang seterusnya menyebabkan  usus tersumbat. Ini adalah satu kecemasan yang perlu dirawat segera. Ia lebih kerap berlaku dalam  kanak-kanak yang berumur 5 ke 9 bulan. Apabila ia berlaku,kanak–kanak tersebut akan menangis kesakitan dan meneran semasa membuang najis. Najisnya akan bercampur darah dan lendir dan sering digambarkan sebagai “red currant jelly stools”.

References

  1. Borowitz SM,Cox DJ,TAM A,et al.Precipitants of constipation during early childhood.J Am Board Fam Pract 2003;16:213
  2. Ciccarelli S;Stolfi I;Caramia G;Disruptive Management Strategies in the treatment of neonatal and pediatric gastroenteritis.Infect.Drug Resist.2013 Oct 29;6:133-61
  3. Christa Miller;Online article: Constipation Relief in Infants;Livestrong.com
  4. Diarrhoea and vomiting in children under 5;NICE Clinical Guideline(April 2009)
  5. Jennifer Byrne;Online article: Bloody Stools in Newborn; Livestrong.com
  6. Rachel Nall; Online article: Abnormal Stool Appearance in Children;Livestrong.com
  7. Lisa Zamosky; Online article: The Truth About Baby Poop;WebMD
  8. Tabbers MM,DiLorenzo C,Berger MY,et al.Evaluation and Treatment of Functional Constipation in infants and children:evidence based recommendations from ESPGHAN and NASPGHAN.J. Pediatric Gastroenterol Nutr 2014;58:258
  9. Wolfram W; Online article:Pediatric Gastrointestinal Bleeding; Medscape ;Oct 20,2014
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Nur Rashidah bt. Mohd Zaini
Akreditor : Dr. Noor Hafiza bt. Noordin
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

Mengendalikan Tantrum

Tantrums adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa. Ia boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar

Kemahiran Keibubapaan Anak Remaja

Perubahan hormon yang terdapat di dalam tubuh remaja semasa proses peralihan dari kanak-kanak kepada dewasa boleh mendatangkan masalah bagi remaja

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,320,341

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia