A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mulut dan Warga Emas Tidak Berdaya

Pengenalan

Sekiranya ibu bapa atau orang yang tersayang adalah dibawah jagaan anda sepenuhnya, ini bermaksud mereka mungkin bergantung kepada orang lain untuk menjalankan aktiviti seharian termasuklah penjagaan diri dan pemakanan. Usia yang makin lanjut, masalah penyakit kronik dan ketidakupayaan fizikal adalah faktor-faktor yang menyebabkan mereka memerlukan bantuan sepenuhnya dalam menjalankan rutin harian seperti menggosok gigi, mandi dan sebagainya.

Peranan sebagai seorang penjaga kepada warga emas adalah sangat mencabar. Ini memerlukan pemahaman dan kesabaran yang tinggi terutama apabila berhadapan dengan cabaran berkaitan ingatan yang semakin lemah dan isu tingkahlaku. Bukan mudah untuk melakukan penjagaan kesihatan pergigian seperti memberus gigi untuk orang lain. Walau bagaimanapun, apabila matlamat ini tercapai, ia akan menjadi suatu pengalaman yang berharga.

Apakah yang dimaksudkan dengan mulut yang sihat?

Mulut yang sihat tidak hanya setakat mempunyai gigi yang bersih dan gusi yang sihat. Matlamat untuk mendapatkan mulut yang sihat bagi warga emas ini tercapai apabila:

  • Mampu mengunyah dan minum/ makan dengan mudah

  • Bercakap dengan selesa

  • Merasa selesa dengan rupa paras diri sendiri

  • Boleh berinteraksi secara sosial dan menghargai diri sendiri

  • Mengelakkan kesakitan di dalam mulut dan kehilangan gigi

  • Berupaya untuk mengekalkan penjagaan kesihatan pergigian

  • Mempunyai motivasi terhadap penjagaan kesihatan pergigian

Penjagaan Kesihatan Untuk Gigi Semulajadi

Jenis-jenis berus gigi yang sesuai digunakan oleh warga emas yang bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

Bagaimana untuk mengenal pasti kesakitan berkaitan pergigian untuk warga emas yang kehilangan upaya untuk berkomunikasi secara verbal mengenai kesakitan yang dialami?

Bagaimana memberus gigi untuk orang lain?

Berdiri di belakang warga emas tersebut. Stabilkan kepalanya dengan meletakkan lengan merangkumi kepala dan beri sokongan kepada rahang bawah seperti di dalam gambar.

Strategi-strategi untuk melakukan penjagaan kesihatan pergigian

Apakah peranan dan tugas penjaga warga emas semasa lawatan pergigian?

  • Beritahu doktor gigi mengenai sebarang masalah kesihatan atau pergigian warga emas dalam jagaan anda.

  • Bawa bersama senarai ubat-ubatan yang diambil. Nyatakan jika ada alahan ubat yang diketahui.

  • Penjaga mungkin diperlukan untuk membantu semasa rawatan pergigian dijalankan bagi mengurangkan keresahan/ masalah tingkahlaku warga emas dibawah jagaan.

  • Berbincang mengenai sebarang kemusykilan atau untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada doktor gigi.

Penjagaan gigi palsu

Rujukan

  1. Chalmers JM. Behavior management and communication strategies for dental professionals when caring for patients with dementia. Spec Care Dent 2000;20:147-54.

 

Semakan Akhir : 20 Mac 2015
Penulis : Dr. Norjehan bt. Yahaya
Akreditor : Dr. Siti Zaleha bt. Hamzah

 

Artikel Berkaitan

Senyuman Menarik

Senyuman merupakan perkara pertama yang dilihat seseorang individu. Ia menggambarkan kesihatan dan kebahagiaan empunya diri.

Penyakit Gusi

  Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,009,127

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia