A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Penulis
  4. /
  5. Nadwah bt. Onwi

Nadwah bt. Onwi

Nadwah

Nadwah bt. Onwi merupakan seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang telah berkhidmat selama 10 tahun di Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau kini bertugas sebagai Terapis Pertuturan di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperoleh ijazah di bidang Sains Pertuturan pada tahun 2006.

Kerja-kerja beliau melibatkan pengendalian kecelaruan pertuturan, bahasa, suara, penelanan serta komunikasi di kalangan individu pelbagai usia. Bidang ini dipanggil Sains Pertuturan yang melibatkan penilaian, pengendalian serta pengurusan kes di hospital-hospital kerajaan. Di awal bertugas, beliau banyak mengendalikan kes-kes pediatrik serta kes berkaitan telinga, hidung dan tekak namun kini beliau menjelajah ke dunia rehabilitasi yang berbeza skop serta kaedah pengendalian pesakit.

Kepakaran lain termasuk mengendalian kes-kes berkaitan kecelaruan komunikasi kompleks  yang memerlukan kaedah alternatif digunakan sebagai pembantu atau pengganti kebolehan komunikasi verbal serta kecelaruan bahasa perolehan bagi populasi pesakit strok dan kecederaan otak yang teruk.   

Pengalaman kerja:

  1. Mengendalikan bayi-bayi neonatal bagi masalah penelanan terutama bagi bayi-bayi berisiko tinggi seperti bayi pra-matang serta bayi dengan kecacatan kongenital sumbing bibir dan celah lelangit.
  2. Mengendalikan kes-kes berkaitan perkembangan bahasa yang lewat disebabkan oleh kecacatan pendengaran, sindrom-sindrom yang melewatkan perkembangan kanak-kanak serta masalah kecelaruan bahasa perolehan bagi golongan dewasa.
  3. Di hospital rehabilitasi pula, skop kerja beliau kini tertumpu kepada pengesanan awal kes-kes strok, kecelaruan neurologi serta kecederaan otak yang teruk bagi dewasa serta kanak-kanak dan menjalankan terapi intensif bagi mengurangkan tahap keterukan kecelaruan bahasa, pertuturan, suara, penelanan serta komunikasi.
  4. Menyampaikan ceramah, syarahan serta dijemput sebagai pensyarah sandangan di universiti tempatan dan antarabangsa bagi topik-topik berkaitan terapi pertuturan dan bahasa.
  5. Menjalankan kajian saintifik serta peningkatan kualiti di peringkat hospital serta nasional bagi memperkembangkan bidang terapi pertuturan dan bahasa di peringkat nasional dan antarabangsa.
  6. Menjalankan kajian secara kolaborasi bersama universiti tempatan dan antarabangsa bagi kajian bahasa serta komunikasi augmentatif dan alternatif.
  7. Mengendalikan pengurusan pegawai-pegawai bagi jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) di Kementerian Kesihatan Malaysia serta menjalankan kursus-kursus berkaitan profesion di peringkat nasional. 

Semakan Akhir :13 Februari 2017

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,392,167

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia